Isu seorang pensyarah yang menghina pelajar kerana tidak memiliki laptop menjadi tular sejak semalam apabila ramai yang menyifatkan tindakan profesor tersebut adalah tidak wajar.
Ramai yang tidak puas hati selepas menonton video tular itu, lebih-lebih lagi golongan B40 yang turut terkesan dengan kata-kata yang dilemparkan oleh pensyarah tersebut.
Hal ini turut mendapat perhatian Syed Saddiq, yang menjelaskan kajian Kementerian Pendidikan telah menunjukkan 1/3 pelajar di Malaysia tidak mempunyai laptop atau tablet. Jelasnya lagi, mereka tidak pilih untuk terus miskin sampai tidak mampu untuk membeli laptop. Syed Saddiq turut meluahkan, ‘Dari menghina, lebih baik bantu mereka dapatkan laptop’.
Sebelum ini, Syed Saddiq pernah melakukan inisiatif bagi mengumpul dana untuk membeli tablet bagi memudahkan pelajar kurang berkemampuan di Muar. Inisiatif #ThunerBOLD itu dilancarkan pada 2 Februari tahun lalu dan menerima sumbangan berjumlah RM196,668.
BACA: “Bagi Tablet Macam Bagi Juadah Buka Puasa”, Syed Saddiq Curi Perhatian Warganet
Ahli Parlimen Muar ini juga mengingatkan bahawa adab belajar dan mengajar patut datang selari. Mereka datang untuk belajar, untuk masa depan mereka yang lebih baik. Dalam situasi seperti ini, tenaga pengajar patut berjumpa pelajar secara peribadi dan mendengar masalah mereka.
Difahamkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM telah mengeluarkan kenyataan menyelar tindakan pensyarah berkenaan dan menuntut tindakan segera. Apa-apa pun diharap agar masalah ini dapat diselesaikan dengan baik.
BACA:
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja
untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.Sumber: (1)