Nama Elly Mazlein tidak perlu diperkenalkan lagi, kehadirannya sebagai seorang pengacara cukup memukau dengan gayanya yang tersendiri. Tidak kering gusi melihat dia mengemudi sesebuah acara, terutamanya Gegar Vaganza 9 kini. Selayaknya dia digelar artis serba boleh. Selain mengacara, nyanyiannya merdu, lakonan pula penuh karisma.

Mengemudi pelbagai rancangan baik berbentuk hiburan atau bual bicara, pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi baru-baru ini telah menjadi hos kepada jenama antarabangsa Versace sempena pelancaran ‘pop-up store’ Versace Eros, wangian terkenal rumah fesyen tersebut.

Dari Kampung People Ke Pentas VERSACE, Elly Mazlein Gah Sebagai Hos. Jom Intai Stail Selebriti Serba Boleh Ini
Elly ketika mengacarakan majlis Versace Eros bersama Nabil.

Mula menapak di dalam industri sebagai penyanyi, dia yang dahulu terkenal dengan lagu seperti Usah Di Tambah Bara Yang Tersimpan kini tidak kalah dalam gaya setiap kali muncul di kaca televisyen. Sesuai dengan usianya yang kini mencecah 41 tahun penampilannya cukup elegan dan on point!

Jom kita intai stail ibu kepada dua cahaya mata ini saat muncul di Gegar Vaganza yang saksikan jutaan mata.

Dari Kampung People Ke Pentas VERSACE, Elly Mazlein Gah Sebagai Hos. Jom Intai Stail Selebriti Serba Boleh Ini
Penampilan untuk minggu pembukaan GV 9.

Busana rona emas ini merupakan hasil rekaan Mode by Mirol Jonit. Dengan perincian yang memfokuskan volume pada bahagian lengan, penampilan Elly cukup sempurna dengan serlahan bibir merah menyala.

Dari Kampung People Ke Pentas VERSACE, Elly Mazlein Gah Sebagai Hos. Jom Intai Stail Selebriti Serba Boleh Ini

Ads

Dari Kampung People Ke Pentas VERSACE, Elly Mazlein Gah Sebagai Hos. Jom Intai Stail Selebriti Serba Boleh Ini

Cukup erat bekerjasama dengan pereka fesyen Jimmy Couture, pilihan busana berona hijau garang dan juga busana merah berperincian bulu pelepah memberikan alunan penuh dramatik terhadap penampilan Elly. Sesuai dengan gegaran energi yang tonjolkannya saat berada di atas pentas.

Dari Kampung People Ke Pentas VERSACE, Elly Mazlein Gah Sebagai Hos. Jom Intai Stail Selebriti Serba Boleh Ini

Ads

Seterusnya beralih pula kepada gaya yang lebih tone down namun tetap menarik. Busana rona ungu muda ini merupakan rekaan dari rumah fesyen Teruntum Putih yang mana pereka menampilkan gaya ala trench coat dengan perincian butang  besar serta dipadankan dengan fringe skirt.

Dari Kampung People Ke Pentas VERSACE, Elly Mazlein Gah Sebagai Hos. Jom Intai Stail Selebriti Serba Boleh Ini
Dalam busana rekaan Wanpa.

Siapa boleh lupakan busana rekaan Wanpa ini. Elly tampil sedikit futuristic dalam balutan fabrik rona emas bersepuh ini. From head to toe dia kelihatan seperti dibaluti dengan pembalut hadiah, but an expensive one! Ternyata dia mampu membawa persona busana tersebut dengan baik.

Dari Kampung People Ke Pentas VERSACE, Elly Mazlein Gah Sebagai Hos. Jom Intai Stail Selebriti Serba Boleh Ini

Ads

Lastly, untuk konsert baru-baru ini. Anak kelahiran Perlis ini tampil bagaikan puteri dalam balutan gaun kembang rona rekaan pereka fesyen, Ashraff Zainal. Tidak dihias terlalu sarat, rekaan ini diserikan dengan perincian bulu pelepah menajdikannya tampak mewah. Kemasan ala korsert di bahagian atas pula menjadikannya kelihatan moden. Elly tampil bagaikan Snow White.

Penampilan Elly Mazlein yang mana paling anda suka? Leave a comment below!

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI