Dua bidang kerjaya yang berbeza namun Aniq Aqil berjaya melakukannya dan membanggakan bapanya iaitu PROFESOR Madya Datuk Dr A. Razak Mohaideen.
Pengarah yang berasal dari Bukit Gelugor Pulau Pinang ini juga pengasas dan pemlik syarikat penerbitan filem Malaysia, LineClear Motion Pictures. Beliau kini memegang jawatan sebagai Dekan Fakulti Filem Teater dan Animasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.
Dan baru-baru ini, menerusi hantaran di media sosialnya Razak Mohaideen berkongsi rasa bangganya apabila anak terunanya, Aniq Aqil atas kejayaan menjadi seorang peguam bela dan peguam cara menerusi upacara call to the bar.
“Alhamdullilah. Tahniah Aniq Aqil atas kejayaan melalui call to the bar. Semoga terus cemerlang dan gemilang. Dalam bidang guaman dan modeling. Amin,” tulis Razak Mohaideen di ruangan kepsyen Instagramnya.
Aniq yang juga merupakan seorang model di bawah pengurusan The Models Lab turut meluahkan coretan hatinya selepas melalui pelbagai pahit getir menjadi seorang pengamal undang-undang sambil turut berkongsi gambar dirinya bersama ayah, ibu; Nazeera Ahmed Bazari dan adiknya; Batrisyia Abdul Razak di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Selepas bertahun-tahun meragui keupayaan diri saya sendiri, akhirnya saya boleh mengatakan yang saya berbangga dengan diri saya kerana tabah, gigih membaca halaman tambahan pada pukul 5 pagi setiap hari, mengheret diri saya ke kelas walaupun saya rasa saya tidak mahu pergi (ini tipu, saya ponteng banyak kelas).
Ads
Saya berjaya juga akhirnya, kini dengan rendah hati saya boleh meletakkan “PEGUAM” di profil saya dan berbual tentang pencapaian serta peluang yang saya miliki. Terima kasih buat semua yang menjadikan hari ini hari yang cukup istimewa.
Kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa bersyukurnya saya atas kebaikan, sokongan dan dorongan yang saya terima. Untuk lebih bekerja keras dan maju. Terima kasih kerana membaca,” tulis Aniq.
Sekadar info menerusi sumber, upacara Call To The Bar ini adalah acara kemuncak dalam permulaan karier seorang peguam. Majlis ini akan dihadiri oleh ahli keluarga, mover atau peguam yang mengusulkan petisyen, rakan-rakan dan orang-orang tersayang akan beramai-ramai hadir ke Mahkamah Tinggi untuk mendengar sendiri petisyen ini.
Ads
Tahniah diucapkan kepada Aniq. Semoga kejayaan anak muda ini jadi inspirasi anak-anak muda di luar sana!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahun ini merupakan tahun yang besar buat Marvel apabila mereka akhirnya wrap up fasa ketiga Infiniti Saga menerusi filem Spiderman: Far From Home baru-baru ini.
Bukan sahaja filem tersebut digarap dengan kemas setelah filem Avengers: Endgame yang menunjukkan aksi-aksi penuh debar namun ia juga membuatkan para peminat ternanti-nanti apa agaknya sajian Marvel untuk fasa keempat ini.
Namun begitu, Marvel begitu licik apabila mereka hanya berkongsi tarikh keluaran filem-filem Marvel akan datang dan bukan tajuk filem-filem tersebut. Bagaimanapun, baru-baru ini pihak Marvel mengumumkan bahawa akan ada filem Thor 4 dan juga filem solo Balck Widow juga kini sedang dalam penggambaran.
Susulan itu, peminat setia Marvel cuba untuk connect the dots dan muncul dengan beberapa filem yang dijangka muncul untul Marvel fasa keempat ini. Jangan terkejut kalau ada watak superhero atau villain baru yang diperkenalkan untuk fasa ini.
Black Widow
The Eternals
Shang-Chi
Doctor Strange 2
Black Panther 2
Guardian Of The Galaxy 3
Thor 4
Kalau ikutkan release date yang dikongsi Marvel, ia bakal bermula pada Mei 2020 hingga Julai 2022. Apa-apapun, kita tunggu pengumuman seterusnya daripada Marvel ya. Avengers assemble!
Sumber: GamesRadar
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Sep sep sep tom tom tom, malam yang sepi pi pi , pak mat jual topi pi pi , topinya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak yak…” Siapa masih ingat lagi lagu ni?
Waktu kecil dulu, lagu permainan ini antara yang selalu dinyanyikan ketika waktu rehat disekolah. Kalau korang budak-budak zaman 90-an, mesti familiar dengan permainan sep sep sep tom tom kan?
Apa yang paling membanggakan bila lagu tersebut dijadikan persembahan oleh Kelab Tunas Seni Cemerlang baru-baru ini.
Video yang sudah tular di media sosial ini dikongsikan oleh Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Ramai diantara mereka yang memuji koreografi serta bakat anak-anak muda tersebut.
Teringat zaman sekolah
Tenaga pengajar dipuji
Jom kita saksikan video penuh tarian mereka..
Semoga lebih ramai lagi anak muda yang tidak malu untuk memartabatkan budaya masyarakat kita sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wabak pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia termasuklah di negara kita, telah menjejaskan pelbagai aktiviti harian termasuklah umat Islam tidak dapat lagi menjalankan solat berjemaah di masjid dan Ramadan kita tahun ini sedikit berbeza dari sebelumnya .
Berita baik untuk umat Islam di Malaysia, menurut laporan pada hari ini pembukaan semula masjid dan surau bagi aktiviti agama akan dilakukan sekiranya kerajaan berpuas hati dengan garis panduan ibadah di masjid dan surau yang disiapkan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama).
GARIS PANDUAN OLEH UNIT PENYELIDIKAN ILMIAH JPM
Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, garis panduan itu disediakan oleh Unit Penyelidikan Ilmiah JPM (Hal Ehwal Agama) dan Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Pelaksanaan garis panduan tersebut tertakluk kepada arahan kerajaan dari semasa ke semasa serta kebenaran daripada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan MKN (Majlis Keselamatan Negara),” katanya.
Menurut laporan Harian Metro, garis panduan itu juga dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) keempat pada 30 April lalu yang dipengerusikan Datuk Wan Zahidi Wan Teh serta dihadiri oleh para Ashabus Samahah Mufti-Mufti seluruh Malaysia dan ahli-ahli yang dilantik MKI.
Pertimbangan utama kerajaan adalah melihat kepada kesiapsiagaan dan persediaan teknikal di tahap optimum semua pihak iaitu Majlis-Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri sebagai badan berautoriti dan pihak berkuasa utama negeri dalam hal ehwal pentadbiran agama serta persediaan masjid dan surau di tahap terbaik.
Akan Dilaksanakan Dalam Masa Terdekat
Menjawab soalan sama ada wujud kebarangkalian ia dilaksanakan dalam waktu terdekat, menteri itu berkata: “Ya, jika kerajaan berpuas hati dengan garis panduan yang disediakan, juga tahap kerjasama dan keprihatinan rakyat Malaysia secara umumnya sepanjang PKPB disamping mengambil kira nasihat KKM dan MKN.”
Buat masa ini, berdasarkan pertimbangan pihak-pihak berwajib, kerajaan memutuskan sebarang bentuk aktviti agama berjemaah di masjid dan surau masih dilarang dalam tempoh PKPB. Dalam pada itu, Zulkifli berkata, jika pelaksanaan garis panduan itu mendapat kelulusan di peringkat Persekutuan, ia tetap tertakluk kepada pertimbangan pihak berkuasa utama di negeri-negeri untuk dilaksanakan di peringkat negeri.
“Urusan berkaitan hal ehwal Islam berada di bawah ruang lingkup kuasa dan bidang kuasa negeri di bawah naungan Raja-Raja bagi negeri-negeri yang jelas disebut di bawah Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Moga ada khabar gembira untuk umat Islam di negara kita, dan dapat menunaikan solat jemaah masjid di bulan Ramadan ini.
Sumber: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kecemerlangan sesebuah negara itu bukan hanya terletak kepada kejayaan ekonomi dan kestabilan politiknya; bahkan rasa cinta mendalam terhadap seni budaya ciptaan warga lokalnya juga...