Semua barang naik, tak ada yang turun kecuali hujan!

Yeay, tentu korang pernah dengar kata-kata inikan. Maksudnya sejak dahulu lagi rakyat memang terbeban dengan peningkatan kos sara hidup. Semua naik kecuali hujan saja yang turun. Tak kiralah masa kerajaan terdahulu mahupun kerajaan masa kini.

Antara isu yang rakyat selalu “suarakan”di media sosial, ialah janji-janji Kerajaan Pakatan Harapan termasuk isu tol, penghapusan PTPTN, harga barangan lebih rendah dengan penghapusan GST dan macam-macam lain.

Walau semuanya masih hampa, tapi “sakit hati dan mungkin terkena serangan jantung”boleh berulang kalau pihak kerajaan mengambil kira tuntutan doktor-doktor klinik swasta untuk menaikkan bayaran konsultasi mereka dari RM10 kepada RM35 setiap kali pertemuan.

Lebih RM25 berbanding pertemuan biasa! Wow, hampir tiga kali gandakan.

Menurut gabungan klinik-klinik swasta, bayaran ini perlu dikaji kerana selama 27 tahun lalu, bayaran konsultasi ini tidak pernah naik berbanding yang dinikmati oleh doktor-doktor di hospital swasta yang yuran konsultasi mereka bermula dari RM35 ke RM125 setiap kali bertemu.

Dari RM10 Ke RM35 Setiap Kali Jumpa Doktor Di Klinik Swasta, Bakal Naik 3 Kali Ganda?
Sesi penerangan bersama 800 orang doktor.Bukan saja isu konsulatasi tapi harga ubat juga mereka minta diselaraskan. Gambar FB KKM
Dari RM10 Ke RM35 Setiap Kali Jumpa Doktor Di Klinik Swasta, Bakal Naik 3 Kali Ganda?
Sesi town hall bersama Menteri Kesihatan dan para doktor klinik swasta diadakan semalam agar pihak KKM mendengar rintihan para doktor agar yuran konsultasi dinaikkan dari RM10 ke RM35 setiap kali bertemu doktor. Gambar FB KKM.

Ermmm, apakah maknanya ini? Maknanya kalau kabinet meluluskan tuntutan ini seperti dalam sesi town hall yang diadakan bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkifly Ahmad bersama lebih 800 orang doktor klinik swasta yang menghadirinya semalam, bermakna kita perlu bayar lebih setiap kali bertemu doktor.

Ads

Walaupun belum dimuktamadkan dengan kadar bayaran ini namun ia juga tidak mustahil. Soalannya bersediakan kita untuk mengeluarkan satu lagi jumlah duit yang banyak atau kita ramai-ramai pergi ke hospital-hospital kerajaan setiap kali demam, batuk dan sebagainya? Pilihan ada di tangan kita? Kalau kita bersedia untuk menunggu berjam-jam semata-mata mahu  membayar konsultasi RM1 dan RM5 bagi bertemu pakar di hospital kerajaan, pilihan itu di tangan kita. Soalannya, berapa ramai yang sanggup?

Memetik kenyataan dari fb Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Dzulkifly ada membuat kenyataan rasmi mengenai isu ini.

Seperti kata beliau, Dr Dzulkefly menjelaskan, KKM menyokong penuh cadangan kenaikan itu kerana ‘outstanding’ selama 27 tahun.

Dari RM10 Ke RM35 Setiap Kali Jumpa Doktor Di Klinik Swasta, Bakal Naik 3 Kali Ganda?
Para doktor menyuarakan pendapat mereka ketika sesi town hall. Gambar fb KKM

Sesi Town Hall Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bersama pengamal perubatan am swasta (doktor klinik swasta) yang diadakan hari ini berjalan lancar.

Program yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan amat baik dengan kehadiran lebih 800 pengamal perubatan am swasta dari seluruh negara.

Ads

Antara isu utama yang dibincangkan ialah pindaan kenaikan yuran rundingan (consultation fees) atau dikenali Jadual 7.

Dr Dzulkefly menjelaskan, KKM menyokong penuh cadangan kenaikan itu kerana ‘outstanding’ selama 27 tahun.

Katanya, Kabinet juga tidak membantah tetapi meminta ia dibawa semula kepada Majlis Tindakan Kos Sara Negara untuk dbincangkan.

“Kabinet mengambil kira keadaan ekonomi semasa dan bimbang ia menambah beban rakyat.

Ads

“Kabinet tidak pernah menolak pindaan ini tetapi ia mahu dibincangkan semula. Jadi, KKM akan membawa semula perkara ini kepada Majlis Tindakan Kos Sara Hidup dalam waktu terdekat,” katanya.

Pindaan yuran rundingan itu telah pun dipersetujui kerajaan pada 2013 tetapi belum dilaksanakan.

Pengamal perubatan am swasta mengakui mereka menghadapi kesukaran untuk mengekalkan operasi dan terpaksa bergantung kepada caj ubat.

Isu lain yang dibangkitkan ialah harga ubat yang tidak selaras dan mencadangkan KKM mempercepatkan kawalan harga di peringkat pembekal.

Hadir sama pada sesi Town Hall, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI