Penyertaan politik oleh artis dan selebriti bukanlah perkara baru. Kita telah melihat nama seperti Dira Abu Zahar, Herman Tino, dan Azwan Ali mengubah landskap politik Malaysia hanya dalam tempoh sepuluh tahun sebelum ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Selebriti Makin Aktif Politik, Hans & Altimet Rebut Jawatan Ketua Bahagian PKR?
Maka tidak hairanlah apabila penyanyi dan rapper terkenal, Altimet mengumumkan penampilan pertamanya sebagai calon pilihan raya, bertanding di kerusi Lembah Jaya di Selangor.
Menurut sumber, Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad dilaporkan akan bertanding di bawah tiket PKR.
Pencalonan beliau diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu.
Turut dilaporkan, kejayaan rapper tersebut memenangi ketua bahagian PKR Ampang dalam pemilihan dalaman parti itu, menang menentang rakan selebriti Hans Isaac dengan majoriti tipis sembilan undi.
Beliau yang turut berkongsi infografik latar belakang dirinya di laman Twitter semalam, berjaya menarik pelbagai reaksi dan komen positif dari warganet.
“Fuh bukan kaleng-kaleng rupanya Altimet ini, ingatkan hanya sekadar rapper,” puji seorang warganet.
“Seriouslah baru 45 tahun? Ingatkan baru 37 tahun!” komen pengguna lain.
“Bukan sahaja rap, tapi rapi dalam pembangunan Selangorku!” komen warganet lain.
Penyanyi yang merupakan bekas pelajar MRSM Muar ini turut berharap agar infografik yang dikongsi ini dapat mengurangkan keraguan yang membelenggu para pengundi PRU-15 kali ini.
BACA LAGI
: Aksi Cium Sesama Jenis, Bawa Botol Arak.. Slot Konsert The 1975 Di Sepang Penuh Drama Hingga Terpaksa Dihentikan+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: News Strait Times, Sinar Harian