It is time to kick off your heels girls!
Dengan kelonggaran untuk bercuti di negeri-negeri seluruh Malaysia sejak dua minggu lalu, rakyat Malaysia tidak membazirkan masa untuk merancang percutian masing-masing terutamanya di lokasi yang sudah lama tidak mereka kunjungi selama dua tahun ini.
Ada yang memilih kecantikan alam semulajadi di negeri-negeri Pantai Timur, ada juga yang menggemari kesibukan bandar metropolitan seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang masih memelihara kekayaan sejarah yang ada di sana.
Tapi girls, tak kiralah di mana pun lokasi bercuti korang di dalam negara, jom pastikan masa percutiaan tidak akan terganggu dengan masa datang bulan. Baru saja nak pergi bercuti, aduh datang bulan pula. Kini dengan adanya koleksi pad comel ‘Teroka Lokal’ terbaru oleh Kotex Malaysia ini, korang tak akan terasa pun dengan gangguan tersebut.
Koleksi Teroka Lokal ini diinspirasikan oleh empat destinasi pelancongan popular di dalam negara seperti Kuala Lumpur, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah & Sarawak. Bukan saja ia mengingatkan kita semula akan momen-momen manis semasa kita bercuti dulu (lalu membuatkan kita tidak sabar untuk ke sana semula), tuala wanita Kotex juga akan memastikan korang tidak terganggu dengan kehadiran that-time-of-the-month semasa sedang berseronok di sana.
Barulah semangat sikit nak bercuti walaupun sedang datang bulan. Kumpulkan cepat-cepat semua design yang ada ini.
Menariknya girls, selari dengan pelancaran edisi terhad ‘Teroka Lokal’ ini, Kotex Malaysia juga kini bekerjasama dengan Pertubuhan Kendiri Wanita & Gadis (WOMEN:girls) dan ingin memberikan pek tuala wanita kepada komuniti tempatan yang memerlukan terutamanya dalam musim pandemik sekarang.
“Amat menyedihkan apabila penjagaan kebersihan wanita masih tidak dianggap sebagai satu keperluan asas. Pandemik COVID-19 telah mencipta ketidakseimbangan akses kepada produk penjagaan wanita. Kami merasa seronok dapat bekerjasama dengan jenama terkemuka Kotex yang turut percaya dengan visi dan harapan yang sama seperti kami,” kata Izza Izelan, Pengarah Eksekutif WOMEN:girls.
Tapi mereka memerlukan bantuan korang dan caranya mudah saja.
Apa yang perlu dilakukan adalah gunakan filter AR yang ada pada pek tuala wanita ‘Teroka Lokal’ ini dan ambil foto OOTD paling kreatif. Muat naik di Instagram dengan tag @kotexmy. Untuk setiap muat naik ini, Kotex Malaysia akan memberikan satu pek tuala wanita kepada mereka yang memerlukan.
Cuba lihat contoh yang dilakukan oleh Sissy Iman dan Shaza Bae di bawah :
Layari Facebook & Instagram Kotex untuk maklumat lanjut, okay!