Berita

Dalam Sejarah Budak Genius Usia 12 Tahun Masuk UM, Rosmah Mansor ‘Claim’ Programnya Berjaya!

Share

Seorang kanak-kanak genius berusia 12 tahun cipta sejarah apabila menjadi pelajar termuda yang mendaftar masuk ke Universiti Malaya (UM) sejak penubuhan institut pengajian itu pada tahun 1962.

ARTIKEL BERKAITAN : Menginjak Remaja, Dr Sheikh Muszaphar Kongsi IQ Bella Lebih 130 Dan Genius!

Masuk UM di usia 12 tahun!

Berita mengagumkan mengenai kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Iz Emir itu dikongsikan seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fatimah Kari.

pelajar genius

Iz, atau nama penuhnya Izz Imil Shahrom, kini sedang melanjutkan pengajian dalam program Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik di universiti tersebut.

Rosmah Mansor Luah Rasa Gembira

Lagi menarik, pelajar genius ini juga difahamkan pernah menuntut di Kolej Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada usia enam tahun bagi mempelajari subjek tingkatan satu.
Rosmah (kiri) pernah bertemu Iz Emir (kanan) pada suatu masa dahulu ketika melawat Pusat Permata Pintar.
“Rasa bangga saya hari ini seolah-olah seperti dia adalah anak saya sendiri,” kata Rosmah, isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam satu hantaran di Facebook selepas berita mengenai Iz Emir ini dapat masuk ke UM tular.

Iz Emir merupakan produk program Permata Pintar yang ditubuhkan oleh Rosmah pada April 2009 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat muda yang berpotensi besar dalam akademik. Rosmah turut mengimbau kenangan pertama kali bertemu Iz ketika kanak-kanak itu baru sahaja menyertai program Permata Pintar di UKM.

Ketika itu, Iz baru berusia enam tahun tetapi sudah berada di Tingkatan 1, suatu pencapaian luar biasa bagi kanak-kanak diusianya.

Menurut Rosmah, Iz berjaya menamatkan O-Level ketika berusia lapan tahun dan menamatkan A-Level pada usia 11 tahun.

“Anak ini memukau saya dengan kecerdasannya semasa pertama kali saya berjumpa dengannya di Permata Pintar.

“Hari ini, saya kembali merasa bangga apabila dia menjadi mahasiswa termuda dalam sejarah Universiti Malaya sejak 1962,” tulis Rosmah

UM enggan mengesahkan atau menafikan

Kisah Iz Emir di Universiti Malaya mula mendapat perhatian setelah dimuat naik di laman Facebook Profesor Fatimah Kari dari Jabatan Ekonomi UM.

Namun menurut Malay Mail, catatan tersebut telah dipadam tanpa penjelasan lanjut.

Profesor Fatimah ketika dihubungi dilaporkan turut enggan mengesahkan atau menafikan berita tersebut, dan meminta media untuk merujuk kepada jabatan komunikasi korporat UM untuk pengesahan.

Walaupun terdapat sedikit kekeliruan mengenai pengesahan rasmi Iz di UM, perjalanan akademik kanak-kanak ini tetap luar biasa dan memberi inspirasi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

BACA LAGI : Bukan ‘Biasa-Biasa’, Ini 8 Selebriti Korea Yang Genius Dengan IQ Sangat Tinggi

IKLAN