Siapa sangka nilai kebudayaan dalam kostum nasional Mak Yong telah berjaya menambat hati para juri sehingga ia dipilih sebagai salah satu kostum terbaik pada edisi Miss Grand International 2020.
Percaturan wakil negara, Jasebel Robert bersama pereka fesyen, Ain Mohamed untuk memilih inspirasi tarian Mak Yong nampaknya berjaya membuahkan hasil apabila keputusan pusingan awal Miss Grand International.
Dalam pusingan yang berlangsung semalam di Thailand semalam, Jasebel dipersiapkan dalam persalinan serba kuning termasuklah prop berupa alat muzik Rebab dan penggeseknya.
Untuk pengetahuan, Rebab dimainkan oleh Tok Minduk selaku ketua kepada kumpulan muzik latar belakang persembahan Mak Yong dan dia disertai oleh pemain instrumen lain seperti gendang, serunai, kesi, canang dan tetawak (gong).
Jasebel berdepan dengan saingan yang cukup sengit daripada 63 wakil negara lain. Masing-masing tentunya juga ingin menonjol ke hadapan dengan membawa identiti dari negara masing-masing.
Tambahan pula apabila sistem penjurian untuk segmen kostum nasional pada kali ini dibahagikan kepada dua iaitu mengikut undian penyokong dan juga pilihan juri.
Justeru, peserta termasuklah Jasebel bukan saja perlu memikat penonton dari seluruh dunia tetapi juga pakar yang diiktiraf kredibilitinya dalam menghakimi pertandingan ratu cantik.
Ads
Bagi senarai pilihan juri secara rawak, Malaysia berada bersama-sama dengan Jepun, Thailand, Vietnam dan Panama. Manakala negara yang menerima undian tertinggi ialah Kemboja, Indonesia, Filipina, Guatemala dan Ecuador.
Tahniah sekali lagi kepada Jasebel Robert, Ain Mohamed sekalu perekanya dan pasukan Miss Grand Malaysia di atas penghargaan ini.
Jasebel juga kini semakin mencuri tumpuan apabila dia dinamakan sebagai wakil keempat paling popular di kalangan para peserta mengikut undian semasa. Proses undian masih dibuka kepada kita semua terus menyokongnya bagi kategori Miss Popular ini.
Seorang remaja Nepal, Sherpa Nima Rinji telah mencipta sejarah dengan memecahkan rekod dunia sebagai pendaki gunung termuda yang mencapai 14 puncak tertinggi di bumi.
Pada jam 6.05 waktu tempatan pada hari Rabu, Nima berdiri megah di puncak Gunung Shishapangma, Tibet, menjadikannya sebagai satu lagi pencapaian luar biasa dalam dunia pendakian.
Pada usia 18 tahun, Nima telah menyertai barisan pendaki yang berjaya menakluk semua “lapan ribu” dunia, yang merujuk kepada 14 gunung yang diiktiraf oleh Persekutuan Mendaki Gunung dan Mendaki Antarabangsa (UIAA) dengan ketinggian lebih daripada 8,000 meter (26,247 kaki) di atas paras laut.
Nima memulakan pendakian gunung altitud tinggi pada usia 16 tahun, dan mencapai semua lapan ribu dalam masa 740 hari. Puncak Manaslu, gunung kelapan tertinggi di dunia, berjaya didakinya pada 30 September 2022, selepas menamatkan peperiksaan sekolah menengah gred 10. Dia ditemani rakan pendaki, Sherpa Pasang Nurbu, dalam setiap trek yang mencabar.
“Ini bukan sekadar kemuncak perjalanan peribadi saya, tetapi penghormatan kepada setiap Sherpa yang berani bermimpi melangkaui sempadan tradisi yang ditetapkan untuk kami.
“Mendaki gunung lebih daripada bekerja, ia adalah bukti kekuatan, ketabahan dan semangat kami,” katanya.
Dalam pada itu, Nima datang dari keluarga pendaki gunung yang terkenal dan kini mengendalikan Seven Summit Treks, syarikat ekspedisi mendaki gunung terbesar di Nepal.
Dengan pencapaian tersebut, Nima Rinji telah mengukir namanya dalam sejarah pendakian, mengatasi rekod sebelumnya yang dipegang oleh Mingma Gyabu ‘David’ Sherpa, yang mencapai semua lapan ribu pada usia 30 tahun pada 2019.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: BBC, Instagram Sherpa Nima Rinji
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-20 pada 1 December yang lepas. Puteri Aiko, satu-satunya anak tunggal Maharaja Naruhito dan Permaisuri Masako.
Sambutan hari lahirnya diadakan dalam satu majlis satu perayaan diraja penuh kesederhanaan akibat pandemik. Walaupun ulang tahun dilakukan serba ringkas, tapi Puteri Aiko telah mencuri tumpuan media kerana hanya memakai tiara lama.
Puteri Aiko dilihat manis dengan gaun putih labuh. Dia juga memilih untuk menggunakan tiara bekas ibu saudaranya. Biasanya puteri dalam keluarga diraja menerima tiara baru pada hari lahir ke-20 mereka.
Dalam kenyataan rasmi, Puteri Aiko melahirkan rasa syukur di usia baru. “Saya sangat berterima kasih kepada semua orang yang telah terlibat dalam perjalanan hidup saya hingga ke hari ini.”
Foto Via gtresonline
Memasuki usia dewasa, Puteri Aiko akan menerima tanggungjawab kerajaan. Di mana dia akan terlibat dalam pelbagai tugas diraja.
Fakta Tentang Puteri Aiko
Gelaran Toshino Mia
Sebagai seorang puteri yang merupakan kerabat dan pewaris tahta Maharaja, beliau juga bergelar Puteri toshi atau toshino Mia, yang bermaksud seseorang yang menghormati orang lain sejak dia dilahirkan di dunia.
2. Tidak boleh mewarisi takhta bapanya
Kehidupan Puteri Aiko sememangnya begitu sempurna, tidak kurang juga kasih sayang kedua ibu bapa yang penuh dengan kekayaan dan kebahagiaan pada masa yang sama.
Tetapi siapa sangka dia kini berada dalam keadaan dilema kerana peraturan empayar yang sangat ketat. Puteri Aiko, yang merupakan anak tunggal Maharaja Naruhito, secara teknikal sepatutnya mewarisi takhta bapanya.
Tetapi malangnya itu tidak mungkin berlaku di Empayar Jepun kerana pemerintahan takhta Maharaja hanya akan diturunkan kepada kanak-kanak lelaki.
3. Jika berkahwin dengan orang biasa, gelarannya hilang
Nasib Puteri Aiko mungkin akan berakhir seperti sepupunya Puteri Mako jika memilih rakyat biasa sebagai teman hidup.
Tarafnya sebagai golongan bangsawan sejak lahir akan terbatal dan dia juga tidak berhak lagi untuk mendapatkan kekayaan keluarga. Lebih malang, tiada lagi lelaki berketurunan bangsawan seusia Puteri Aiko di Jepun
Sekiranya dia dilucutkan daripada keturunannya, itu bermakna dia harus membujang sepanjang hayatnya di bawah peraturan empayar yang ketat. OMG!
Terdapat dua pewaris lelaki yang boleh menggantikan Puteri Aiko sebagai pewaris takhta iaitu adik lelakinya bapanya, Putera Mahkota Akishino dan anak lelaki tunggalnya yang berusia 14 tahun, Putera Hisahito. Satu-satunya waris lain yang layak ialah Putera Hitachi, bapa saudara maharaja tetapi kini berusia 85 tahun.
4. Puteri Aiko disokong ahli politik di Jepun
Sebilangan ahli politik, termasuk ahli Parti Liberal Demokratik pimpinan Perdana Menteri Yoshihide Suga yang lebih liberal, juga telah menyokong barisan pewarisan wanita.
“Dalam parti yang memerintah, wujud kerinduan kepada (Puteri Aiko) untuk menaiki takhta,” kata seorang pegawai kanan kerajaan.
Taro Kano, anggota kabinet yang dilihat sebagai bakal perdana menteri, menyuarakan sokongan terhadap langkah yang membolehkan puteri-puteri menaiki takhta.
5. Minat dan Hobi Puteri Aiko
Puteri Aiko sangat menggemari sumo. Pada 9 Oktober 2006, Aiko dan ibu bapanya pergi menonton sumo di Ryōgoku Kokugikan.
Selain itu, Puteri Aiko meminati kelas bahasa Inggeris dan tarik tali, pandai bermain alat muzik antaranya cello dan piano kerana dia merupakan ahli kelab orkestra di Gakushuin. Malah, beliau menulis aksara Kanji, kaligrafi Jepun, lompat tali, dan menulis puisi.
6. Pernah jadi mangsa buli
Pada Mac 2010, Puteri Aiko mengalami kemalangan akibat dibuli oleh rakan sekelasnya, dan memilih untuk tidak hadir ke sekolah kerana trauma. Aiko kembali ke sekolah secara terhad pada 2 Mei 2010. Selepas kembali ke sekolah, seorang pegawai kanan istana berkata bahawa dia akan menghadiri beberapa kelas yang ditemani ibunya, atas nasihat doktor di rumah Putera Mahkota.
7. Jarang dilihat di media sosial
Kerana protokol empayar Jepun, yang selama ini dikenali sebagai kuno dan ketat. Puteri Aiko jarang kelihatan di media sosial. Malah, pada November 2011, Aiko dimasukkan ke hospital akibat radang paru-paru dan tiada orang Jepun mengetahuinya kerana ia tidak dilaporkan.
8. Hanya mengikut ibu bapanya semasa dia berumur 16 tahun
Sehingga umur 16 tahun barulah Puteri Aiko dapat menemani ibu bapanya di acara awam. Beliau melawat pameran khas pada ulang tahun ke-150 hubungan diplomatik Jepun-Itali pada 5 April 2016 di muzium Tokyo.
Pada musim panas 2018, dia membuat lawatan solo pertamanya ke luar negara untuk menghadiri program musim panas di Eton College.
Ini agak diskriminasi terhadap anak perempuan kerana sepupunya, Putera Hisahito, melawat Bhutan bagi pihak Empayar Jepun pada usia hanya 12 tahun pada 2019.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makanan segera antara yang digemari oleh masyarakat di Malaysia kerana penyediaannya yang cepat dan mudah untuk dimakan. Burger merupakan pilihan utama di restoran makanan segera dan apa yang menariknya, ada pelbagai menu pilihan yang ditawarkan kepada pelanggan.
Jika sebelum ini, roti burger berwarna hitam diperkenalkan di Malaysia, kini Marrybrown membawa kelainan mengilhamkan hidangan istimewa ‘egg-citing’ dan ‘egg-stra’ dengan menu lazat terbaru.
Marrybrown merupakan Quick-Service Restaurant (QSR) pertama yang akan mengeluarkan minuman terbaharu keluaran Nestle iaitu Pink Lemonade yang sesuai disajikan bersama menu perayaan Tahun Baru Cina.
Dilimpahi dengan sos telur masin yang berkrim, hidangan unik ini didatangkan dalam tiga pilihan kombo iaitu, Kombo Burger Egg-stra ONG, Kombo Ayam Egg-stra ONG, dan Kombo Burger dan Ayam Egg-stra ONG.
Warna merah jambu yang digunakan untuk roti burger dan air memang nampak menyelerakan. Tak sabar pula nak cuba. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jaguh Muay Thai negara, Johan Jojo Ghazali atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar baru-baru ini mencuri perhatian apabila beliau menyifatkan hubungannya bersama kekasih...