Dato’ Rizalman Dilantik Sebagai Lembaga Pengarah UiTM Gantikan Vivy Yusof. Netizen Pula Teruja!

Share

Sebut saja nama Dato’ Rizalman Ibrahim, pastinya satu Malaysia sudah mengenali ikon fesyen ternama tanah air ini. Beliau bukan sahaja dikenali di Malaysia, malah juga di rantau Asia Tenggara.

Terbaru, Dato’ Rizalman dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Perkhabaran tersebut telah dimaklumkan melalui laman instagram miliknya sendiri sebentar tadi.

Dato’ Rizalman melalui catatannya telah meluahkan rasa kesyukuran dilantik jawatan berkenaan dan menyatakan akan menjalankan tanggungjawab tersebut dengan baik.

yang terikat itu baldi
yang dalam itu telaga
yang manis itu budi


yang ilmu itu harta

Saya berjanji selagi hayat terkandung sebagai seorang rakyat Malaysia, sebagai bangsa Melayu, sebagai umat Nabi Muhammad SAW dan sebagai makhluk ciptaan Allah SWT.. saya pasti berkhidmat selagi diperlukan bakat dan kederat.
.
#uitm
#uitmdihatiku

Terima Kasih tidak terhingga pada pengurusan Rizalman Ibrahim of Companies serta Yayasan RI di atas klip ini.

Malah, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira pelantikan tersebut yang menyifatkannya sebagai sangat sesuai.

Melalui semakan di laman Twitter, rata-rata  warganet masing-masing meluahkan rasa senang mereka kerana merasakan layak memikul jawatan itu.

Antara komen-komen netizen:


Hatta Dolmat juga sempat meninggalkan komen.

Untuk info, Dato’ Rizalman bukan sahaja pereka fesyen tersohor namun beliau juga merupakan alumni UiTM graduan Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen) UiTM . Jadi memang layak la beliau memegang jawatan tersebut.

Terdahulu, Vivy telah dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah universiti berkenaan pada Mei tahun lalu.

Tahniah kami ucapkan buat Dato’ Rizalman Ibrahim atas perlantikan ini dan semoga terus maju jaya di masa akan datang.

Published by
Ruziana Zainal