Dari ‘Oppa’ Ke Michael Jackson, Perubahan Ketara Wajah Hael Husaini Jadi Bualan Netizen

Share

Siapa sahaja tak kenal dengan Hael Husaini? Merupakan antara penyanyi yang berbakat besar di Malaysia, sudah pasti setiap gerak gerinya akan sentiasa menjadi perhatian ramai.

Sentiasa tampil kemas daripada hujung rambut hingga hujung kaki, terserlah cita rasa lelaki ini yang sangat tinggi dalam berpakaian.

ARTIKEL BERKAITAN: Hael Husaini Terus Disayangi Jenama Fesyen Dunia, Jadi ‘Fashion Darling’ Di Minggu Fesyen Milan

Hael Husaini

Namun, baru-baru ini, nama Hael kembali diperkata apabila mata netizen ‘nakal’  memerhatikan perubahan wajah anak seni ini ketika menghadiri sebuah acara di ibu kota baru-baru ini.

Menerusi satu muat naik video di laman TikTok, penyanyi tersebut dilihat sedang menikmati hidangan ketika di acara berkenaan sambil berborak bersama rakannya.

Bagaimanapun, apa yang menjadi bualan wargamaya adalah mengenai penampilan penyanyi itu yang dikatakan sudah berbeza selain ada yang menyamakan wajahnya persis bintang terkenal dunia, Michael Jackson.

Hael Husaini

“Dah macam Michael Jackson aku tengok muka Hael sekarang,” kata seorang wargamaya.
@ombakkitchen #haelhusaini #ombakkitchen #pakaitanganjer #kualalumpur #viral ♬ Haram – Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

Peminat Rindu Hael Yang ‘Asal’

Pada masa sama, ramai pengikut  yang turut merindui imej Hael yang dulu ketika dia mula-mula mengecapi populariti dalam bidang seni tanah air.

BACA LAGI : Daebak! Cover Lagu BTS “Permission To Dance”, Hael Husaini Terima Pujian Di IG

Sumber : TikTok

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Published by
Nana