Korang mesti pernah dengar dengan cabaran samyang atau #SamyangChallenge yang baru-baru ini menjadi aktiviti viral di kalangan orang muda. Cabaran yang di mana mereka memakan mee segera pedas Korea dan memuat naik reaksi mereka. Cabaran ini bukan sahaja popular di kalangan netizen biasa tetapi turut dilakukan oleh artis, selebriti dan instafamous di Malaysia dan seluruh dunia.
Tapi yang Remaja ingin ketengahkan kali ini berbeza sekali. Dan seriously memang inilah Samyang Challenge terbaik pernah kami saksikan.
Menerusi Facebook Pusat Tahfiz Integrasi An Nur, mereka telah memuat naik sebuah video di mana dua pelajarnya melakukan cabaran ini dengan cara yang cukup unik.
Menerusi posting tersebut, dua pelajar iaitu Abdul Hannan Haznan dan Hazman Johari telah mengajak ustaz mereka, Ustaz Dr Wan Ahmad Afiq, Mudir Pusat Tahfiz Integrasi An Nur untuk berbuka puasa ke sebuah restoran piza terkenal. Dan menu pilihan mereka tidak lain tidak bukan piza samyang, menu terbaru daripada restoran tersebut.
Pelajar ini juga dikatakan telah khatam hafalan 30 juz yang dilakukan dalam masa 3 bulan sahaja. Hebatnya!
Dan di dalam video tersebut mereka berdua diberi cabaran istimewa daripada Ustaz Dr Wan Ahmad Afiq. Apa cabarannya? Mereka berdua dikehendaki menyambung bacaan Al-Quran yang dibaca olehnya.
Dalam keadaan menahan pedas mereka berdua melakukan menyambung bacaan yang dihafal dengan cukup baik sekali. Reaksi mereka yang menahan pedas tapi mampu membaca hafazan dengan baik mencuit hati ramai netizen. Komen-komen di posting video tersebut rata-rata sangat positif dan baik.
Video inilah yang sepatutnya menjadi viral. Keakraban antara ustaz dan pelajarnya serta bagaimana mereka sentiasa dekat dengan Al-Quran membuatkan ramai yang tersentuh. Semoga mereka menjadi contoh yang baik buat golongan muda dan remaja di luar sana. Amin.