Dari Kurus Kering Hingga Jadi Abang Sado, Farhan Asri Jawab Persoalan ‘High Maintenance’

Share

Pernah ketika penulis bertandang ke rumah finalis Pencarian Hero Remaja 2017, Farhan Asri di Seremban sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Penulis terpandang hiasan bingkai gambar yang cantik disusun oleh ibunya. Farhan tiga beradik rata-rata memenuhi ruang dinding tersebut dengan senyuman ketika masih kecil sehinggalah foto ketika di sekolah menengah.

Daripada ketiga-tiga adik beradik tersebut; Farra, Farhan dan Farees, yang paling sukar untuk penulis cam pada masa itu adalah Farhan. Iyalah, Farhan yang sado seperti yang korang lihat di TV tak sama dengan Farhan yang kurus dulu!

HR2017: Backstage untuk cabaran episod pertama di Maju Junction, Kuala Lumpur. FOTO: Akmar Azimi

“Keluarga saya memang sejak azali lagi berasal dari rangka badan yang kurus. Mak dan ayah pun sama, itu yang menurun kepada anak tu. Dulu apabila sesiapa datang berjumpa dengan saya, macam-macamlah gelaran yang diorang bagi. Macam kapal layar, boleh terbanglah.

Macam-macam.

“Saya rimas dengan panggilan seperti itu. Jadi selepas saya tengok trend aktor Hollywood yang berubah daripada bentuk badan kurus kepada shape yang cantik, saya mula tanam hasrat untuk menambah berat badan sejak Tingkatan Dua. Contohnya seperti Taylor Lautner dari movie Twilight,” jelas Farhan. Maksudnya, buat badanlah tu

?

Eh tak juga. Mula-mula, saya perlu tambah berat badan. Macam-macam makanan yang saya ‘tibai’ pada waktu itu. Yang berminyak ke, tak berminyak, saya redah saja untuk menaikkan berat. Nampak macam tak sihat tetapi untuk rangka badan kurus seperti saya, itu wajib.”

HR2017: Farhan juga merupakan pemenang ketika cabaran bersama Habib Jewels, Ogos lalu. FOTO: Nurul Niza

“Makan tanpa bersenam pun tak ada gunanya juga. Pada masa itu, saya rajinkan diri untuk mengangkat berat agar otot pada badan saya akan mengembang. Bila ia mengembang dan tisu ‘terkoyak’ akibat senaman yang saya lakukan itu, mudah untuk zat daripada makanan seperti telur dan susu untuk diserap masuk ke dalam otot,” kata Farhan lagi

Tak hairanlah penulis melihat, jika seorang yang sado itu mulai malas untuk bersenam, otot mereka mudah kendur atau lebih teruk lagi, badan mereka bertukar gemuk. Ini kerana zat tadi sudah terkandung dalam otot mereka dan ia memerlukan ‘maintenance’ yakni senaman agar otot kekal padu dan sado.

Tak Terus Ambil Suplemen, Farhan Tunggu Sehingga Umur 18 Tahun

Hasrat Farhan untuk bertukar menjadi sado itu sebenarnya tidak berapa digemari oleh ibu bapanya. Kata mereka, selain membazir masa, susah untuk seorang yang kurus seperti Farhan boleh mengubah bentuk badan.

“Saya ignore saja teguran mereka itu kerana saya sedar, untuk menambah berat badan dan otot bukanlah kerja semalaman. Saya ambil masa sehingga lima tahun sebelum saya mula melihat hasilnya.”

“Sebelum ini, saya tak ambil suplemen seperti protein kerana saya dinasihati untuk tunggu sehingga badan saya proportionate dengan usia dan hormon badan. Hanya selepas berumur 18 tahun, hormon badan saya sudah mula untuk bertindak balas secara positif terhadap suplemen.”

Sebab itulah kalau korang tengok kepada budak sekolah menengah yang gigih workout sambil mengambil suplemen pada usia muda, badan mereka akan berhenti membesar. Sado tu memang sado, tapi mereka tak bertambah tinggi. Ini kerana hormon mereka untuk membesar telah dihalang oleh bahan yang diambil itu.

Obses Workout Itu Bagus Tetapi…

Untuk pengetahuan peminat Farhan, dia pernah menyertai pertandingan Open Asia sebelum ini dan daripada 460 orang peserta, Farhan telah memperoleh tempat kedua puluh! Not bad for someone under 20. Farhan juga merupakan peserta termuda di atas pentas tersebut pada waktu itu.

Selepas tamat pertandingan itu, Farhan telah menyertai training pula di Terengganu anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Strongman Malaysia untuk mendapatkan lesen sebagai trainer. Hebat!

HR2017: Walaupun gambar Farhan bukanlah antara Favourite juri Norman Hakim pada minggu kelima. Gambar digemari oleh Scha Alyahya. FOTO: Nadiah Nasir

“Ada juga yang pernah bergurau dan mengatakan saya ni obses dengan rutin workout. Sebenarnya sesiapa yang obses untuk membuat badan itu bagus kerana itu bermakna mereka tak mudah untuk mengalah dengan rasa penat. Namun, korang kena tahu limit pada badan sendiri.

Jika korang tak beri masa untuk badan berehat, mudah untuk badan merasa sakit pada bahagian sendi dan pinggang dan korang tak boleh lagi workout seperti dulu untuk jangka masa panjang,” terang Farhan lagi.

Dia sendiri sekarang mudah merasa ketegangan pada otot selepas workout sekiranya dia tidak membuat persediaan warm up dengan cukup sebelum bertanding atau sebelum bersenam. Sepanjang bersama di bawah program Hero Remaja 2017 juga, Farhan mengakui dia sudah tidak sempat untuk ke gym. Komitmen terhadap task dan penggambaran perlu dipenuhi terlebih dahulu.

Persedian Untuk Menghadapi Finale Hero Remaja 2017

“Untuk finale pada kali ini, saya cuba untuk persiapkan diri dengan ilmu, fakta dan isu-isu semasa yang melanda golongan remaja di Malaysia dan di rantau sekitarnya. Saya tahu akan ada ramai orang yang bakal menanyakan pendapat saya tentang diri saya serta isu-isu tersebut, jadi tak salah for me to come all prepared.”

“Dari segi penjagaan diri pula, saya lebih menjaga keadaan kulit dan badan saya. Saya tak dedahkan diri di bawah panas terik. Saya juga mengamalkan pengambilan kismis dan minum air selasih agar minda saya lebih cergas menjelang malam finale nanti,” katanya.

High maintenance jugak eh untuk menjadi seorang Hero Remaja?

“(Ketawa) Tak adalah high maintenance sampai menyusahkan diri. Perkara basic je semua itu. You have to take good care of your body before you can take good care of someone else.” Cia!

Jangan lupa untuk saksikan FINALE HERO REMAJA 2017 pada hari Khamis ini, jam 9.00 malam di saluran Astro RIA (104) dan RIA HD (123). #teamfarhan

Published by
FZ