Jika di Malaysia ada sembilan negeri yang memiliki keluarga Diraja yang mana menyaksikan setiap negeri dinaungi sama ada oleh Sultan, Raja dan Yang Dipertuan Besar mengikut adat masing-masing.
Keluarga Diraja masih memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di negara ini yang mana gagasan Malaysia berpegang kepada demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berpelembagaan.
Keluarga Diraja Jogjakarta, Sultan Hamengkubuwono X bersama isteri Permiasuri Hemas dan lima anak baginda.
Berlainan pula dengan Indonesia, negara tersebut merupakan sebuah negara republik yang mana kuasa pemerintahnnya terletak mutlak kepada presiden yang dilantik. Namun tahukah anda bahawa salah satu daerah di Indonesia masih lagi di bawah pengaruh oleh keluarga Diraja sejak dahulu hingga kini.
Jogjakarta atau dikenali dengan nama Daerah Istimewa Jogjakarta itu sudah diperintah oleh keluarga Diraja sejak kurun ke-17 lagi dan menjadi satu-satunya keluarga Diraja yang masih diiktiraf sehingga kini dan menjalankan masih mengekalkan adat istiadat.
Merupakan seorang pejuang hak-hak wanita, Sultan Hamengkubuwono X berharap dapat melihat puteri sulungnya, Puteri Gusti Kanjeng Ratu Mangkubumi, menggantikannya sebagai pemerintah dan gabenor, bertentangan dengan norma istana.
KENALI PUTERI MAHKOTA
Ads
Dilahirkan dengan nama Gusti Raden Ajeng Nurmalitasari dan kini dikenali sebagai Gusti Kanjeng Ratu Mangkubumi, baginda adalah anak sulung daripada lima puteri Sultan Hamengkubuwono X Yogyakarta dan Permaisuri Hemas.
Dilahirkan pada 24 Februari 1972, baginda menamatkan sekolah menengah di Singapura pada usia 15 tahun. Keputusan itu dibuat oleh bondanya, Permaisuri Hemas, yang ingin mengajar puteri-puterinya untuk hidup berdikari dan tidak bergantung kepada keluarga diraja atau ahli lelakinya.
Selepas sekolah menengah, Gusti Kanjeng Ratu memasuki Universiti Griffith di Brisbane, Australia bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Dengan peranannya sebagai Puteri Mahkota, wanita diraja pertama yang menerima gelaran sedemikian dalam sejarah kesultanan, baginda membawa tanggungjawab besar untuk meneruskan legasinya yang telah diukir oleh nenek moyangnya.
Walaupun pelantikannya sebagai Puteri Mahkota mendapat tentangan daripada beberapa individu dalam keluarga Diraja namun perubahan yang dibuat oleh ayahandanya dan dipersetujui oleh mahkamah telah mengubah sistem yang mana anak perempuan juga boleh mewarisi takhta.
Ads
Kini pada usia 50 tahun, Gusti Kanjeng Ratu sudah berumah tangga dan memiliki sepasang cahaya mata.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Coklat bukan makanan yang asing bagi masyarat Malaysia, sejak kecil kita sudah didedahkan dengan makanan ringan ini. Walaupun makanan ringan, rupanya bagus ye makan coklat ni!
Ia bukan sebarang coklat, ia adalah coklat gelap atau Dark Chocolate. Coklat ini banyak beza daripada coklat biasa lain kerana kandungan kokonya lagi tinggi melebihi kandungan gula malahan rasanya agak pahit kerana itu adalah rasa koko yang sebenar.
1. Coklat gelap baik untuk jantung
Kajian menunjukkan bahawa makan sejumlah kecil coklat ini boleh membantu menurunkan tekanan darah. Ia juga memperbaiki aliran darah dan boleh membantu mencegah pembentukan darah beku serta membantu menyihatkan jantung anda.
2. Bantu rutin diet
Terdapat kajian dibuat pada 2012 yang menyatakan coklat yang dihidangkan bersama protein mampu mengurangkan nafsu makan dan membantu mengurangkan berat badan. Ia juga kerana coklat gelap mengandungi kandungan gula yang sangat rendah. Itu sebab rasanya pahit namun masih sedap di kalangan peminat coklat gelap.
3. Menjaga kesihatan otak
Coklat gelap meningkatkan kelancaran aliran darah ke otak dan juga untuk jantung. Masa yang sama ia boleh membantu meningkatkan fungsi kognitif atau membuatkan pemikiran anda lebih cepat. Ia juga membantu mengurangkan risiko strok.
4. Tinggi kandungan antioksidan
Ia amat efektif dalam membantu melambatkan proses penuaan serta mengurangkan penularan sel kanser dalam badan.
5. Tidak memberi kesan kepada gigi
Ramai orang sakit gigi sebab makan coklat biasa. Coklat ini membantu melindungi kesihatan gigi anda. Ia tidak seperti coklat lain yang boleh merosakkan enamel gigi kerana terdapat kandungan gula. Ingat, coklat gelap rendah kandungan gula atau sesetengah produk coklat gelap lain tidak mempunyai gula langsung.
Jadi, jangan rasa bersalah ye nak makan coklat tu!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Comelnya Tengku Hasanal ketika kecil, itu yang terdetik dihati penulis saat melihat gambar yang dimuatnaik oleh Tengku Mahkota Pahang itu di laman Instagramnya. Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang kini berusia 26 tahun berkongsi memori ketika baginda memulakan persekolahan rendah di Sekolah Kebangsaan St. Thomas, Kuantan.
Dalam hantaran itu baginda berkongsi, “Di sinilah tempat saya belajar membaca, menulis dan mengira. Di sinilah juga, saya belajar bahawa pencapaian datang dalam pelbagai bentuk; sesiapa sahaja boleh berjaya dalam bidang tersendiri.
Tengku Hassanal dalam persalinan sekolah rendah sedia memulakan kelas
“Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada mereka yang baru sahaja mendapat keputusan SPM. Alhamdulilah, apa pun jua keputusan yang diperolehi majulah kehadapan, merintangi segala cabaran.
“Dalam kegagalan, ada sinar untuk memperbaiki diri, dalam kejayaan, ada ruang untuk menjadi lebih baik. Anda tidak bersendirian, khidmat nasihat dan bantuan sentiasa bersama dalam keluarga dan rakan-rakan. Orang yang segan selalu rugi. Jangan malu untuk meminta pertolongan dan nasihat.
“Jangan putus asa untuk mencuba, inilah permulaan untuk anda semua. Langkah ke hadapan mengejar impian dengan semangat yang baru. Majulah Kehadapan, Mengejar Kejayaan.”
Dalam gambar yang dimuatnaik itu, kelihatan DYMM Permaisuri Agung menemani anakandanya cantik dalam persalinan kurung rona biru berbunga merah jambu. Selain itu ayahanda baginda DYMM Yang Dipertuan Agong turut ada bersama.
DYMM Raja Permaisuri Agong memakaikan tanda nama kepada Tengku Hassanal
Mendapat pendidikan di sekolah kerajaan bersama-sama dengan rakyat jelas menonjolkan sisi keluarga DiRaja ini yang mempercayai dengan sistem pendidikan kebangsaan selain memberi kelebihan untuk bakal Sultan Pahang ini duduk bersama dengan rakyat jelata.
Selepas menamatkan pengajian sekolah rendah di Malaysia, Tengku Hasanal kemudiannya menyambung peringkat sekolah menengah di Caldicott School dan Sherborne School yang terletak di United Kingdom. Baginda kemudiannya mendapat pengajian tinggi di Geneva School of Diplomacy and International Relations.
Dalam keadaan situasi pandemik seperti hari ini, rasanya jika boleh lebih baik sekiranya segala urusan dilakukan secara dalam talian. Masyarakat tidak perlu berpusu-pusu menuju ke satu tempat semata-mata untuk melakukan urusan harian.
Antara yang boleh dilakukan secara online adalah memesan makanan, barangan runcit atau barang basah memasak dan untuk memperbaharui lesen memandu juga korang boleh lakukannya secara online.
Gambar hiasan
Mungkin ramai yang tidak tahu tentang kewujudan portal JPJ online yang dikenali sebagai mySIKAP. Melalui portal ini korang boleh renew lesen JPJ secara online dan melakukan banyak lagi transaksi bagi urusan yang melibatkan kenderaan motor dan lesen pemandu.
Tapi sebelum itu, korang kena daftar dulu untuk log in portal mySIKAP ini. Berikut merupakan cara-caranya:
7. Notifikasi Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan
8. ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emal yang telah didaftarkan
Macam mana nak renew lesen secara online? Jom kita lihat perkongsian daripada gambar yang telah dimuat naik oleh Cik Yaya ini.
Senang sahaja kan? Selepas ini korang boleh renew lesen JPJ, renew roadtax, semak saman dan macam-macam lagi hanya secara online dan tidak perlu ke kaunter JPJ.
Cara ini juga dapat mengelakkan orang ramai daripada berkumpul ditempat awam dan secara tidak langsung dapat mengekang penularan COVID-19.
Bagi remaja yang pernah didiagnosis dengan atopic dermatitis ataupun eczema, pastinya dia memahami betapa sukarnya untuk berdepan rasa gatal pada kulit yang tidak berkesudahan....