Orangnya bukan sekadar cantik tetapi bijak dan berketerampilan sebagai seorang Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia. Puteri Shazwani Megat Ahmad Shariman tular awal tahun ini apabila kisah kejayaannya dikongsikan oleh Dr. Zulkifli Hussain di laman Facebooknya.
Mengenali Puteri Shazwani, anak kelahiran Kuala Lumpur ini dibesarkan di Ipoh, Perak. Dia mememulakan pengajian peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Ipoh dan kemudianya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Raja Perempuan Ipoh bermula tingkatan satu sehingga tingkatan tiga.
Selepas mendapat keputusan cemerlang di peringkat PMR, gadis cantik berusia 26 tahun ini diterima masuk ke Maktab Rendah Sains MARA. Mendapat keputusan yang baik di peringkat SPM, dia kemudiannya menyambung pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan.
Dalam masa yang sama ketika pengajian di institusi pengajian tinggi itu, Puteri Syazwani merupakan Pegawai Kadet Laut. Sejurus tamat pengajian di UPNM pada tahun 2018. Beliau ditauliahkan dan dikurniakan pangkat Leftenan Muda TLDM pada tahun 2019. Mula ditempatkan untuk berkhidmat di Markas Tentera Laut, Bahagian Materiel pada tahun 2021.
Seterusnya menghadiri Kursus Pegawai Kejuruteraan Peluru selama lapan Bulan di Kem Mempaga, Bentong. Kini, dia diperjawatkan sebagai Pegawai Laksana di Depot Peluru dan Bahan Letupan Wilayah Laut 1.
Ads
Apabila ditanya mengapa dia memilih kerjaya sebagai seorang tentera, dia menjawab, “Saya seorang yang sukakan cabaran dan mencuba sesuatu yang baru bagi menguji kemampuan diri. Bidang tentera telah membuka banyak peluang kepada cabaran dan mengasahkan bakat di dalam diri.”
Menyertai dunia ketenteraan pasti ada cabaran yang tersendiri. Puteri Shazwani berkongsi pandangannya tentang perkara ini. “Sudah pasti. Bidang tentera ini luas sebenarnya. Bidang Perubatan, Kejuruteraan, Logistik, Juruterbang, Perisikan, Polis Tentera, Perhubungan Awam, Seni Muzik, Kulinari dan banyak lagi. Being in the male dominated field, saya perlu belajar untuk cepat menyesuaikan diri dan bersedia untuk berdepan dgn sebarang situasi,” ujar Puteri Shazwani.
Ads
Kongsinya lagi, “Peranan wanita juga penting dalam ketenteraan. Saya tak nafikan golongan wanita ada limitasi daya kekuatan fizikal berbanding dengan lelaki. Namun wanita tiada limitasi dari aspek kekuatan mental, Ilmu pengetahuan, kebijaksanaan dan personaliti. Jadi golongan wanita pun boleh berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki sekiranya mereka ada kelebihan itu”
PERNAH SERTAI RATU CANTIK
Ads
Pada tahun 2018, Puteri Shazwani pernah menyertai pertandingan World Miss University Malaysia mewakili UPNM dan medapat tempat kedua secara keseluruhan. Menjadikan kejayaannya lebih manis dia turut memenangi Anugerah Video Terbaik. Cantik menggayakan gaun labuh rona biru muda songket, ternyata auranya sebagai gadis berhijab berjaya menawan hati para juri.
Kejayaan Puteri Shazwani menjadi satu contoh terbaik kepada remaja di luar sana. Cemerlang dalam pendidikan sekaligus cemerlang dalam kerjaya. Bukan calang-calang wanita memiliki kepakaran yang dimilikinya.
REMAJA mengucapkan selamat maju jaya!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menjadi contoh yang baik dan inspirasi kepada rakyat Malaysia apabila baginda berjaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran di Universiti Malaya (UM).
Baginda menerima skrol penganugerahan pada Majlis Konvokesyen UM kali ke-63 pada Sabtu lalu daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga merupakan canselor universiti tertua di Malaysia itu.
Turut berangkat sama menghadiri majlis konvokesyen tersebut ialah suami baginda, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta anakanda-anakanda baginda berdua iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.
Apabila berbicara tentang Ijazah Kedoktoran, semestinya sebuah kajian atau tesis diwajibkan untuk setiap calon tamat pengajian sekaligus bergelar doktor falsafah. Seperti calon lain, baginda turut menyiapkan tesis.
Berada di bawah Jabatan Syariah dan Undang-Undang Akademi Pengajian Islam UM, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menyiapkan tesis dalam Bahasa Inggeris bertajuk “The Importance of Islamic Regal Leadership in Zakat Delivery to the Asnaf in Perlis”.
Sangat mementingkan pendidikan, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil sebelum ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (Bachelor Humanities) di La Trobe University, Melbourne, Australia pada tahun 1989 dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2014.
Kini baginda merupakan Pro Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan memegang jawatan sebagai Pengerusi Yayasan Tuanku Fauziah (YTF).
Semoga dengan kejayaan yang ditempa oleh baginda menjadi inspirasi kepada anak muda Malaysia untuk turut sama mementingkan pelajaran dan tidak mengabaikan pengajian di peringkat tertinggi.
Kredit foto: Universiti Malaya & Bernama
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu mana yang tidak gembira apabila anaknya berjaya menamatkan pengajian setelah berjuang untuk segulung Ijazah. Penyanyi terkenal, Nourul Depp baru-baru ini berkongsi di laman Instagram berita mengenai anak sulungnya, Ayu Nazirah Mohd Faizal telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Mengambil jurusan zoologi, Ayu cemerlang menamatkan pengajian sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains dan Pengurusan Sumber Haiwan).
“Betapa bangganya mama melihat kamu dalam jubah konvokesyen. Untuk gadis yang paling bertuah di dunia, untuk cinta pertamaku, kamu berhak memperoleh yang terbaik di dalam dunia selepas apa yang kamu lalui.
“Ayu telah melalui banyak perkara sejak berusia lapan tahun lagi. Namun dia berjaya mengharungi segalanya. Lebih kuat dan lebih baik, Jadi tegas tetapi bukan kurang ajar, berbuat baik untuk diri sendiri, berbuat baik kepada orang lain, sentiasa berbuat baik. Pilih menjadi baik dan sopan,” tulis Nourul.
Untuk pengetahuan pembaca, Ayu juga merupakan seorang penerima Anugerah Dekan ketika menyiapkan pengajiannya di UNIMAS. Bukan sekadar cemerlang di peringkat ijazah, kecemerlangan gadis berusia 24 tahun ini sebenarnya dibuktikan sejak berusia 17 tahun lagi apabila dia memperoleh 2A+ dan 7A di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
Merupakan bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru yang sememangnya dikenali sebagai sekolah berasrama penuh terulung di negara ini, ternyata Ayu memiliki visi yang jelas tentang apa yang dimahukannya.
Bukan calang-calang sekolah, STF merupakan sebuah institusi pendidikan yang banyak melahirkan tokoh wanita di Malaysia.
Dalam temubual bersama media, Ayu berkongsi mengenai moto hidupnya, “Saya seorang yang sukakan cabaran dan suka mencuba perkara-perkara baharu dalam hidup. Saya suka mencabar diri. Moto hidup work hard, play hard menjadi pegangan saya dan perkara ini menjadikan diri saya lebih berusaha untuk maju ke hadapan.”
Untuk pengetahuan pembaca, Ayu merupakan zuriat hasil perkahwinan terdahulu Nourul Depp bersama penyanyi & komposer terkenal, Ajai yang dikahwini pada 1996 sebelum berpisah pada 2007.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada perenang negara, Low Zheng Yong kerana mengunggui acara 400 meter gaya bebas lelaki, sekali gus meraih emas pertama di temasya Sukan Universiti Asean (AUG) 2022 di Ubon Ratchathani, Thailand.
Zheng Yong mencatatkan masa selama 3 minit 59.57 saat untuk menewaskan atlet Indonesia, Subagyo Nicholas Karel yang menduduki saingan di tempat kedua. Lebih membanggakan lagi, seorang atlet negara, Welson Sim menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan catatan masa 4 minit 7.29 saat.
Aksi kecemerlangan itu membuatkan kontinjen Malaysia berjaya mengekalkan pingat emas yang dimenangi pada edisi 2018 yang berlangsung di Myanmar.
Namun begitu, hasrat perenang wanita negara untuk meraih pingat emas kedua tidak kesampaian apabila Goh Chia Tong sekadar menamatkan saingan dengan catatan 28.51 saat di belakang atlet Singapura, Zi Yi Chan yang menduduki tempat pertama dengan minit 27.58 saat.
Tahniah diucapkan kepada semua atlet wakil negara bagi Sukan Universiti Asean kali ini. Semoga lebih banyak kejayaan yang akan diraih oleh kontinjen negara di sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...