Bersempena bulan Ramadan yang hampir ke penghujungnya, kumpulan hip hop, 53 Universe baru-baru ini memberi sedikit perbezaan dalam karya mereka apabila melancarkan album EP ‘Setahun Sekali’ istimewa mengenai kehidupan dan kerohanian.  

Hadir dengan tiga buah trek yang bukan sekadar menyentuh perasaan, 53 Universe turut membawa peminat muzik hip hop untuk menyelami suasana penuh syahdu dan keinsafan, sesuai sangat dengan vibe 10 malam terakhir Ramadan.

Dari Bukit Tabur Ke Jubah Putih, 53 Universe Semarakkan Ramadan Menerusi ‘Setahun Sekali’

Ads

Menurut wakil kumpulan 53 Universe, album ini adalah penghormatan tulus kepada tema abadi khususnya bagi introspeksi diri dan penuh rasa syukur di bulan yang mulia bagi seluruh umat Islam.

“Menerusi ‘Setahun Sekali’, kami ingin mencipta satu pengalaman muzik yang benar-benar menyentuh suasana muhasabah Ramadhan, mengajak pendengar untuk berhenti seketika, merenung, dan merayakan keindahan transformasi peribadi,” katanya.

Ads
Dari Bukit Tabur Ke Jubah Putih, 53 Universe Semarakkan Ramadan Menerusi ‘Setahun Sekali’
53 Universe yang popular menerusi beberapa lagu seperti PP at Bukit Tabur dan Aku, Kau & Bintang.
Dari Bukit Tabur Ke Jubah Putih, 53 Universe Semarakkan Ramadan Menerusi ‘Setahun Sekali’
Setahun Sekali yang memuatkan lagu seperti Hingga Menutup Mata, Jubah Putih & Doaku Doamu.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album EP ini adalah seperti Hingga Menutup Mata oleh IMRN, Jubah Putih kolaborasi antara Pele L dan Rahh5Kaki serta Doaku Doamu yang dinyanyikan oleh Faiz Ruzayn.

Bagi peminat 53 Universe, korang boleh mula mendengar ‘Setahun Sekali’ menerusi platform penstriman muzik bermula 21 Mac dan paling menarik, ini merupakan antara salah satu karya seni yang mungkin dekat dengan jiwa generasi yang hidup pada zaman kini.

Ads

Sekadar info, 53 Universe merupakan sebuah kumpulan muzik versatile yang popular menerusi lagu seperti PP at Bukit Tabur, Aku, Kau & Bintang, Gard 0 Gard, M 2 Tha Sky dan Mbappe. Kumpulan ini juga sentiasa menghasilkan karya inovatif yang sesuai dengan peminat muzik pada masa kini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI