Contengan Dinding Mural Jadi Rekaan Sneakers, Kolaborasi Skechers & James Goldcrown Ini Berbeza

Share

 

We are in LOVE with this collection! (pun intended)

Setakat pertengahan tahun ini, puluhan projek kolaborasi eksklusif yang dilancarkan oleh jenama-jenama sneakers di seluruh dunia telahpun direbut oleh sneaker heads.

Kita seakan ‘dimanjakan’ oleh jenama berkenaan apabila satu-persatu rekaan kolaborasi tersebut tampil menarik, di luar kotak dan sama sekali tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

Antara kolaborasi sneakers terbaru adalah yang koleksi Skechers x JGoldcrown. Artis mural terkenal, James Goldcrown telahpun mencipta koleksi lain daripada yang lain apabila beliau membawakan paten ikonik daripada lukisan muralnya pada dinding sebagai paten pada sneakers

yang dilancarkan.

Bagi korang yang familiar dengan ‘signature’ James, pastinya korang sudah terbiasa melihat hasil mural ‘spray can’ yang berwarna-warni dan berbentuk calitan hati yang bertindih. Artis mural dan jurufoto yang dilahirkan di West London ini mula mendapat perhatian ramai sejak rekaannya berjudul Love Mural dipertontonkan di acara Miami Basel pada tahun 2015.

Sehingga kini, James telah menempa nama dengan begitu pantas di media sosial apabila tanda pagar #Lovewall telahpun digunakan sekerap 50,000 kali.

“Mesej yang dikeluarkan oleh James Goldcrown adalah rasa kasih sayang dan positiviti. Ia jelas dapat dilipat pada hasil kerja mural beliau dan ia adalah mesej yang amat diperlukan oleh masyarakat di seluruh dunia sekarang. His uplifting designs will be appreciated by

Skechers fans everywhere,” ulas Presiden Skechers iaitu Michael Greenberg.

Setelah koleksi Skechers X JGoldcrown ini dilancarkan di Amerika Syarikat pada Januari lalu, kini peminat jenama Skecher di Malaysia kini boleh mendapatinya di sini.

Antara model yang REMAJA gemari adalah model OG seperti Uno Street Shoes dan D’LITES Sport Shoes.

Skechers Women JGoldcrown Uno Street Shoes. RM399
Skechers Women JGoldcrown Uno Street Shoes. RM399

Skechers Women JGoldcrown D’Lites Sport Shoes. RM399

Bagi yang ingin kelainan, REMAJA syorkan agar korang mendapatkan sandal Cali Charm Foamies Shoes dan Roadies Street Shoes ini.

Siri sandal Skechers X JGoldcrown. RM199/setiap satu.
Skechers Women JGoldcrown Roadies Street Shoes.
RM299

Setiap sandal ini menerima sentuhan ‘mural hati’ James Goldcrown dan pada masa yang sama, menjamin keselesaan mereka sewaktu berjalan.

*

Menariknya, Skechers sedang menawarkan promosi 3 keping pelitup muka khas James Goldcrown sebagai token setiap kali korang membelanjakan sekurang-kurangnya RM300 di stor fizikal dan online Skechers!

Apa korang tunggu lagi, rebutnya cepat okay sementara stok masih ada!

Terdahulu, REMAJA pernah melihat bagaimana sneakers kolaborasi Skechers X Chinatown Market menerima sentuhan doodle oleh pelukis dari Bingka Studio.

Published by
FZ