Daiyan Trisha Kongsi Kegembiraan Miliki Rumah ‘Landed’ Mewah Sebelum Usia 30 Tahun

Share

 

Semakin ramai remaja berjaya membuktikan kemampuan membeli rumah pada usia muda dengan hasil titik peluh sendiri. Jika dahulu, REMAJA pernah berkongsi mengenai pembelian rumah kedua (ya KEDUA!) oleh penyanyi, Masya Masyitah.

ARTIKEL BERKAITAN : Pandai Kumpul Aset, Masya Masyitah Beli Rumah Kedua Di Usia 21 Tahun

Kali ini, tiba giliran pelakon, penyanyi serta ikon fesyen tempatan, Daiyan Trisha pula untuk menempa kejayaan yang sama.

Menerusi hantaran di akaun Instagram, Daiyan telah berkongsi beberapa keping gambar dan video banglo mewah dua tingkat yang dibelinya dengan penuh keceriaan.

Bintang drama bersiri Projek: Anchor SPM ini menerusi bahagian kapsyen meluahkan rasa syukurnya terhadap rezeki Allah SWT sehinggakan dia mampu membeli rumah mewah tersebut.

“Level up. Alhamdulillah gadis anda mendapat rumah baru!”

 

Perkongsian anak kedua daripada lima beradik itu mendapat pujian daripada rakan selebriti dan pengikut.

Malah, kejayaan ini juga dilihat sebagai contoh terbaik kepada anak muda untuk bekerja keras bagi mengumpul aset. Jika ada usaha pasti kejayaan akan mengiringi kita, bukan?

Semoga kisah Daiyan miliki rumah pada usia muda ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai remaja di luar sana untuk terus berusaha.. Tiada apa yang mustahil tau!

Namun sekiranya kita  masih belum mampu untuk mencapai cita-cita tersebut, jangan pula berasa sedih dan rendah diri. Rezeki orang lain-lain, mungkin Allah hendak berikan korang rezeki yang lain pula kan?

Terdahulu, REMAJA pernah juga berkongsi mengenai pengalaman pelakon dan penyanyi ini  semasa dia membeli rumah pertamanya.

BACA : “Nasihat I, Jangan Rush..” Daiyan Trisha Berjaya Beli Rumah Ketika 25 Tahun

Congrats Daiyan!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana