Dapat “Bayangan” Suami Kemalangan Bertembung Lori, Gerak Hati Jadi Kenyataan

Share

Tiada apa yang lebih memilukan apabila kehilangan orang tersayang. Lebih sebak jika sebelum kehilangan itu disusuli gerak hati bahawa ada kemalangan yang bakal menimpa. Bukan mahu menidakkan takdir tapi gerak hati seorang isteri yang suaminya bertembung dengan lori benar-benar menjadi kenyataan.

Cukup memilukan dalam kemalangan yang benar-benar terjadi itu, bukan saja suami meninggal namun anak kecil berusia 8 tahun turut maut. Dua kehilangan sekaligus.

Bagi Rafidah Mat Isa, 36 tahun, yang baru kehilangan suami, Mohd Subir Mahamad Isa, 54 dan anak Muhamad Rayan Danish Abdullah, 8 yang maut akibat digilis lori pembancuh simen di Kilometer 90.4 Jalan Ipoh-Butterworth, berhampiran susur masuk Tol Kamunting, Taiping, 11.30 pagi semalam. Jelas kemalangan itu adalah detik yang cukup berat dihadapinya. Namun bagaikan ada gerak hati, dia terlebih dahulu dapat bayangan suaminya terlibat kemalangan dengan lori.




Kongsinya, malam Ahad lalu, arwah suami ada mengatakan hayatnya sudah tidak lama susulan kanser dihidapinya. Awal pagi sewaktu arwah menghantar saya ke rumah majikan saya di Sungai Ara, Bayan Lepas pada 5 pagi, kata-kata itu sentiasa bermain di fikiran saya.

"Malah sepanjang perjalanan dari rumah ke Sungai Ara fikiran saya 'melayang' sehingga terbayangkan yang dia terbabit kemalangan dengan lori, sedangkan perkara (tragedi) itu belum terjadi. Tidak sangka pula ia memang terjadi bahkan turut membabitkan anak kami.

"Selepas menghantar saya, arwah kembali ke Juru mengambil anak (Muhamad Rayan Danish) untuk dibawa bersama ke Kuala Kangsar. Arwah anak tidak tunjuk sebarang kelakuan aneh, cuma kelmarin (Sabtu) dia makan masakan saya dengan begitu berselera," katanya ketika ditemui selepas pengkebumian suami serta anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pauh, Sayong, Kuala Kangsar, malam tadi.

Dalam pada itu, sesuatu yang amat menyedihkan, suami dan anak pulang ke kampung untuk menziarahi kubur ibu arwah memandangkan baru kali ini berkesempatan, namun tidak sangka akhirnya mereka berdua dikuburkan di sisi kubur itu," katanya lagi.


Tambahnya lagi, kepulangan arwah suami serta anaknya dari kediaman mereka di Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang ke Kuala Kangsar adalah bagi menziarahi kubur ibu suaminya itu di Kampung Pauh, Sayong, Kuala Kangsar selepas wanita berkenaan meninggal dunia pada 27 Mac lalu iaitu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 1 berkuatkuasa.

Beliau berkata, sejak perlaksanaan PKP bermula 18 Mac, baru kali ini arwah berdua berkesempatan pulang ke Kuala Kangsar memandangkan tahap kesihatan suaminya itu yang sering terganggu disebabkan menghidapi kanser usus.

Katanya, selain menziarahi kubur, arwah suami dan anaknya pulang ke kampung bagi menguruskan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta zakat susulan tahap kesihatan suaminya yang tidak lagi mampu bekerja selain kedaifan hidupnya sekeluarga.


Jenazah Mohd Subir dan Muhamad Rayan Danish selamat dikebumikan dalam satu liang pada 10.30 malam tadi selepas disembahyangkan di Masjid Kampung Kepala Bendang, Sayong.

Rafidah yang bekerja sebagai pengasuh di rumah majikannya berkata, kesusahan hidup yang dikongsi bersama kedua-dua arwah menyebabkan mereka sekeluarga tidak mempunyai kereta dan hanya bergerak menaiki motosikal atau perkhidmatan e-hailing untuk ke mana-mana.

"Memasuki Julai tahun ini, genaplah setahun arwah suami menjalani pembedahan membuang bahagian usus yang sudah dijangkiti sel barah. Bagaimanapun tahap kesihatannya masih merosot selepas menjalani pembedahan itu.

"Sebagai muslim saya reda dengan pemergian mereka, biarpun agak ralat memandangkan Muhamad Rayan Danish merupakan anak kandung tunggal saya," katanya.


Menurutnya, arwah suaminya pernah dua kali berkahwin sebelum ini dan berpisah dengan kedua-duanya isterinya yang terdahulu. Sumber : Harian Metro

Published by
Almaswa Haji Che Ros