Memasuki hari ketiga Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23), ia ternyata telah menarik tumpuan dunia penerbangan antarabangsa.
Tambahan pula dengan penyertaan 525 pempamer mewakili 140 syarikat dari seluruh dunia, edisi kali ini dilaporkan sebagai yang terbesar dalam sejarah penganjurannya.
Bagi kebanyakan pengunjung yang bertandang ke Pulau Langkawi, tentunya mereka teruja untuk menyaksikan aksi-aksi menarik persembahan akrobatik udara yang menanti mereka pada setiap hari.
Begitu juga dengan ruangan pameran yang menyediakan pelbagai jentera penerbangan ‘rare’ untuk tontonan umum.
Begitupun sejak hari pertama penganjuran LIMA, ia sudahpun tular di media sosial bukan kerana tarikan yang dinamakan tadi. Sebaliknya, LIMA ‘trending’ terutamanya di platform TikTok serta YouTube disebabkan kehadiran juruterbang ‘oppa’ dari pasukan penerbangan akrobatik Korea Selatan, Black Eagle.
Bukan hanya aksi mereka di awan biru yang dipuji warganet, malah rupa paras kacak mereka sewaktu merentasi trek penerbangan juga seakan menjadi kegilaan ramai!
Ada yang turut membandingkan momen mereka berjalan di trek dengan babak daripada drama, Descendants of the Sun yang dibintangi oleh ‘oppa tentera’ Song Joong-ki, Jin Goo dan Kim Min-seok.
Tidak kurang juga yang tertarik untuk menonton semula K-drama terkenal dari tahun 2016 setelah melihat kelibat para juruterbang Korea di LIMA itu.
Apapun, aksi berani pasukan Black Eagle di ruang udara sememangnya wajar dipuji. Jom lihatnya di pautan di bawah.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita baik buat pengguna jalan raya yang mempunyai saman tertunggak, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah bersetuju memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman sehingga 70 peratus kepada semua saman JPJ yang boleh dikompaun bermula hari ini hingga 16 September depan.
Menurut JPJ, saman yang tidak boleh dikompaun adalah kes yang masih dalam sebutan pihak mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.
Tawaran pengurangan pembayaran saman ini dilaksanakan bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 tahun ini.
Pengurangan kompaun itu akan diberikan kepada semua notis saman yang telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), serta Kaedah-Kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya termasuklah kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.
Tawaran ini turut diberikan kepada semua saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuatkuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan.
So guys, bagi korang yang masih mempunyai saman tertunggak, bolehlah ambil peluang ini untuk melunaskan pembayaran dengan kadar yang lebih rendah.
Baru beberapa hari yang lepas kita memgecam tindakan yang dilakukan oleh rejim Israel bertindak biadap apabila memusnahkan sebuah klinik khas bagi pesakit COVID-19 yang sedang dalam pembinaan di Tebing Barat.
Tidak cukup setakat itu, penceroboh haram Yahudi turut merampas bahan binaan yang bertujuan bagi mendirikan sebuah klinik khas untuk pesakit COVID-19 yang terdiri daripada rakyat Palestin di kawasan terbabit.
Terbaru, Israel berada dalam keadaan yang membimbangkan apabila Menteri Kesihatan Israel, Ya’acov Litzman disahkan positif COVID-19.Menurut agensi berita Sputnik yang memetik laporan portal berita Jerusalem Post, Litzman dan isterinya disahkan dijangkiti wabak itu dan perlu menjalani prosedur kuarantin.
Perdana Menteri Israel Dikuarantin
Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terpaksa dikuarantin buat kali kedua dalam masa seminggu selepas sering bermesyuarat dengan Litzman.
Langkah itu dibuat berdasarkan cadangan doktor peribadi Netanyahu dan garis panduan kementerian kesihatan. Namun terdapat khabar angin yang turut mengatakan bahawa Netanyahu juga turut dilaporkan positif.
Tu la zaman sekarang ni Allah bayar cash je kan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular di media sosial kononnya laksa Kebok dari Baling, Kedah beracun sehingga mengakibatkan dua kematian termasuk 10 lagi mengalami keracunan selepas menikmati laksa popular dari Baling ini. Malah Kementerian Kesihatan turut mengarahkan penutupan sementara gerai laksa berkenaan bagi membuat pemeriksaan lanjut mengenainya.
REMAJA menghubungi pemilik gerai laksa popular ini, Encik Daud Ismail, 51 dan beliau kelihatan tenang menjawap semua soalan diutarakan, adakah benar laksanya menjadi penyebab masalah cirit birit membawa kepada kematian selepas menikmati laksa keboknya.
“Jika beracun, kami mati dulu” kata pemilik gerai jualan laksa kebok yang kesal dengan tuduhan melulu ke atas perniagaannya tanpa usul periksa.
Menurut empunya gerai yang viral dan popular di media sosial ini kerana kesedapan kuahnya, Daud Ismail berkata, dia yakin laksa dijual sejak 2002 itu tidak tercemar malah penyediaannya dilakukan dengan baik seperti biasa, sama seperti hari-hari sebelumnya.
”Laksa ini kami buat sendiri, hanya gunakan tepung gandum, tepung beras dan air. Kemudian kami masak di dalam kebok. Sebab itulah namanya Laksa Kebok,” katanya yang mengusahakan perniagaan laksa ini bersama anaknya.
Menurutnya, setiap kali sebelum dijual, dia dan ahli keluarganya akan merasai terlebih dahulu laksa berkenaan.
“Jika beracun, saya dan keluarga dulu yang akan mati. Kami berniaga sudah 15 tahun, cuma baru dua tahun setengah ini buka gerai depan rumah. Sebelum itu saja jual di pasar malam dan tepi jalan sebelum mengambil keputusan berniaga depan rumah. Malah sebelum jual pun kami akan rasa dulu, nak tahu sama ada masin atau sebaliknya,”katanya ketika dihubungi di kediamannya di Kampung Landak semalam.
Tambah Daud, laksa kebok ini dijual RM12 bagi sekilogram dan RM6 bagi setengah kilo. Sekilo itu lengkap dengan kuah dan sayur-sayurannya.
“Sehari dari Isnin hingga Khamis, biasa dalam 30 kg terjual. Hari Jumaat tutup manakala bagi Sabtu dan Ahad pula, biasanya jualan lebih dari 50 kg kerana orang ramai lalu lalang. Ramai pelanggan yang bawa balik makan di rumah,” katanya berkata, pada hari Sabtu itu jualan laksanya melebihi 50 kg namun tidak ada pelanggan dari luar seperti Pulau Pinang dan dalam negeri sendiri mengadu yang mereka sakit perut selepas menikmati laksa berkenaan. Yang mengadu sakit perut hanya dari Gerik sahaja.
“Aduan ini saya baca selepas Kementerian Kesihatan datang ke rumah. Jadi memang tak sangka kejadian ini boleh jadi tular dan saya sendiri amat sedih dengan kejadian yang terjadi,” katanya lagi.
Tambah Daud, sepanjang 15 tahun menjalankan perniagaan, tiada sebarang bahan tambahan dimasukkan dalam laksa.
“Kita sedia macam itu dari dulu, tak pernah campur bahan lain untuk bagi kuah atau laksa tahan lama. Jika orang nak beli bawa balik jauh pun kami akan asingkan kuah sebab tak mahu basi,”katanya.
Katanya lagi, dia hanya mengetahui laksa dijual dikait dengan keracunan selepas Pejabat Kesihatan Daerah Baling datang melakukan pemeriksaan di gerainya pada jam 11 pagi kelmarin.
“Kali kedua Pejabat Kesihatan jam 9 pagi semalam. Hari pertama depa ambil sample laksa, kuah dan sayur, semalam ambil sayur sahaja. Bila waktu malam, tiba-tiba kami sekeluarga dapat mesej viral kata ada dua orang mati sebab makan laksa.
“Daripada malam tadi rasa susah hati, nak makan nasi tak lalu, tidur tak lena. Duk fikir siapa lagi nak mai rumah ni,”katanya.
Bagaimanapun katanya, dia pelik apabila mendapati mesej ditularkan mempunyai tarikh berbeza.
“Anak saya, Hidayah mendapati mesej itu tular pada tarikh 10 September dan 7 Oktober. Ia perkara yang pelik bagaimana kejadian ini berlaku pada dua tarikh berbeza,”katanya.
Dalam pada itu, Daud turut memaklumkan pucok selom yang digunakan dalam bahan penyediaan biasanya dibeli di Pekan Sik dari pembekal yang sama sejak dulu. Daud salad pula beli di pasar di Pekan Kupang. Kegunaan biasanya bagi tempoh dua hari di mana hari Ahad beli, dan kemudian dibawa ke hari Isnin. Kalau ada lebih baru dibawa ke hari berikutnya.
Dalam pada itu, Daud memaklumkan kesan tular kononnya gerai ini menjual laksa ini membuatkan banyak kereta memperlahankan kenderaan mereka dan akan menoleh ke gerai jualannya.
“Kereta yang lalu sini, mesti tengok, selalunya tak tengok. Saya harap pihak berkuasa dapat menyiasat hal ini dengan adil. Kesan viral tanpa usul periksa ini akibatnya cukup besar. Apa pun kami anggap ini ujian ALLAH,”katanya mengakui dia kini menutup perniagaan yang diusahakannya selepas mendapat notis penutupan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Ditanya bila perniagaannya akan dibuka semula, kata Daud, dia hanya menantikan arahan dari pihak kementerian selepas siasatan selesai. Malah secara jujurnya, katanya dia sama sekali tidak menyangka kejadian seumpama ini terjadi.
Kredit : Wartawan Sinar Harian, Ammar dari Skuad Baling.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!