Kehangatan penganjuran temasya sukan terbesar dunia, Olimpik Tokyo 2020 pastinya mencatatkan pelbagai sejarah.
Selain ditunda selepas setahun, negara tuan rumah yang sememangnya terkenal dengan kecanggihan teknologi tampil dengan inovasi yang membuka dan mencuri tumpuan semua.
Terbaharu, kisah atlet Qatar dan Itali bagi acara lompat tinggi menjadi perhatian. Semalam atlet Qatar, Mutaz Barshim menambah pingat emas Olimpik dalam gelaran dunianya ketika berkongsi kejuaraan dengan Gianmarco Tamberi dari Itali dalam acara lompat tinggi lelaki baru-baru ini.
Barshim dan Tamberi mencatat lompatan terbaik 2.37 meter (m) semetera Maksim Nedesekau dari Belarus juga berjaya melakukan lompatan pada ketinggian tersebut sekaligus memecah rekod kebangsaan negaranya.
Bagaimanapun, Nadesekau terlepas pingat emas susulan daripada kegagalan pada lompatan awal.
Namun, Mutaz Barshim bertanya kepada pegawai pertandingan sama ada adakah mereka boleh berkongsi pingat emas itu berbanding pemenangnyaperlu ditentukan dengan jump off.
Rata-rata penonton terharu apabila kedua atlet tersebut berpelukan dan meraikan kemenangan bersama.
Ini merupakan satu lagi sejarah dalam temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 tahun ini. Perkara ini bukanlah asing dalam temasya Olimpik apabila pada edisi Olimpik Rio, Simone Manuel dari Amerika Syarikat dan Penny Oleksiak dari Kanada berkongsi pingat emas dalam acara renang gaya bebas 100 meter.
Sumber: AFP