Filem yang ditunggu-tunggu tahun ini, Captain Marvel sudah pun membuktikan kehebatannya dengan kutipan tertinggi USD$760.2 mil (RM3.11 bil) seluruh dunia setakat ini.
Baru memasuki minggu kedua ditayangkan, filem berdurasi 124 minit ini telah meraih kutipan RM626 juta di Amerika Syarikat selepas empat hari tayangan, sekali gus melebihi kos pembikinan filem tersebut yang menelan belanja dianggarkan sebanyak RM621 juta.
Captain Marvel merupakan filem superhero wanita pertama oleh Marvel Studios dengan sentuhan pengarah terkenal, Anna Boden dan Ryan Fleck yang ditayangkan pada 8 Mac lalu.
Menampilkan Brie Larson sebagai teraju utama, Captain Marvel juga dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Samuel L. Jackson, Ben Mendelsohn, Jude Law, Djimon Hounsou, Gemma Chan, Clark Gregg dan Annette Bening.
Kisah tentang seorang wanita hebat dengan kuasa luar biasa apabila DNAnya secara tidak sengaja tercampur dengan genetic makhluk asing, Carol Danvers mengetuai barisan hadapan dalam pertempuran galaksi sebelum Danvers ke bumi apabila galaksi itu diserang secara tiba-tiba.
Ketika itulah Danvers bertemu dengan penyiasat Nick Fury yang mengingatkannya tentang masa lampau yang telah dilupakannya.
Pelbagai reaksi dan kritikan berbeza yang diterima tentang filem Captain Marvel ini, secara tidak langsung membuatkan ada pihak yang tidak yakin untuk menonton filem tersebut.
Walau bagaimanapun, masing-masing punya pendapat sendiri kan? Bagi kami, filem ini tidaklah terlalu hambar dan masih boleh layan.
Mungkin yang memberi reaksi negatif tu korang terlalu meletakkan expectation yang tinggi. Anyway, kita tunggu saja filem marvel yang katanya bakal ditayangkan pada April nanti, Avengers: End Game.