Pandemik COVID-19 memberi impak yang besar terutamanya kepada sektor perhotelan kerana tidak dapat beroperasi atau pengunjung semakin berkurang gara-gara takut untuk pergi bercuti.
Sebelum ini sudah banyak berita tentang hotel yang telah dihentikan operasi kerana tidak mampu menanggung kerugian akibat situasi pandemik. Maka, ramai yang terkesan dengan perkara ini kerana tidak mempunyai pendapatan bulanan yang tetap.
Seorang chef yang telah berkerja selama 8 tahun di hotel dan cruise baru-baru ini telah memuat naik sebuah ‘permintaan’ untuk meminta orang ramai mengikuti siaran YouTubenya. Chef Devan menjelaskan situasinya yang sukar mendapatkan pekerjaan di hotel kerana pandemik ini dan mencari inisiatif untuk membuat video masakan.
Hanya dengan 1900 subscriber yang kebanyakkannya adalah orang dari luar negara, chef tersebut memohon bantuan jika orang ramai boleh menyokongnya untuk mengikuti siaran YouTubenya itu.
“Saya minta bantuan anda sekeluarga support channel saya buat sementara waktu ini sangat susah untuk saya. Pastikan tekan butang loceng supaya setiap kali saya upload video kamu akan terima notifikasi”
Terkini, Chef Dave sudah pun mempunyai lebih daripada 55 ribu followers. Ternyata masyarakat Malaysia memang prihatin dan rata-rata daripada mereka menyokong dan memberikan semangat buatnya.
Benarlah kata orang, rezeki tidak pernah salah alamat. Tambah pula, orang kita memang saling bantu-membantu dan menyokong satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama.
Kami turut mendoakan agar individu di luar sana yang terkesan dengan situasi pandemik ini juga dimurahkan rezeki.
https://www.youtube.com/watch?v=wNk4sPQ74Wo