Anggota kumpulan Kpop popular BTS iaitu V muncul sebagai orang Asia pertama melepasi lebih 19 juta ‘like’ di laman Instagram. Bukan pernah disenaraikan selebriti lelaki Korea paling kacak tetapi V juga kini boleh dilabelkan sebagai ‘raja media sosial’.
Namun untuk pengetahuan korang, entri V mengenai anjing peliharaan kesayangannya dan juga terkenal dalam kalangan ARMY iaitu Yeontan, kini merupakan siaran pertama dan satu-satunya oleh orang Asia yang melepasi 19 juta sukaan di Instagram.
Kim Taehyung (V BTS) juga menjadi selebriti Asia pertama yang mempunyai empat entri di Instagramnya yang mempunyai lebih daripada 17 juta ‘like’. Apa yang menjadikan ini lebih menarik ialah V BTS (dan enam rakan kumpulannya) menyertai Instagram pada Disember lalu, manakala selebriti lain telah berada di platform selama bertahun-tahun.
V mengatasi ramai selebriti Asia yang mempunyai lebih 60 juta pengikut tetapi mempunyai penglibatan yang lebih rendah. V juga merupakan orang ke-10 secara keseluruhan di dunia yang mempunyai rekod ini seperti selebriti terkenal seperti Ariana Grande, Billie Eilish dan Kylie Jenner.
Ads
Foto Via: World Music Awards/Twitter
Deabak V!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ibarat sudah menjadi satu trend dalam kalangan pempengaruh popular tempatan untuk memiliki kenderaan mewah sebaik sahaja mereka berjaya menerusi content masing-masing.
Tiada salahnya pun untuk berbelanja sebegitu rupa setelah mereka mengerah keringat selama beberapa tahun demi mendapatkan perhatian pengikut di dunia digital dan media sosial. Malah, kami sendiri beranggapan ia umpama satu ‘self-reward’ untuk memotivasikan diri agar mereka terus bekerja dengan lebih keras pada masa hadapan dengan lebih kreatif.
Salah seorang pempengaruh paling diminati semenjak dua tahun kebelakangan ini tentunya ialah cef selebriti, Khairul Aming. Selain memuat naik kandungan masakan sepanjang tahun terutamanya pada bulan Ramadan, pemilik nama penuh Khairul Amin Kamarulzaman ini juga berjaya bergelar usahawan disegani menerusi produk sulungnya, Sambal Nyet yang khabarnya mencecah jualan RM7.5 juta dalam masa setahun.
Ia disusuli kejayaannya untuk membuka sebuah kilang pengeluaran ambal tersebut yang telah sedia ada beroperasi setelah dirinya mengeluarkan belanja besar sekitar RM1 juta untuk menubuhkannya. Bukan mudah untuk memastikan pelanggannya puas hati dengan jumlah stok yang ada. Jadi dengan adanya kilang tersebut, ia banyak menjimatkan masa produksi produknya bagi memenuhi permintaan.
Berbalik kepada topik kenderaan mewah tadi, tentunya ramai beranggapan Khairul Aming juga pasti tidak terlepas daripada memiliki sebuah (atau lebih) kenderaan mewah sebagai penanda aras terhadap kejayaannya; seperti yang biasa dilakukan oleh beberapa pempengaruh tempatan.
Begitupun, menerusi ciapan yang dikongsikannya minggu ini, ramai terkejut untuk mengetahui jejaka yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini masih menggunakan model kenderaan Perodua Bezza!
Menyifatkan model berharga sekitar RM33,000 – RM42,500 (bergantung kepada jenis varian) itu sebagai kenderaan yang memadai untuknya berjalan jauh sehingga ke Kelantan, dia juga tidak ghairah untuk mencari kenderaan mewah lain setelah menggunakannya selama dua tahun.
“So far I’m so happy with my Bezza. Bonet luas, legroom luas, minyak jimat. Barang-barang untuk shooting pun semua muat dalam itu.
“Okay je jalan jauh. Cuma kalau naik bukit semput sikit. Dah nak dua tahun guna dan overall sangat puas hati,” catatnya apabila membalas ciapan seorang pengguna Twitter yang meminta untuk memilih sama ada model Perodua Bezza atau Perodua Ativa adalah lebih berbaloi untuk dimiliki.
Nasihat Khairul Aming lagi buat remaja yang baru menempuh alam pekerjaan dan memerlukan kenderaan, pilihlah model Perodua Axia atau Perodua Bezza kerana ia menjimatkan.
“Kalau orang itu bujang and plan nak ada family, Bezza is better sebab boleh jadi family car. Dah tak perlu upgrade nanti sebab space dah luas,” tambahnya.
That IS refreshing to know, right? Bagi REMAJA, model kenderaan bukanlah penanda aras tahap kejayaan seseorang. Jika si dia selesa dengan model segmen A atau segmen B, why not? Yang penting adalah penggunanya sendiri. Tapi kalau seseorang itu memang mengidam untuk memiliki kenderaan mewah, janganlah pula korang cerca dia okay.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David baru-baru ini berkongsi rasa bangga dan gembira apabila berjaya menerima sijil berprestij daripada Program Sijil Dalam Talian Harvard Business School setelah menamatkan kursus ‘Power and Influence for Positive Impact’.
Menurut Nicol, selama bertahun-tahun beliau merasakan tidak akan dapat mengakses bentuk pendidikan seperti ini atau berjaya mencapainya, setelah mengabdikan seluruh kehidupan profesionalnya di dalam gelanggang skuasy dan tidak hadir ke universiti demi memberikan tumpuan 100 peratus dalam sukan berkenaan.
Walau bagaimanapun, beliau akhirnya sedar bahawa anggapan sedemikian adalah sesuatu yang tidak betul. Ini kerana memandangkan dengan mengikuti kursus berkenaan di Harvard, ia telah memberikan kekuatan dan menjadi asas penting dalam membina keyakinannya sebagai pemimpin terutama sebagai seorang bekas atlet.
Kredit: Datuk Nicol David
“Saya bersyukur kerana mendapat biasiswa untuk mengikuti kursus ini, dan ini adalah hasil daripada inisiatif Inovasi Sosial Harvard Pertukaran Inisiatif (SICI) yang disyorkan oleh @lily_lapenna”
“Namun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan senegara, seorang wanita luar biasa yang juga rakan saya, @sarahchenglobal yang telah menjadikannya tidak mustahil bagi saya,” ujarnya menerusi perkongsian gambar di Instagram.
Kredit: Datuk Nicol David
“Dia menghubungi dan mencadangkan ini kepada saya, dan saya amat berterima kasih kepadanya. Tahniah kepada Julie Battilana yang memberi inspirasi, yang bekerja di @harvardkennedyschool kerana membangunkan kursus ini,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, beliau juga berharap ini adalah permulaan kepada banyak pencapaian akademik dalam laluan baharunya, yang ketika ini menguruskan yayasan sendiri, dan ia menjadi peringatan untuk terus percaya pada diri sendiri bagi merealisasikan impian berkenaan.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, kabinet telah memutuskan tempoh cuti bersalin bergaji untuk dipanjangkan dari 60 hari ke 98 hari secara berterusan menerusi kemas kini penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022.
Ini sekaligus merupakan satu bentuk ‘kemenangan’ kepada kumpulan hak asasi buruh dan wanita yang selama ini memperjuangkan hal ini.
Begitupun, disebabkan tempoh cuti bersalin bergaji yang lebih panjang ini, khabarnya para majikan kini lebih cenderung untuk menggaji pekerja lelaki berbanding graduan-graduan perempuan.
Sebaik sahaja kemas kini akta ini diumumkan, Dewan Perniagaan Cina Bersekutu (ACCCIM) mengambil inisiatif melaksanakan satu tinjauan dalam kalangan majikan untuk mendapatkan respon mereka terhadap kesan pindaan akta ini.
Seperti dijangka, rata-rata majikan tidak bersetuju dengan perlaksanaan cuti bersalin bergaji lebih panjang.
Pada pandangan para majikan, ini hanya mengakibatkan peningkatan kos operasi yang ketara setelah kadar produktiviti dan kecekapan menguruskan syarikat masing-masing akan berkurangan dengan ketiadaan pekerja wanita tersebut.
Selain itu, majikan juga perlu mengupah pekerja sambilan atau mengambil graduan latihan (intern) bagi mengisi kekosongan selama tiga bulan itu; lalu mengakibatkan kos pengurusan meningkat.
Tinjauan sama mendapati lebih ramai majikan berbangsa Cina yang sekarang cenderung untuk menggaji pekerja lelaki disebabkan kebenaran cuti bersalin bergaji yang lebih lama ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...