Satu sebab utama mengapa rakyat Malaysia mencintai musim perayaan adalah disebabkan kepelbagaian makanan yang dapat kita rasai. Di negara mana lagi dapat kita kongsikan keceriaan dengan hidangan makanan daripada kaum bermajmuk?
Sempena Tahun Baru Cina kali ini, REMAJA ingin menerokai maksud di sebalik hidangan masyarakat Tiong Hua yang sinonim dengan sambutan ini.
Satu hidangan buah-buahan wajib setiap kali tiba perayaan Tahun Baru Cina. Nama oren ini dalam dialek Cina bermaksud emas. Menurut kepercayaan mereka juga, sekiranya korang membiarkan oren korang menjadi masam hingga kulitnya bertuuukar kehitaman serta berkulat, nasib korang dikatakan akan bertambah bertuah untuk sepanjang tahun!
Ia merupakan satu lagi buah-buahan yang membawa tuah dalam budaya masyarakat Cina. Sebab itulah kita selalu mendapati buah nanas atau replika buah nanas ada di kediaman dan pejabat yang baru dibuka.
Haa, jika buah nenas terlalu berat untuk korang bawa ketika menziarahi kediaman rakan serta keluarga terdekat yang menyambut Tahun Baru Cina, bawa sajalah tart nenas untuk diberikan kepada mereka. Sama seperti buah nanas, ia membawa tuah kepada mereka yang menjamahnya. Tart nenas juga melambangkan ‘sweet times’ atau momen manis akan berlaku kepada korang pada tahun ini.
Tak sahlah sekiranya tiada hidangan ikan sewaktu makan besar. Dalam bahasa Mandarin, ikan bermaksud tuah yang meningkat. Rasa-rasanya, insan paling bertuah pada musim ini adalah nelayan serta tauke ikan disebabkan permintaan yang pasti naik mendadak!
Pencuci mulut yang juga dikenali sebagai Nian Gao ini membawa makna ‘kek tahunan’ yang turut diintepretasikan sebagai ‘tahun meningkat’. Jika azam tahun baru korang adalah untuk meningkat prestasi, kemewahan dan kejayaan, pastikan korang makan Nian Gao banyak-banyak ya!
Pernah kan kita menonton filem-filem lakonan Jackie Chan di mana mereka ‘melantak’ kuaci beramai-ramai. Well, snek ini juga mempunyai makna mendalam bagi masyarakat Cina iaitu bilangan anak yang ramai. Ada yang sedang merancang untuk mempunyai zuriat tak tu? Hehe
..
Selalunya, hidangan ini akan dihidangkan di kediaman masyarakat Kantonis kerana berdasarkan dialek mereka, black moss bermaksud kekayaan. Ia selalu ‘dipakejkan’ dengan dried oyster yang bermaksud ‘perkara baik’ dalam bahasan Kantonis.
*
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.