Dari K-Drama Ke Realiti? Bintang Crash Landing On You Dilapor HANGAT Bercinta

Share

 

Sekali lagi, portal hiburan Korea Selatan, Dispatch telah membongkarkan satu lagi pasangan selebriti yang kini dilaporkan sedang hangat bercinta.

Kali ini, ia melibatkan bintang K-Drama tvN, Crash Landing On You iaitu Kim Jung Hyun, 31 dan Seo Ji Hye, 37.

Menurut laporan tersebut, mereka berdua sebenarnya telahpun bercinta selama setahun sejak siri popular itu tamat bersiaran.

Dispatch tampil dengan bukti beberapa keping foto yang menunjukkan Ji Hye dan Jung Hyun kerap ber-dating di rumah mereka.

Ini kerana mereka berdua menetap di sekitar kawasan yang sama dan dipisahkan jarak 10 meter saja. Jung Hyun dilaporkan telah berpindah pada tahun lalu ke kawasan Sundong-gu yang terletak berdekatan dengan kediaman Ji Hye.

Dispatch juga mendakwa pasangan yang membawakan watak Alberto Gu Seung-jun dan Seo Dan dalam ‘Crash Landing On You’ itu sering meluangkan masa bersama dan tidak ketinggalan menyambut hari kelahiran masing-masing.

*

Bagaimanapun, semua dakwaan itu ditepis oleh agensi yang mewakili Seo Ji Hye iaitu Culture Depot sepantas 18 minit setelah Dispatch menyiarkan artikel tersebut.

Kata Cultere Depot, Kim Jun Hyun sedang mencari sebuah agensi baru untuk mewakilinya dan dia bertemu Ji Hye untuk mendapatkan pandangannya berkenaan hal ini. Pertemuan juga dilakukan di kediaman memandangkan situasi pandemik COVID-19 di Korea Selatan.

“Ini adalah tidak benar sama sekali. Pihak agensi dan Seo Ji-hye memandangnya sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.”

Agensi Jung Jyun juga menidakkan dakwaan itu dan berkata setakat ini, mereka tidak mengetahui sebarang berita berkenaan hubungan artis yang diwakili mereka itu dengan sesiapa.

Alah, kalau betul pun laporan ini apa salahnya. Masing-masing pun single dan cukup sepadan bersama!

ARTIKEL BERKAITAN : 6 Power Couple Korea Selatan 

BACA LAGI : Jennie Blackpink Bercinta Dengan G-Dragon

Sumber: (1) (2)

Published by
FZ