Sampai menitis air mata Daiyan mengenangkan nasib kita yang masih bergelut menangani fasa pandemik sekarang.
Dengan jumlah kes baharu COVID-19 yang seakan tidak menunjukkan penurunan dari hari ke hari; penyanyi, pelakon dan pengacara, Daiyan Trisha sememangnya sudah penat untuk melalui keadaan yang sama untuk hampir tiga bulan.
Tapi jangan risau, titisan air mata itu hanyalah dalam bentuk poster bagi mempromosikan single terbarunya, Penat yang akan dilancarkan pada hari Jumaat ini.
View this post on Instagram
Daiyan merupakan salah seorang selebriti yang tidak gentar meluahkan isi hati menerusi media sosial terhadap isu pandemik sekarang. Sepanjang tempoh duduk di rumah ini, Daiyan yang terpaksa akur tidak dapat memasuki set penggambaran mengakui telah menghasilkan banyak lagu baharu dari rumah.
Dalam banyak-banyak lagu itu, Penat bagi Daiyan ialah buah tangan terbaru yang paling sukar dan ‘menyakitkan’ pernah dihasilkannya. Ini kerana dirinya merasa cukup emosional sepanjang rakaman dek kerana rasa penat yang dirasai selama ini. Entah bila waktunya kita semua dibenarkan untuk kembali menjalankan kehidupan normal seperti dahulu kala.
Titip Daiyan lagi, Penat dihasilkan khas untuk kita semuanya yang hatinya dan jiwanya sudah penat malah kecewa berdepan cabaran sekarang.
View this post on Instagram
“Saya tulis lagu ini dalam sebulan lepas. Ia lagu tentang patah hati. Peritnya apabila kepercayaan kita dikhianati dan ketidakberadaan sebuah sayang. Penantian yang tiada noktah untuk perubahan yang tidak kesampaian. Beratnya apabila harapan tiada lagi sinarnya.
“Saya harap kalian suka dan maaf kalau kalian juga merasa yang sama,” catatnya.
Rata-rata komen yang hinggap di hantaran Instagram Daiyan sepanjang seminggu ini menggambarkan sentimen sama; bahawa mereka juga telah penat.
Uyaina Arshad berkata, “Penat! Penat tidak melakukan apa-apa,” sementara ahli kumpulan Dolla, Tabby pula mengirimkan ucapan tahniah dan berkata, “ Tahniah Daiyan di atas pelancaran lagu ini! Ia adalah lagu yang bagus.”
View this post on Instagram
Jangan lupa untuk catatkan Penat dalam kalendar masing-masing pada hari Jumaat ini. Sama-sama kita mainkan single terbaru Daiyan ini berserta video muziknya sekali.