Bermula dengan sukan pushbike, akhirnya telah membawa tuah buat seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Mikayla, apabila kini bergelar pelakon cilik.
Penglibatan dalam sukan tersebut juga telah membuka ruang dan peluang besar buat adik Mikayla sehingga ditawarkan menjadi pelakon utama menerusi drama bersiri Budak-Budak Pushbike, yang bakal ditayangkan di saluran TV1.
Menurut bapa kepada Mikayla, Datuk Seri Wan Muzri mengakui tidak sangka bahawa anak perempuannya itu akhirnya dapat mencapai impiannya untuk menceburi bidang hiburan.
Ads
“Mikayla memang minat dalam dunia hiburan. Tak sangka, litar sukan membuka peluang untuk dia menggapai impiannya.
“Mula-mula dia gugup juga tapi lama-lama dia sudah biasa dan semangat. Ini adalah langkah besar untuk Mikayla, dari pushbike ke lakonan,” kata bapanya.
Ads
Selain itu, Wan Azri turut memaklumkan selain Mikayla, dua lagi cahaya mata kesayangannya iaitu Mikael dan Maleeq turut berkecimpung dalam sukan pushbike bermula tahun 2019.
“Saya melihat Mikael mempunyai potensi terbaik ketika menyertai perlumbaan pertamanya. Tak sangka dia juga berjaya berjaya mendapat tajaan basikal Bike8, jenama terkenal dari China dan terus mengharumkan nama keluarga dalam pelbagai kejohanan antarabangsa.
Ads
“Malah, Maleeq, adik bongsu juga menerima tajaan basikal daripada syarikat Rockfish yang kagum dengan kehebatannya di litar. Mereka bertiga memang giat berlatih dan sentiasa bersemangat,” ujarnya lagi.
Naskhah yang mengisarkan kehidupan kanak-kanak dalam sukan Pushbike ini turut menampilakn pelakon hebat lain antaranya Ashraf Muslim, Isyariana, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tuah gadis Thailand bernama Pranpriya Manoban, atau Lisa yang berusia 24 yang menempa nama di Korea Selatan.
Ramai mengetahui anggota kumpulan K-Pop paling popular BLACKPINK semuanya cantik dan jelita. Malah, ahli kumpulan Blackpink ini juga tersenarai dalam senarai wanita tercantik di dunia!
Memang tak dapat dinafikan, Lisa BLACKPINK sering menjadi perhatian peminat K-pop kerana paras wajahnya yang sempurna dan bakat yang luar biasa. Kalau anda nak tahu, ramai selebriti yang jadikan Lisa sebagai ikon mereka kerana kecantikannya. Ramai peminat yang tertanya-tanya apalah yang dimakan oleh gadis genit itu sehingga mempunyai wajah secantik itu.
Terjawab sudah persoalan mereka tersebut apabila tular gambar ibu kandung Lisa baru-baru ini. Patutlah dinobat wanita tercantik pada tahun 2019, rupa ibunya juga lawa!
Lisa merupakan anak tunggal dari sebuah keluarga kecil yang bahagia dan sederhana.
Ibu Lisa dikenali dengan nama Chitthip Bruschweiler.
Ayah tiri kepada Lisa yang juga berasal daripada Switzerland menjadikan dia mudah berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Malah, ayah tirinya juga merupakan seorang chef.
Wajah cantik dan manis Lisa ternyata juga diwarisi dari ibu yang memang tak kalah cantik dari Lisa.
Rata-rata peminat yang melihat gambar ibu Lisa itu membanjirinya dengan pujian. Mereka juga mengatakan wajah Lisa saling tak tumpah dengan ibunya. Kecantikan itu diwarisi rupanya!
Untunglah Lisa kerana mewarisi genetik yang baik sahaja daripada ibunya. Saling tak tumpah kecantikan wajah ibunya kepadanya!
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika korang perasan, ciri-ciri bagi kedua-dua platform media sosial Instagram dan TikTok dilihat banyak mempunyai persamaan. Ramai juga yang mengeluh melihat Instagram sekarang yang dipenuhi Reels dan menerima sedikit engagement di hantaran pengguna IG.
Hal ini bukan sahaja mendapat perhatian ramai, malah selebriti terkenal dunia Kylie Jenner yang merupakan individu kedua dengan followers terbanyak di Instagram turut memperakui tentang isu ini.
Kylie sebelum ini memuat naik IG story yang berkapsyen, “MAKE INSTAGRAM, INSTAGRAM AGAIN” (stop trying to be tiktok I just want to see cute photos of my friends).
Malah, kenyataan ini turut dimuat naik juga oleh kakaknya, Kim Kardashian yang sama-sama tidak berpuas hati melihat perubahan yang telah dilakukan oleh instagram.
Adik beradik yang merupakan model dan usahawan berpengaruh ini menjadi ‘suara’ untuk mengetengahkan hal ini kerana mereka mempunyai pengikut yang kuat di media sosial. Jenner mempunyai 361 juta pengikut di laman instagram, manakala Kardashian pula mempunyai pengikut seramai 326 juta.
Nampaknya seperti masa tidak begitu sesuai untuk Meta kerana minggu lalu, syarikat itu telah mengumumkan reka bentuk semula untuk aplikasi Facebook yang memperkenalkan tab “Home” sebagai default feed dan ia dilihat mempunyai banyak persamaan dengan TikTok.
Bagi instagram pula, Meta mengumumkan bahawa mana-mana video yang dimuat naik pengguna di bawah 15 minit akan secara automatik menjadi ‘reels’ dan mungkin akan disyorkan untuk dilihat oleh lebih ramai orang.
Ha, bagaimana pula dengan pendapat korang? Adakah korang setuju dengan ciri baharu yang diperkenalkan oleh instagram ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelik tapi benar. Mungkin satu dalam sejuta. Seorang remaja berusia 17 tahun, Muhammad Daniel Mohd Idham langsung tidak pernah makan nasi sejak lahir. Bukan saja nasi tetapi makanan lain seperti aiskrim dia juga tidak menyukainya.
Cubalah, letak makanan enak-enak. Ayam, udang atau sotong dengan pelbagai gaya masakan, remaja ini langsung tidak terliur untuk menjamahnya. Malah kalau dipaksa makan, reaksi mukanya seperti orang mahu termuntah.
Untuk keperluan tenaga, dia hanya minum 15 cawan air susu coklat atau lebih untuk memberinya tenaga tambahan. Disebabkan langsung tidak makan, berat Daniel hanya 45 kg.
Keganjilan dialami remaja yang kini bersekolah di SMK Ampang Pecah, Kuala Kubu Bahru (pendidikan khas) menjadikan dirinya popular di sekolah kerana kelainan dialaminya. Hasil pemeriksaan rapi doktor sejak kecil, keganjilan ini disebut sebagai “Eating Disorder” iaitu kegagalan menerima makanan.
Menurut ibunya, Suhaila Saidon, 43 tahun, dia mula menyedari kelainan anaknya dari lahir bila disuapkan bubur. “Memek mukanya seperti tidak dapat menerima makanan. Menangis bila dipaksa makan. Hari demi hari, bulan demi bulan, dari pelbagai pemeriksaan rapi di pelbagai pakar perubatan, akhirnya kami sekeluarga menerima hakikat yang Daniel langsung tidak berminat dengan makanan,” katanya yang berniaga gerai makanan di Kuala Kubu Bharu.
“Puas kami sekeluarga bawa ke pelbagai hospital. Buat macam-macam gimik untuknya supaya dia makan tapi Daniel langsung tak tertarik. Malah pada usianya 8 tahun, pernah pengacara nombor satu Malaysia, Datuk Aznil Nawawi menjemput Daniel ke Radio Era dan Pak Nil cuba suapkan dia airkrim. Memang dia tak boleh makan langsung.
“Malah dari kecil sehinggalah sekarang pada usianya 17 tahun, baru tahun ini dia cuba-cuba makan bubur cair. Itupun sekadar lalu ditekak sahaja kerana sebaik dia menyuap sesudu bubur, dia akan mengambil air lalu diminum bersama.
“Dalam erti kata lain, Daniel tak makan pun sebenarnya,” katanya yang telah mengisar kurma, badam dan kismis sehalus-halusnya untuk memberikan tenaga tambahan buat anaknya,” katanya memaklumkan makanan itu pun dimakan sesudu sejak setahun lalu. Dipaksa dan bukan dengan rela hati Daniel, jelas Sue.
Dalam pada itu jelas Suhaila, sebelum ke sekolah, anaknya akan minum lebih kurang tiga cawan susu coklat berjenama ReeVo yang dibekalkan oleh syarikat Ryveera Chocolate (satu kempen dana telah ditububkan bagi membantu Daniel) yang bersimpati dengan nasib remaja ini. Malah dalam tempoh empat hari, anaknya itu memerlukan sekurang-kurangnya 2 kg ReeVo untuk keperluan pemakanannya.
“Saya sekeluarga sangat bersyukur kepada Executive Directornya, Tuan Haji Sharil yang memberikan bantuan susu coklat ReeVo ini. Sejak meminumnya tubuh Daniel nampak lebih sihat dan jarang sakit. Ia membantu perkembangan fizikalnya malah kelihatan cergas, sama seperti remaja seusianya.
“Dulu saya akui penat dan puas menangis. Kerana bila tahu Daniel tidak boleh makan tanpa sebab yang kukuh. Puas berubat ke sana ke mari termasuk berjumpa pengamal perubatan. Tapi tetap Daniel tak mahu makan. Malah pemeriksaan doktor turut mengesahkan bahawa Daniel mengidap mild disleksia, mild ADHD dan mild autism.
“Alhamdulillah, bila berubah remaja, penyakit ADHDnya sudah berkurangan. Masalah disleksinya juga semakin tiada kecuali autism. Namun Daniel mampu menguruskan dirinya sendiri,” katanya yang mempunyai seorang anak lagi iaitu Muhammad Irfan Sharifuffin, 12 tahun dengan berat 63 kg.
Tambah Sue lagi, disebabkan keunikan ini, anaknya kerap menerima jemputan untuk berkongsi kisah kehidupannya. Jika semasa kecil Daniel agak ragu-ragu dan menyorok tetapi perkenalan dengan Bob AF banyak mengubah pendirian remaja ini untuk tampil berani.
“Baru-baru ini kami ke UIA. Pakar yang pernah merawatnya kagum dengan keberanian Daniel bercerita di hadapan khalayak ramai. Sebagai ibu, saya begitu gembira dengan perubahan ditunjukkannya. Mungkin kata orang, inilah doa-doa yang sering ditadahkan kepada Allah. Pantang orang ke Makkah, pasti saya kirimkan doa buat Daniel untuk dia merasai nikmat makan ini,” katanya menceritakan anaknya itu pernah kritikal akibat gastrik keterlaluan hingga perlu ditahan wad semasa kecil.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...