Dakwaan Tiada Nama “Azhar Ali” Dalam Carian Di NASA? Tweet Tahniah Dari PM Dah Tidak Ditemui

Share

Baru ini, negara amat berbangga dengan pencapaian seorang remaja berusia 20 tahun, Azhar Ali yang didakwa ditawarkan menerima biasiswa dari pihak National Aeronautics And Space Administration (NASA ) berikutan pecapaian cemerlangnya dalam program Artemis Student Challenge Program.

Dalam satu kenyataan tweet, diberitakan Azhar berada di kedudukan pertama dengan markah sebanyak 96.77 bagi Spacesuit Interface Efficiency Level sekaligus ditawarkan biasiswa oleh pihak pentadbiran angkasa lepas tersebut.

Namun nampaknya seperti “ada tidak kena”, akaun twitter atas nama Saturn sudah di privatekan.

Carian REMAJA juga dapati tweet ucapan tahniah dari Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga sudah tidak dapat ditemui. Begitu juga twitter dari Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin mengenai hal yang sudah tiada lagi.

Apa yang berlaku sebenarnya?

Remaja kongsikan satu perkongsian dari seorang individu Muhammad Syafik yang membuat carian mengenai Azhar Ali. Pemilik The Patriot ini banyak menulis mengenai ruang angkasa lepas dan sering berkongsi maklumat berguna untuk pembacaan kita semua.

“Tak ada pun nama ‘ Azhar Ali ‘ yang heboh terima biasiswa NASA selepas menyertai suatu cabaran daripada pihak NASA tu dekat mana – mana laman web NASA.  Saya cari maklumat dia, satu pun tak ada .

Lagi satu, nak sertai #

NASASUITS , setiap calon ahli pasukan mestilah pelajar sepenuh masa yang mendaftar di institusi pengajian tinggi di USA sana.

Akaun Twitter mamat ni pun dah tak public .

Haishhh.

Tidak tahu apa status sebenarnya tapi nampaknya, Jabatan Netizen Malaysia terpaksa bekerja pada hari Ahad ini, hikz.  

Published by
Almaswa Haji Che Ros