Nampak nasib pelajar pelatih yang sedang terlibat dengan program latihan industri (internship) di peringkat kerajaan semakin terbela dalam tempoh sebulan.
Pada akhir Julai lalu, menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengesahkan bahawa kabinet telah meluluskan kewajiban bayaran kepada pelajar pelatih atau interns di kesemua kementerian, agensi dan jabatan kerajaan.
BACA: Bukan Lagi Sekadar Pembuat Kopi, Pelajar Internship Kerajaan Akan Mula Dibayar Elaun
Tidak sampai sebulan, semalam beliau telah mengumumkan kadar elaun intern melalui video di akaun media sosial miliknya.
Alhamdulillah. Kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar allowance #PaidInternship di Kementerian/Agensi/Jabatan, dari RM300 ke ~RM900 (RM5 setiap jam). We did it!
Berkuatkuasa pada 1 September 2019. #YouthPower pic.twitter.com/4cSbIJDnSS— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 15, 2019
Kerajaan bersetuju menaikkan kadar elaun intern dari RM300 (sedia ada) ke RM900 sebulan, ataupun RM5 setiap jam. Secara tak langsung, itu bermakna elaun yang diberi dinaikkan 3 kali ganda daripada jumlah sedia ada!
Huntung lerr..
Kadar tersebut dipersetujui setelah kerajaan menyemak kepentingan elaun kepada pelajar terutamanya pelajar yang berasal daripada keluarga B40 (berpendapatan 40 peratus terendah) serta keluarga M40 (berpendapatan 40 peratus pertengahan).
Ini bagi membantu keperluan mereka menyara kehidupan di bandar dari segi sewa tempat tinggal, makan minum, keperluan asas, pengangkutan ke tempat kerja dan sebagainya.
Dengan penguatkuasaan elaun baru ini bermula 1 September 2019, ramai pelajar di media sosial yang menyaran agar syarikat swasta turut mengikut langkah yang diambil oleh kerajaan.
Antaranya..
Amacam syarikat swasta?
The ball is in your court..
Apapun, REMAJA gembira dengan perkembangan ‘pembelaan pelajar’ terbaru ini. Diharap prestasi korang bekerja pun setimpal lah dengan elaun yang diberi. Jangan sekadar mengharapkan kerja diberi sambil duduk berlengang je..