Dapatkan Kulit Flawless Bak Instafamous, Guna Je Produk Melembapkan Kulit Ini

Share

Tidak salah lagi, instafamous adalah di antara punca utama mengapa dunia kecantikkan semakin menggemari produk Wardah.

Merekalah yang memulakan trend ini sehinggakan ramai yang tertanya-tanya rahsia di sebalik kulit wajah mereka yang clear, sihat dan lembap.’

Wardah, satu label kosmetik dan penjagaan kulit halal telah melancarkan rangkaian produk barunya Wardah Hydra Rose di Malaysia untuk menangani masalah kecantikan utama wanita – penghidratan.

 

Malah instafamous persis wajah Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Mira Filzah iaitu Qasrina Karim ini turut dijadikan wajah Wardah Hydra Rose. Memang sesuai dengan perwatakan manis dan gaya santai gadis ini.

Beliau akan menjadi personaliti pilihan platform media sosial Wardah serta akan membuat penampilan-penampilan awam bagi pihak jenama ini.

Untuk pengetahuan semua, Wardah Hydra Rose ini mampu melembapkan sehingga 72 jam, dengan kandungan minyak dan air yang seimbang menjadikan kulit :

  • 97% lebih cerah dan lebih berseri
  • 94% lebih anjal
  • 94% lebih banyak pemakanan dan penghidratan

Malah dua bahan yang terkandung dalam produk ini tingkatkan kelembapan. 72 Hours Hydrating Active mengandungi komposisi yang serupa dengan Natural Moisturising Factor (NMF) yang dihasilkan oleh kulit dan berfungsi meningkatkan kadar air pada lapisan luar kulit. Hydrating Active turut meningkatkan kadar NMF di dalam kulit.

5 Rutin Penjagaan Kulit Dengan Wardah Hydra Rose

  1. Wardah Hydra Rose Gel-to-Foam Cleanser yang merupakan pencuci muka yang lembut dan ringan untuk memastikan kulit tidak hilang kelembapannya semasa pencucian.
  2. Wardah Hydra Rose Petal Infused Toner mengimbangi pH dan kelembapan kulit.
  3. Wardah Hydra Rose Micro Gel Serum mengandungi bijian kecil hidrasi berwarna merah jambu untuk meningkatkan dan mengekalkan kelembapan kulit.
  4. Wardah Hydra Rose Dewy Aqua Day Gel yang diperkayakan dengan asid bio-hyaluronic melapisi permukaan kulit dan memberikan kelembapan kulit sepanjang hari.
  5. Wardah Hydra Rose Moisture Rich Night Gel melegakan dan menyuburkan kulit pada waktu malam, dan menyediakannya untuk hari berikutnya.

Dah jadi satu kewajipan bagi seorang perempuan untuk menggunakan moisturizer bagi memastikan kulit wajah tidak kering dan tampil segar sepanjang hari. So apa kata korang try produk ini, yang penting jenama Wardah ini halal. So tak ragu-ragu lah kita nak lakukan ibadah dibulan puasa.

 

Published by
Nana