Malam semalam telah menyaksikan peserta dari Singapura, Farhan Shah terpaksa meninggalkan pentas Big Stage 5.
Penyanyi berusia 31 tahun itu tersingkir menerusi Imuniti-X yang digunakan juri profesional, Ajai dan Aina Abdul bagi menyelamatkan kumpulan Dem Lepak Boyz yang sepatutnya menjadi peserta yang tersingikir, pada malam semalam.
Berhubung perkara tersebut, pelantun lagu Racun itu memaklumkan dia sudah pun menjangka dirinya akan menjadi peserta yang tersingkir, pada minggu ini.
“Saya dah jangka yang saya akan tersingkir minggu ini,sebenarnya dari minggu lepas bila Aina bagi saya markah 39.
“Tapi minggu lepas saya keliru kenapa dapat markah paling rendah daripada Aina, jadi saya cuba cari apa kesalahan saya.
Ads
“Tetapi saya rasa i don’t deserve 39, so daripada situ saya sudah dapat agak yang saya akan tersingkir,” tuturnya.
Bercakap mengenai terguris hati kerana harus meninggalkan Big Stage 2023, Farhan menyatakan dia dapat merasakan bahawa juri tetap yang juga penyanyi popular, Aina Abdul tidak menyukai dirinya.
“Terguris hati itu, dari minggu lepas lagi saya dapat rasa yang Aina betul-betul tidak suka saya, saya rasa begitu.
Ads
“Mungkin dari segi vokal ataupun persembahan saya betul-betul tidak tahu, jadi saya mahu dengar penjelasan dari Aina, jadi bila diumum mengenai Imuniti X saya dah tahu Aina akan pilih saya berbanding Firdaus Rahmat,” katanya lagi.
Pada masa sama, Farhan juga menyatakan dia akan meneruskan untuk melebarkan sayapnya di Malaysia dan berterima kasih atas sokongan yang diperolehi sepanjang berada di program tersebut.
Ads
Sekadar informasi, Farhan menjadi bintang Big Stage 2023 keempat yang tersingkir pada konsert minggu keenam yang bersiaran secara langsung, pada Ahad.
Dia yang mendapat markah sebanyak 64.00% gagal meneruskan perjuangan pada minggu ketujuh yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.
Big Stage 5 akan terus bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam menerusi saluran 104 Astro Ria selama sepuluh minggu.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Konsert minggu pertama Big Stage membuka tirainya semalam dengan kejutan hangat kepada para penonton apabila ianya menampilkan Elly Mazlein dan Rina Nose, personaliti terkenal Indonesia sebagai pasangan pengacara musim ini.
Turut menghiburkan apabila Rina Nose tampil berpakaian seakan akan Hetty Koes Endang ketika menyanyikan lagu berjudul Rindu bersama Kak Lina Pom Pom di awal pembukaan program.
Para penonton juga terkejut apabila Kak Lina sempat mendukung pelawak dari Indonesia itu ketika persembahan pembukaan tersebut berlangsung. Memang kecoh habis!
Ketika ditemubual, pelawak berusia 39 tahun itu turut mengakui bahawa dirinya terkejut ketika didukung oleh Kak Lina di atas pentas Big Stage.
“Ianya berlaku secara spontan. Aku sendiri tidak tahu yang dia mahu mengangkatku. Tapi situasi tersebut haruslah aku ‘sambut’ agar ianya tidak kelihatan canggung,” ujar beliau.
Meskipun berbeza bahasa, beliau mengakui bahawa dirinya selesa bekerja dengan penyanyi Janji Kekasih itu dan turut mendedahkan bahawa terdapat banyak persamaan di antara mereka berdua dari segi pemikiran.
Apabila ditanyakan perihal Waode, peserta dari Indonesia, beliau mengakui dirinya terkejut dengan persembahan yang ditampilkan.
“Sejujurnya sebelum ini saya sudah mengetahui pasal Waode kerana dia sering viral di Indonesia kerana menyanyikan lagu-lagu pop dengan gabungan genre dangdut. Namun aku tak menyangka sebegitu ‘powerful’ suaranya,” akui beliau yang kagum dengan persembahan Waode yang membawakan lagu berjudul Sial dari Mahalini.
Tambah beliau lagi, setakat minggu pertama ini, antara peserta yang paling digemarinya ialah Khoondoo dan Nadeera.
“Aku suka sama Khoondoo! Meskipun ketika menyanyikan lagu dengan ‘pitch’ yang tinggi, mereka masih kelihatan santai dan menjiwai lagu tersebut dengan penuh penghayatan,
“Nadeera juga bagus sekali. Suaranya ada ‘power’ tapi dia tidak memaksa suaranya ketika menyanyikan sesebuah lagu,” komen beliau kepada pihak media.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khai Bahar memang rapat dengan peminatnya – for a very good reason.
Selain selalu mengeluarkan single baru yang senang diminati oleh semua, Khai Bahar juga merupakan antara selebriti Malaysia yang begitu rapat dengan peminatnya. Tak kiralah sama ada golongan berusia, muda dan kanak-kanak, Khai mempunyai ‘teknik’ tertentu untuk mendekatkan dirinya dengan mereka, SELALU.
Akhir tahun lepas, Khai memberikan ucapan untuk pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Semalam, Khai mengucapkan good luck pula kepada adik-adik yang akan mengambil peperiksaan UPSR, bermula hari ini.
Sweet ke tak?
Saja kami google, pernahkah Khai mengucapkan good luck selain 2 kali tersebut. Dan jawapannya adalah..
YES!
Khai pernah melakukannya pada tahun 2016 dan 2017 – keduanya untuk pelajar UPSR.
Kira dah jadi rutin tahunanlah ni. Hehe..Teruskan rapatkan diri dengan peminat okay, Khai Bahar.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pegawai perubatan dan pempengaruh, Dr. Alep Zaki tampil mengulas isu mengenai ada segelintir pempengaruh media sosial yang menganggap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sekolah tiada nilai lagi.
Menurut Dr. Alep Zaki yang juga dikenali Alpha Zaki, institusi persekolahan adalah amat penting bagi mereka yang ingin menggapai cita-cita selain meneruskan kehidupan yang lebih baik.
“Kita kena lihat siapa yang berkata itu, yang berkata itu pula datangnya daripada latar belakang keluarga kaya.
“Jadi, jika dia tidak ke sekolah sekali pun, ‘tidak mengapalah bapa aku boleh beri sesuatu dan sediakan apa-apa untuk aku.
“Tetapi, kita ambil orang marhaen seperti kita ini, tidak ke sekolah, kita nak makan apa? Nak kerja apa kan? Jadi bagi saya, yang mana rasa sekolah itu tidak penting, sedar diri dululah,” katanya kepada Remaja.
Sehubungan itu, dia menegaskan kepada remaja di luar sana agar hadir ke sekolah untuk berjaya dan mendapat peluang pekerjaan yang lebih cerah.
“Misal kata harta ibu bapa kita tujuh keturunan pun tidak akan habis, kemudian teruskan kalau tidak mahu ke sekolah pun.
“Tetapi, kalau kita makan pagi sahaja dan menunggu gaji di hujung bulan, pergi sahaja sekolah adik. Belajar sungguh-sungguh. Nak berjaya pun kena ada ilmu,” ujarnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepasang sudah anak Song Joong Ki pasangannya Katy Louise Saunders.Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali...