Nasi Lemak, KLCC, Rumah Kampung & Kini Gunung Kinabalu. Ini Antara Kostum Nasional Miss Universe Malaysia Yang Diingati

Share

Pertandingan Ratu Cantik bukanlah semata-mata mempertaruhkan kecantikan seperti suatu ketika dahulu. Kini pertandingan ini dilihat sebagai satu pentas yang positif kepada peserta dalam memberi nilai kebaikan kepada masyarakat sekaligus memperkenalkan budaya serta maklumat mengenai negara yang diwakili.

Sebagai contoh dalam pertandingan Miss Universe, segmen kostum nasional merupakan satu acara yang menarik perhatian kerana ia secara tidak langsung membuatkan masyarakat dunia tertanya-tanya tentang simbolik di sebalik busana tersebut.

Malaysia sebagai negara yang tidak putus menghantar peserta ke pertandingan ini turut menampilkan kostum yang terbaik.

Siapa boleh lupa kostum Nasi Lemak dan juga kostum Kuih Nyonya! Jom kita tengok tujuh kostum nasional Miss Universe Malaysia yang menarik.

 

NADINE ANN THOMAS. MISS UNIVERSE MALAYSIA 2010


Kostum Nadine mungkin biasa bagi sesetengah orang, namun bagi penulis ia dihasilkan dengan cukup berseni sesuai dengan inspirasi pemerintah kerajaan Kelantan dahulu kala, Cik Siti Wan Kembang. Busana rekaan Amir Luqman ini tampak sajak digayakan oleh Nadine.

 

DEBORAH HENRY. MISS UNIVERSE MALAYSIA 2011

Sekali lagi Amir Luqman meminjamkan kreativitinya kepada Miss Universe Malaysia. Busana yang kelihatan ringkas ini penuh dengan sulaman motif flora siap dengan cucuk sanggul silang. Mungkin bila dilihat seperti biasa-biasa sahaja namun apabila Deborah mendepakan tangan, baru kelihatan bentuk Wau yang diketengahkan.

 

CAREY NG. MISS UNIVERSE MALAYSIA 2013

Mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal, Syomir Izwa Gupta. Kostum nasional yang digayakan oleh Carey Ng ketika mewakili Malaysia di Moscow, Rusia diinspirasikan daripada busana Puteri Perak. Rekaan ini sangat simbolik dan dekat dengan tradisi budaya negara sekaligus memberi impak dan mendidik masyarakat antarabangsa tentang keindahan sejarah kita.

 

KIRAN JASSAL. MISS UNIVERSE MALAYSIA 2016

We love this costume! Inspirasi Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) ini menerima tepukan di pentas Miss Universe dan bukan itu sahaja, kostum rekaan Rizman Ruzaini ini menerima reaksi yang positif. Biarpun Nampak ringkas namun perincian yag begitu teliti dan juga tambahan bangunan mini KLCC di bahu cukup ikonik!

 

SAMANTHA KATIE JAMES. MISS UNIVERSE MALAYSIA 2017


Hi Cik Nasi Lemak! Kostum nasional yang diinspirasikan dari makanan kegemaran rakyat Malaysia ini mencipta gelombang tular apabila ia menjadi perhatian laman berita luar negara. Pelbagai rekasi diterima ada yang positif dan ada yang negatif. Namun bagi penulis, gaun ini cukup berani dan memberikan kelainan. Mungkin nampak janggal but it works! People talk about it dan ia menjadi satu kostum nasional yang memorable in Malaysia’s pageant history.

ARTIKEL BERKAITAN: Kreatif! Selain Kostum ‘Nasi Lemak’ Viral, Pereka Fesyen Samantha Katie James Ada Banyak Lagi Idea – REMAJA

 

SHWETA SEKHON. MISS MALAYSIA UNIVERSE 2019


Shweta Sekhon membawakan hasil kreativiti Carven Ong ke pentas dunia. Kostum yang bertemakan Kuih Nyonya tradisi ini  menjadi perhatian mata dunia apabila Shweta muncul di pentas akhir Miss Universe untuk menerangkan tentang kostum ini. Walaupun momen itu ada kontroversinya tersendiri apabila Harvey tersilap menyatakan yang Malaysia memenangi best national costume, namun hey look at the bright side, people talk about the costume and they love it.

ARTIKEL BERKAITAN: Kekeliruan Mega, Miss Philippines Pemenang Sebenar Kostum Nasional Terbaik? – REMAJA

 

FRANCISCA LUHONG JAMES. MISS UNIVERSE MALAYSIA 2021

Saat Miss Universe Malaysia ini memperkenalkan kostum nasional ini, ramai tertanya-tanya bagaimanakah kostum tersebut akan dipersembahkan.

Disebabkan props yang terlalu besar, sewaktu di pentas Miss Universe 2020 Francisca dilihat mengalami masalah menggayakannya dan mengambil masa terlalu lama. Biarpun begitu, pujian harus diberikan kerana Francisca tenang menghadapi keadaan. Kostum yang direka oleh Carven Ong dengan tema ‘Kampungku’ ini mungkin terlalu ambitious.

ARTIKEL BERKAITAN: Wakil Malaysia Bakal ‘Angkut’ Rumah Kampung Ke Miss Universe 2020 – REMAJA

 

LESLEY CHEAM. MISS UNIVERSE MALAYSIA 2022

Terbaru, kostum nasional Miss Universe Malaysia sekali lagi menjadi bualan ramai pihak. Kostum yang diinspirasikan daripada elemen Gunung Kinabalu di Sabah ini merupakan hasil rekaan Hatta Dolmat namun dikatakan tidak menyerupai gambaran sebuah gunung. Menurut Hatta, beliau tidak mengambil gambaran literal sebaliknya menyatukan beberapa elemen abstrak untuk dijadikan sebagai kostum nasional melebihi berat 10kg ini.

Antara elemen tersebut adalah kelestarian alam dengan penggunaan bahan kitar semula dan guna semula untuk dijadikan perhiasan kostum. Selain itu, Hatta mengambul ilham warna perak dan kelabu daripada kepingan besar granit di sepanjang Gunung Kinabalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kostum Gunung Kinabalu Simbolik Miss Universe Malaysia Sebagai Wanita Pada Posisi Tertinggi – REMAJA

Adakah korang rasakan kostum nasional yang diperagakan oleh Miss Universe Malaysia 2022, Lesley Cheam ini ‘tidak sampai’ konsepnya seperti yang diluahkan majoriti warganet?

BACA LAGI: Kisah Menyayat Hati Di Sebalik Kostum Nasional Miss Universe Singapura. Sarat Mesej Kekinian!

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen