Masih ingat dengan lagu PPAP (Pen Pineapple Apple Pen) yang popular pada tahun 2016 dahulu? Boleh dikatakan lagu tersebut sering kali kedengaran dinyanyikan oleh orang ramai tidak kira usia.
Lagu tersebut membuatkan orang ramai mengenali pemilik nama Pikotaro yang berasal dari Jepun. Malah, dia juga turut dipelawa ke rancangan-rancangan luar negara dek kerana populariti lagu tersebut.
Kini kembali dengan lagu baru, ramai yang menyangkakan Pikotaro akan kembali dengan genre sama yang catchy dan lirik yang mudah.
Namun, siapa sangka bahawa genre lagu kali ini lebih gelap dan deep
. Pikataro turut menjelaskan konsep lagu tersebut yang berkisarkan tentang manusia yang lahir dan akan mati.Sesuai dengan tajuk lagu tersebut yang berjudul Everyone Must Die.
Susulan itu, di ruangan komen dipenuhi dengan netizen yang keliru dengan perubahan drastik penyanyi tersebut.
Malah ada juga yang menyalahkan Pikotaro yang dipercayai terlalu terdedah dengan anime membuatkan dia terpengaruh dengan stail lagu sebegitu.
Apa-apapun, video yang dimuat naik minggu lalu di Youtube tetap mendapat tontonan yang tinggi oleh netizen.