Danesh Raj Nagarajan Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Termuda Universiti Malaya

Share

Siapa sangka seorang anak muda yang baru berusia 26 tahun telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya (UM) berkuatkuasa pada 4 Oktober lalu hingga 3 Oktober 2024.

Danesh Raj Nagarajan merupakan graduan Pusat Kebudayaan UM dan menjadi Ahli Parlimen Belia Malaysia.

“Syukur saya diberi kepercayaan dan amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya,”

“Varsiti ini dan warganya telah menjadikan saya seorang manusia yang berguna! Sudah tentu UM dan tradisinya mempunyai tempat yang istimewa dalam hati saya,”

“Dengan kudrat yang ada saya akan lakukan tugas semak dan imbang tanpa kompromi demi masa depan sahabat mahasiswa, alumni serta varsiti kesayanganku,” jelas Danesh dalam kenyataan di laman Facebook.

Sumber: Facebook Danesh Raj Nagarajan

Pihak Universiti Malaya

juga turut mengucapkan sekalung tahniah kepada Danesh atas pelantikan ini.
Sumber: Facebook Universiti Malaya

Walau bagaimanapun, terdapat bantahan tentang pelantikan ini oleh Pergerakan Wiranita Putra Malaysia yang mengatakan bahawa Danesh tidak sesuai memegang jawatan besar itu kerana umurnya yang masih muda dan tidak berpengalaman.

Namun, jelas Menteri Pengajian Tinggi YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad, pelantikan Danesh Raj Nagarajan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Universiti Malaya adalah bersesuaian dengan kepercayaan kerajaan kepada golongan muda.

Pelantikan anak muda itu turut mengambil kira penglibatannya dengan alumni universiti berkenaan.

“Inilah masa yang paling sesuai untuk kita memberi kepercayaan kepada orang muda terutamanya dalam melihat peranan mereka sebagai Ahli Lembaga Pengarah,” katanya.

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Danesh Raj Nagarajan dan semoga beliau dapat menjalankan tugas dengan baik.

Sumber: (1), (2)

Published by
Noor Ain Norman