Umum mengetahui Qatar telah menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022. Dalam kehangatan peminat bola sepak seluruh dunia yang berkumpul di sana, ada juga insiden-insiden yang kurang menyenangkan berlaku.
Terdapat pihak yang cuba melakukan provokasi-provokasi biarpun mereka telah diberikan larangan untuk melakukan hal sedemikian. Tidak kurang yang cuba mencemarkan kesucian agama Islam.
Namun begitu di sebalik beberapa insiden yang terjadi, banyak lagi perkara positif yang menyelubungi suasana di sana. Pihak berkuasa Qatar mengambil pendekatan sempena kemeriahan Piala Dunia untuk secara tidak langsung mempromosikan keindahan agama Islam.
Memetik hantaran dari Facebook ahli akademik dan pendakwah terkenal, Dr Muhammad Salah, beliau berkongsi satu kejadian yang dikongsikan oleh peminat bola sepak di sana. Jom kita ikuti perkongsian ini.
Salah satu keindahan Piala Dunia di Qatar ialah mereka membuat tempat solat dari kaca di semua sisi, supaya orang bukan Islam boleh melihat solat
Hari ini, semasa saya berada di Stadium Al-Bayt, saya pergi menunaikan solat Isyak. Selepas itu saya mendapati seorang warga asing berdiri sambil memerhati. Dia memanggil saya dan bertanya.
Berapa kali sehari anda melakukan ini?
– Jadi saya memberitahunya lima kali sehari, namun ada solat sunat dan kelebihan pahala diperoleh
Ok, bila waktu solat?
Tidak, ia bukan masa tetap mengikut jam, tetapi mengikut pergerakan matahari
Bagaimana?
Saya membuka aplikasi untuk waktu solat dan menunjukkan kepadanya bahawa setiap beberapa jamnya berbeza-beza mengikut hari, dan saya mula menerangkan kepadanya setiap solat apabila waktunya, dan dia kagum dan terkejut.
Kemudian dia berkata,”Saya minta maaf, boleh saya buka kamera dan awak ulangi semua yang awak cakapkan lagi?”
Melihat kepada pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan Qatar ini, ia membuatkan orang luar lebih memahami Islam dengan lebih dekat dan bukannya mendengar momokan negatif anasir-anasir jahat. MasyaAllah…
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.