Hiburan

Daiyan Trisha Batal Kontrak Dengan Jenama Antarabangsa

Share

Selepas beberapa hari mendapat kecaman di media sosial, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha mengambil tindakan dengan membatalkan kontraknya dengan beberapa jenama antarabangsa pro-Israel.

Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin (31) berkata, dia mengambil keputusan itu selepas dinasihatkan oleh orang ramai sejak kebelakangan ini dan ini semua berlaku atas kerelaan dirinya sendiri.

Kredit: Instagram Daiyan Trisha

“Saya nak maklumkan yang saya dah tamatkan kontrak dengan beberapa jenama yang saya bekerjasama sebelum ini”

“Terima kasih atas teguran. Teruskan perjuangan anda untuk Palestin” – Daiyan

Pelantun lagu Penat ini juga menerima segala teguran dan memandang serius mengenai isu yang berlaku di Gaza.

Kredit: Instagram Daiyan Trisha

Sementara itu, Daiyan enggan mengulas mengenai jumlah kerugian dan penalti yang dikenakan susulan bertindak menamatkan kontrak.

Katanya, perkara itu tidak dapat didedahkan kerana ia melibatkan beberapa jenama berbeza.

Sebelum ini, Daiyan tampil membersihkan namanya selepas didakwa masih menjalinkan kerjasama dengan beberapa jenama pro-Israel. Dia turut menjelaskan bahawa  tidak pernah melupakan nasib menimpa saudara Islam di Palestin dan mempunyai cara tersendiri dalam membela nasib mereka.

Daiyan juga berkongsi beberapa tangkap layar resit sumbangan bantuan yang dibuat dan jumlah  keseluruhan sumbangan tersebut mencecah RM100,000.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
ZOE