Benarlah apabila ada yang menggelar bola sepak sebagai sukan yang menyatukan Malaysia yang berbilang bangsa.
Lihat je di restoran mamak, warung tepi kedai, di Twitter ataupun di rumah, penonton tidak putus-putus memberikan sokongan sehingga ke saat terakhir perlawanan bola sepak di antara Malaysia dan UAE.
Berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, Malaysia terpaksa akur kepada kekalahan 1-2 kepada UAE. Namun tunduk kita tetap bermaruah jika dilihat kembali kepada sejarah perlawanan bersama negara Asia Tengah itu.
4 tahun lalu, skuad Harimau Malaya terpaksa menelan peristiwa pahit apabila ‘dibelasah’ 0-10 oleh UAE. Semua itu kini hanyalah sejarah apabila kesebelasan negara memberikan tentangan sengit walaupun diakui mulai longlai pada akhir separuh masa kedua.
Ia juga diakui oleh netizen yang merasakan usaha Harimau Malaya yang kini menduduki tangga ke-169 dunia wajar dipuji apatah lagi bila menentang UAE yang berada di tangga ke-65.
Dalam satu tweet yang dimuat naik oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, beliau menyifatkan mereka harus berbangga dengan usaha sendiri dan tidak mudah mengaku kalah.
Begitu juga dengan peminat bola sepak yang kekal memberikan kata-kata semangat.
BACA: Barracuda Bawa Harimau Malaya Keluar Stadium
Apapun REMAJA doakan agar kempen Harimau Malaya pada kali ini akan terus positif dan mempamerkan prestasi terbaik yang pernah mereka lakukan.