Selain kucing, anjing juga adalah haiwan peliharaan yang paling popular. Bagi pemilik haiwan peliharaan ini, mereka amat terhibur dengan keletah haiwan terbabit lebih-lebih lagi jika ia sangat manja dan jinak.
ARTIKEL BERKAITAN: Lagi Manjalah Kucing! Koleksi Haiwan Peliharaan Oleh IKEA Kini Ada Di Malaysia
Penyanyi yang dikenali cukup menyayangi haiwan peliharaan, anggota kumpulan BTS iaitu Jungkook membuat kejutan apabila membuka akaun Instagram untuk anjing peliharaannya pada Ahad.
Akaun Instagram dengan nama @bowwow_bam itu dikelolakan sendiri oleh Jungkook menggunakan username Bam’s dad atau ayah Bam.
Menerusi bio di akaun tersebut, Jungkook menulis ‘have a good BAM’ yang mana dalam bahasa Korea bam bermaksud malam.
Penyanyi lagu Seven itu turut menggunakan fotonya bersama Bam (anjing) sebagai foto profil.
Hanya dalam beberapa jam, akaun tersebut sudah memuat naik sebanyak tujuh hantaran termasuk foto dan video Bam.
Dalam pada itu, akaun Bam juga mencapai sebanyak 1.7 juta pengikut walaupun belum 24 jam dilancarkan.
Sehingga artikel ini ditulis, Bam sudah menerima hampir 3 juta pengikut.
Untuk info, Bam merupakan anjing jenis Doberman dan dipercayai usianya masih kecil meskipun fizikal kelihatan besar.
Ketika berbicara dengan Bam, Jungkook menggelarkan dirinya sebagai ‘appa’ yang bermaksud ayah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Peserta Realiti TV Korea ‘Kantoi’ Pakai Barangan Jenama Mewah Tiruan
Siapa je yang tidak pernah impikan untuk memakai barangan jenama mewah seperti pakaian dan aksesori terbaru.
Namun sudah tentu tidak semua insan mampu memilikinya. Jadi bagi segelintir individu ini, mereka dilihat sanggup menggayakan barangan tiruan semata-mata ingin nampak ‘class’ dengan penampilan masing-masing.
Baru-baru ini, kecoh industri hiburan Korea Selatan apabila Song Ji-ah yang merupakan pempengaruh (influencer) yang kini lebih popular dikenali menerusi program realiti Netflix, Single’s Inferno telah ‘terkantoi’ memakai memakai barangan jenama mewah tiruan.
Ji-ah yang menggunakan panggilan FreeZia di media sosial miliknya seperti Instagram dan YouTube menjadi mangsa kecaman kerana selama ini berpenampilan hidup mewah di televisyen serta video di YouTube. Rupa-rupanya, persalinan jenama mewah seperti Chanel dan Dior yang dipakainya itu tiruan belaka.
Lalu, tanggapan awal peminat dan masyarakat yang pada mulanya terpegun dengan kecomelan serta rupa paras cantik gadis berusia 25 tahun ini telah berubah. Malah, ramai kecewa dengan Ji-ah yang terpaksa berpura-pura dengan gaya hidup yang ditunjukkan selama bergelar YouTuber sejak tahun 2019 semata-mata demi ‘content’ serta imej.
Kantoi Sebabkan Jennie
Kemelut yang melanda Ji-ah ini secara tidak sengaja tercetus setelah warganet berasa sangsi dengan barangan jenama Chanel yang dipakainya. Mereka mendapati baju tersebut berbeza dengan yang rekaan sama yang pernah disarungkan oleh ahli kumpulan Blackpink, Jennie.
Tidak mungkin Jennie pun pakai barangan tiruan Chanel kerana dia sendiri merupakan salah seorang duta antarabangsa jenama Perancis itu!
Fuh, tajam betul mata netizen.
Kontroversi ini tidak berhenti setakat di situ apabila warganet juga gigih menjalankan ‘kerja-kerja penyiasatan’ dengan menggali akaun media sosial Ji-ah sehingga ke posting lamanya.
Mereka kemudiannya mengumpul bukti bahawa semua barangan yang dipakai Ji-ah adalah barangan tiruan dan mengemukakan buktu itu di beberapa platform komuniti atas talian di Korea seperti Nate Pann dan Theqoo.
Seorang netizen turut menjelaskan, “Kedudukan logo salah dengan ketebalan yang berbeza. Tag di bahagian dalam juga tiada. Dia telah membuat kandungan digital dengan barangan palsu”.
Err..
Hanya disebabkan ingin menjaga imej agar nampak seorang orang berada, tak fasal-fasal Song Ji-ah terus menjadi bahan kritikan warganet. Justeru, dia telah pun membuat permohonan maaf di laman Instagram-nya.
Hello. Ini ialah Song Ji-ah.
Pertama sekali, saya memohon maaf kepada semua yang kecewa dan terluka kerana saya. Pada waktu ini, terdapat kontroversi mengenai pakaian yang dipakai di platform SNS dan program ‘Solo Hell’. Dakwaan kontroversi yang diperkatakan sebahagiannya adalah benar. Saya benar-benar minta maaf.
Saya memohon maaf sekali lagi di atas semua keadaan yang berlaku ini kerana melanggar hak cipta pereka. Sebagai seseorang yang mempunyai impian untuk melancarkan jenama sendiri, saya mengiktiraf dan memandang kontroversi ini secara serius.
Pada masa yang sama, kami akan melihat dengan lebih teliti supaya ia tidak akan berlaku. Semua kandungan tersebut telahpun dipadamkan. Saya juga memohon maaf kepada jenama yang ‘terluka’ kerana saya.
Saya secara ikhlas memohon maaf kepada semua pihak termasuk peminat, pelanggan dan pihak jenama dan akan lebih bertanggungjawab pada masa hadapan. Terima kasih kerana membaca muat naik yang panjang ini.
*
Bukan setakat itu, Song Ji-ah juga telah memadamkan kebanyakan posting lamanya yang menunjukkannya memakai barangan tiruan.
Hm, rasanya isu ini juga sering berlaku dalam masyarakat kita. Untuk kelihatan mewah dan bergaya, ramai tidak kisah memakai barangan tiruan asalkan nampak bergaya dengan jenama mewah.
Sebagai seorang pempengaruh popular, golongan ini seharusnya lebih peka dan tidak menunjukkan contoh kurang baik kepada orang ramai. Takkanlah kita hendak pengikut kita juga bersalah menggalakkan pemakaian barangan yang meniru hak cipta milik jenama lain?
Dalam pada itu, Ji-ah baru saja menghabiskan penggambaran program temubual baharu di saluran JTBC berjudul Knowing Bros serta program variety show di MBS berjudul Omniscient Interfering View.
Namun dek kontroversi kali ini, ramai tidak pasti jika dia akan ditampilkan dalam dua buah program tersebut demi mengekalkan rating.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Adakah Ini Tanda-Tanda Akhir Zaman, Hotel Terbesar Di Dunia Kini Di Mekah?
Kiamat merupakan rukun iman ke-lima yang wajib dipercayai umat Islam sebagai sesuatu yang pasti. Namun tidak satu pun makhluk mengetahui bila peristiwa fasa akhir kehidupan alam Dunia ini akan berlangsung.
Mekah menjadi salah satu kota di muka bumi yang disebut Nabi SAW bahawa ia akan menunjukan beberapa tanda bahawa kiamat sudah dekat. Satu demi satu petanda sudah jelas di depan mata kita. Terbaru ialah hotel Abraj Kudai .
Kalau korang nak tahu, First World Hotel yang terletak di Genting Highland, Pahang pernah tersenarai sebagai hotel paling besar sebanyak dua kali dalam Guinness World Book of Record? Tapi takhta tersebut telah pun diambil oleh hotel The Izmailovo yang terletak di Moscov, Rusia.
Tapi title tersebut berkemungkinan akan diambil oleh hotel lain iaitu hotel Abraj Kudai yang terletak di Mekkah, Arab Saudi. Hotel yang dijangka akan siap pada akhir tahun ini ataupun tahun 2020 dikatakan bakal mempunyai 10,000 bilik yang mana akan mengalahkan hotel The Izmailovo yang cuma memiliki 7,500 bilik.
Hotel Abraj Kudai ini juga akan mempunyai 12 buah menara, 70 restoran mewah, convention hall dan juga helipad yang mana akan diletakkan di atas bumbung hotel ini. Hotel yang terletak berdekatan dengan Masjidil Haram ini mempunyai keluasan 1.4 juta meter persegi.
Dengan memakan belanja sebanyak USD3.5 billion, hotel Abraj Kudai ini sudah tentunya akan menjadi pilihan bagi mereka yang mencari tempat tinggal apabila mereka mengerjakan haji nanti. Lima tingkat yang terdapat pada hotel ini juga dikatakan akan dikhaskan untuk kaum kerabat pemerintah Arab Saudi sahaja.
Selain daripada itu, 10 daripada 12 buah menara ini dikatakan akan menyediakan kemudahan dan penginapan bertaraf 4 bintang sahaja manakala 2 lagi buah menara akan menyediakan kemudahan dan penginapan bertaraf 5 bintang yang mana khas untuk tetamu istimewa sahaja.
Selain daripada hotel Abraj Kudai, Mekkah juga mempunyai bangunan Abraj Al Bait yang mempunyai Makkah Royal Clock Tower dan telah memegang rekod bangunan ketiga tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa dan Shanghai Tower.
Walaupun hotel ini bakal menjadi hotel terbesar di dunia, banyak masyarakat termasuklah orang Arab Saudi sendiri yang tidak bersetuju dengan pembinaan hotel ini. Rata-rata mereka menyatakan dengan terbinanya hotel ini, ia akan menenggelamkan pemandangan Kaabah.
Kerana itu, ramai ulamak mengertikan secara langsung waktu kiamat yang hampir juga terjadi apabila bayang-bayang hotel menutupi Kaabah.
Tambahan lagi, pembinaan hotel ini telah diberikan kepada syarikat Bin Laden Group yang mana merupakan syarikat yang bertanggungjawab dengan kejadian kren yang telah terjatuh dan menghempap jemaah yang sedang menunaikan ibadah di Masjidil Haram. Ini telah mengakibatkan kematian lebih daripada 107 orang jemaah yang mana 7 daripada jemaah tersebut merupakan jemaah daripada Malaysia.
Ishh elok-elok daripada tempat beribadah, dah jadi tempat bercuti pula nampaknya Mekah ni haihhhh….
Neelofa Hadiahkan Tudung, Kagum Semangat Elyana Yang Sentiasa Senyum & Ceria
Bintang Gegar Vaganza musim keempat, Elyana baru-baru ini memuat naik hantaran di laman Instagramnya memohon agar warganet mendoakan urusan radioterapi yang bakal dijalaninya berjalan dengan lancar.
Elyana yang menghidap kanser limfoma peringkat 4 ini sering berkongsi perjalanan rawatannya dan apa yang kami kagumi, Elyana sentiasa mengukir senyuman dan ceria tidak kelihatan seperti orang yang sedang sakit.
Penyanyi berusia 34 tahun ini juga sempat memuat naik video selepas menjalani rawatan radioterapi dengan berkongsi cerita bahawa Dewi Remaja 2009, Neelofa telah memberikannya 10 helai tudung sebagai hadiah buatnya.
Elyana menjelaskan bahawa dia hanya membawa sehelai tudung sahaja ke hospital dan tidak menyangka menerima rezeki pemberian tudung yang dihadiahkan oleh Neelofa itu.
Melalui video tersebut, jelas sekali Elyana sangat gembira serta berterima kasih kepada personaliti itu dan tidak sabar untuk menggayakannya.
Video itu juga mendapat respon daripada Neelofa sendiri yang merasa terharu melihat kekuatan Elyana dalam melawan penyakitnya itu.
“MasyaAllah, saya pula nak nangis tengok video ni. Saya kagum sebab Elyana boleh senyum dan ceria dalam kesakitan. Moga Allah kurniakan kesembuhan untuk awak,” tulisnya.
Rata-rata warganet meninggalkan komen memberi semangat buat Elyana dan ramai yang kagum dengan kekuatan semangat yang ditunjukkan oleh penyanyi wanita itu.
Kami di Remaja juga ingin mendoakan agar segala urusan rawatan Elyana dipermudahkan. Semoga Elyana cepat sembuh dan sentiasa ceria seperti selalu.
Sumber: (1)