Zaman sekarang macam tak logik kalau orang muda terutamanya golongan remaja tak mempunyai akauan Instagram. Ia kini bukan lagi menjadi platform sosial untuk dikongsikan foto selfie semata.
Malah, Instagram kini sudah menjadi kayu pengukur seseorang untuk mencapai status dalam lingkungan masyarakat terutamanya yang membawa pengaruh.
Korang semestinya mahu jadikan koleksi gambar yang dimuat naik itu cantik dan mempunyai nilai seni tersendiri.
REMAJA ingin kongsi bagaimana kamu boleh mendapatkan foto yang menarik dan berkualiti dengan hanya menggunakan telefon pintar khusus buat kamu memuat naik ke laman media sodial.
Memilih titik poin utama atau focal point
boleh meningkatkan karakteristik foto yang diambil secara bentuk lanskap. Contohnya subjek pokok dalam jarak jauh, seni bina cantik mahupun orang boleh menjadi titik poin utama yang baik – menjadikannya foto kamu sebagai sebuah elemen unik berserta layar belakang yang mempunyai ‘cerita’ tersendiri.Dalam pasaran telefon pintar sekarang sudah semakin banyak yang mempunyai feature potrait ‘bokeh‘. Memberikan fokus pada subjek dan mencipta efek kabur di bahagian belakang membuatkan subjek tersebut lebih menyerlah. Ia juga membuatkan ia lebih hidup dengan ilusi kedalaman atau depth yang dicipta menerusi teknik ini.
Untuk permulaan cuba hadkan elemen kepada satu di dalam sebuah foto kerana jika terlalu banyak ia mungkin nampak berserabut dan mengelirukan. Gunakan latar belakang yang minimal dan hanya berikan fokus kepada subjek tunggal. Cuba ambil foto dari pelbagai sudut berbeza dengan menggunakan latar belakang yang sama dan bandingkan hasilnya. Foto terbaik boleh diambil dari sudut yang tidak konvensional. Jadi jangan takut untuk mencuba ambil gambar dari sudut yang lain daripada yang lain.
BACA: 5 Apps Foto Editing Terbaik Pilihan REMAJA!
Jika kamu mengambil gambar secara outdoor, kedudukan matahari sangatlah penting. Mengambil gambar dengan kedudukan matahari di belakang subjek boleh membuatkan ia gelap dan silau. Elakkan kedudukan begini jika subjek foto kamu adalah manusia kerana hasilnya pasti tidak cantik. Apatah lagi ia memberikan kedudukan bayang yang tidak sesuai untuk foto.
Foto pemandangan ketika matahari terbit dan terbenam akan menghasilkan warna foto yang lebih ‘panas’ dan keemasan. Ingat, untuk menghasilkan gambar yang cantik kadangkala tidak memerlukan pengcahayaan yang terlalu terang. Keadaan malap atau cuaca mendung juga boleh hasilkan foto yang hebat dan lebih dramatik.
Kadangkala untuk mengambil foto adalah lebih baik menggunakan tripod
. Ia bagi memastikan telefon pintar lebih stabil. Penggunaan tripod juga lebih penting bila mengambil foto di kawasan yang mempunyai kadar cahaya rendah. Atau kamu juga boleh menggunakan timer bagi mengelakkan tangan bergegar ketika mengambil foto.Terdapat pelbagai jenis aplikasi foto terdapat di App Store dan Google Play yang boleh digunakan untuk menambah baik kualiti foto. Contohnya aplikasi Pro HDR yang menggambungkan exsposure berlainan pada satu imej dan menghasilkan foto yang sempurna. Jangan takut untuk explore dan gunakan lebih banyak apps untuk editing.