
Semalam, bagi peminat dunia astronomi dapat menyaksikan gerhana matahari cincin bagi tahun terakhir 2020.
Fenomena indah yang juga disebut sebagai Ring Of Fire bila mana bulan menutup sebahagian besar matahari sehingga terbentuk fenomena menyerupai Cincin yang sangat jelas dan disebut sebagai 'Ring of Fire'.
Di Malaysia, gerhana ini terjadi sekitar jam 3.57 petang yang berjaya di rakam. Untuk gerhana kali ini, kita di Malaysia hanya dapat menyaksikan separa sahaja kerana Malaysia tidak berada dalam kedudukan laluan gerhana Matahari Cincin ini. Namun fenomena ini dapat disaksikan secara jelas di tengah benua Afrika, Timur Tengah, Pakistan, China serta lautan Pasific.
Menurut laporan Phys.org, Gerhana Matahari Cincin dilihat pertama kali terlihat di Republik Timur Laut Kongo pada pukul 5:56 waktu setempat (04:56 GMT) hanya beberapa minit setelah matahari terbit. Ia berlaku sekitar 1 minit 22 saat sahaja sebelum gerakan bulan ini melaju kea rah Timur melintasi Afrika dan Asia.
Saksikan keindahan fenomena alam ini.
Tak Perlu Lagi Kuarantin Jika Kontak Rapat, Mulai 1 Mac Tapi Pastikan…

Nampaknya, manusia mula membiasakan hidup bersama pandemik Covid-19. Walaupun, penularan Omicron makin menganas di Malaysia, apabila mencatatkan kes tertinggi hari ini sebanyak 31,199 kes baharu.
ARTIKEL BERKAITAN : Sweden Isytihar “Bebas” Covid 19 Walaupun Dunia Bergelut Kenaikan Kes Omicron
Berita terbaru diterima, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan pemansuhan prosedur pengasingan bagi mana-mana individu yang didapati menjadi kontak rapat .
Berkuatkuasa 1 Mac ini, mana-mana individu yang menjadi ‘kontak rapat’ tetapi telah menerima dos penggalak serta tidak bergejala — mereka tidak lagi perlu menjalani kuarantin!
Namun, individu berkenaan masih perlu menjalani ujian kendiri (RTK) pada hari pertama dan ketiga dari tarikh akhir mereka terdedah dengan kes positif berkenaan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata sekiranya ujian yang dijalankan itu negatif — individu berkenaan boleh lakukan urusan seperti biasa, manakala mereka yang positif pula perlulah melaporkan dalam aplikasi MySejahtera serta menjalani tempoh isolasi.
“Bagi individu yang lengkap dos vaksin dan belum menerima dos penggalak, mereka kekal perlu menjalani kuarantin dalam tempoh 5 hari,” katanya pada sidang media hari ini.
TEMPOH KUARANTIN BAGI KONTAK RAPAT
1. KUMPULAN UMUR 18 TAHUN KE ATAS
A) BERGEJALA
- 5 hari bagi individu yang telah terima dos penggalak;
- 5 hari bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap;
- 7 hari bagi individu yang belum lengkap vaksinasi atau belum divaksinasi.
B) TIDAK BERGEJALA
- TIDAK PERLU KUARANTIN bagi individu yang telah terima dos penggalak;
- 5 hari bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap;
- 7 hari bagi individu yang belum lengkap vaksinasi atau belum divaksinasi.
2. KUMPULAN UMUR 18 TAHUN KE BAWAH
A) BERGEJALA
- 5 hari bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap;
- 7 hari bagi individu yang belum lengkap vaksinasi atau belum divaksinasi.
B) TIDAK BERGEJALA
- 5 hari bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap;
- 7 hari bagi individu yang belum lengkap vaksinasi atau belum divaksinasi.
Katanya, mereka juga perlu melakukan ujian bergejala dalam tempoh lima hari dari tarikh akhir pendedahan kepada kes positif COVID-19 dan melaporkan hasil ujian sekiranya positif melalui MySejahtera.
Pada masa sama, Khairy berkata, mana-mana individu yang dijangkiti dan sudah pulih daripada COVID-19 tetapi tidak bergejala, tidak perlu menjalani kuarantin.
TEMPOH KUARANTIN BAGI KES POSITIF
Tempoh isolasi (kuarantin)
- Telah menerima dos penggalak : 7 hari
- Lengkap vaksinasi : 7 hari
- Tidak lengkap ATAU tiada vaksinasi : 10 hari
Nota: Tempoh kuarantin sama ada tidak bergejala atau bergejala
Beliau berkata, protokol yang digunakan menetapkan individu yang sudah lengkap vaksinasi dan baru dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 60 hari walaupun menjadi kontak rapat tidak perlu menjalani isolasi.
Namun, mereka yang bergejala masih perlu menjalani isolasi.
Berdasarkan prosedur sebelum ini, bagi individu yang menjadi kontak rapat dan belum lengkap divaksinasi, termasuk tiada suntikan dos penggalak perlu menjalani pengasingan untuk tempoh tujuh hari. Manakala, individu yang telah menerima suntikan dos penggalak, mereka hanya perlu menjalani pengasingan selama lima hari sekiranya didapati menjadi kontak rapat kes positif COVID-19.
Sumber: Berita Harian , Kementerian Kesihatan Malaysia
Jepun Lantik Menteri Kesunyian Bagi Mengatasi Masalah ‘Hikomori’

Di negeri matahari terbit ini, kadar bunuh diri pada tahun 2020 telah meningkat dengan mendadak berbanding sebelas tahun lalu. Bahkan kes kematian akibat bunuh diri pada tahun lalu lebih tinggi dari kes kematian yang disebabkan oleh virus Covid-19.
Tetsushi Sakamoto telah dilantik oleh Perdana Menteri pada awal bulan ini bagi mengatasi masalah kes bunuh diri yang semakin meruncing. Antara portfolio yang harus digalas oleh Sakamoto adalah mengurangkan kesunyian dan juga pengasingan sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Sebelum ini Sakamoto telah memegang tugas untuk mengatasi masalah kelahiran yang rendah.
Kesunyian telah lama menjadi masalah di Jepun sehinggakan ada terma khas untuk masalah ini yang degelar sebagai ’hikikomori’, atau orang yang hidup dalam pengasingan sosial yang melampau. Pelbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini.
Sesetengah pihak telah berusaha untuk membuat penyelesaian yang luas untuk masalah ini termasuklah ada sekumpulan jurutera yang membina robot untuk memegang tangan seseorang apabila mereka berasa kesunyian dan ada juga individu yang membayar orang untuk tidak melakukan apa-apa selain menemani mereka.
Sumber: tribuneindia.com
“Kalau Tak Ke Sekolah, Nak Kerja & Makan Apa Kan?” -Dr. Alep Zaki

Pegawai perubatan dan pempengaruh, Dr. Alep Zaki tampil mengulas isu mengenai ada segelintir pempengaruh media sosial yang menganggap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sekolah tiada nilai lagi.
Menurut Dr. Alep Zaki yang juga dikenali Alpha Zaki, institusi persekolahan adalah amat penting bagi mereka yang ingin menggapai cita-cita selain meneruskan kehidupan yang lebih baik.
“Kita kena lihat siapa yang berkata itu, yang berkata itu pula datangnya daripada latar belakang keluarga kaya.
“Jadi, jika dia tidak ke sekolah sekali pun, ‘tidak mengapalah bapa aku boleh beri sesuatu dan sediakan apa-apa untuk aku.
“Tetapi, kita ambil orang marhaen seperti kita ini, tidak ke sekolah, kita nak makan apa? Nak kerja apa kan? Jadi bagi saya, yang mana rasa sekolah itu tidak penting, sedar diri dululah,” katanya kepada Remaja.
Sehubungan itu, dia menegaskan kepada remaja di luar sana agar hadir ke sekolah untuk berjaya dan mendapat peluang pekerjaan yang lebih cerah.
“Misal kata harta ibu bapa kita tujuh keturunan pun tidak akan habis, kemudian teruskan kalau tidak mahu ke sekolah pun.
“Tetapi, kalau kita makan pagi sahaja dan menunggu gaji di hujung bulan, pergi sahaja sekolah adik. Belajar sungguh-sungguh. Nak berjaya pun kena ada ilmu,” ujarnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.