Siapa tak kenal dengan Datuk Jimmy Choo, pereka fesyen terkenal dengan rekaan kasut yang dihasilkannya. Bukan calang-calang selebriti yang pernah dilihat menyarung sepatu dan aksesori rekaan Jimmy Choo antaranya ialah Scarlett Johansson, Bella Hadid, Lady Gaga, Jennifer Lopez dan mendiang Lady Diana.
ARTIKEL BERKAITAN :Kemunculan Busana Songket Dalam Drama Popular China Curi Perhatian Netizen
Malah, mendiang Lady Diana antara nama besar pertama yang menyokong jenama Jimmy Choo sejak ia dilancarkan di London pada tahun 1996.
Baru-baru ini, Seorang fashion vlogger yang bertempat di London, World Microphone telah temu ramah pendek dengan Jimmy Choo. Menariknya, dalam video tersebut, pereka fesyen yang berasal dari Malaysia segak mengenakan persalinan blazer yang diperbuat daripada songket.
Beliau juga dilihat bangga ketika menceritakan tentang fabrik unik digunakannya itu dalam sesi temu ramah tersebut. Menurutnya :
“Bahan untuk hasilkan blazer ini adalah songket. Ia merupakan fabrik berharga dari Malaysia yang dihasilkan dengan tangan serta diperbuat daripada benang emas dan perak. Blazer
ini pula direka oleh anak didik saya,” katanya.Anak didiknya, pereka bernama Peony Sin Hui Wen turut menggayakan baju dress diperbuat daripada kain songket. Rata-rata penonton vlog World Microphone memuji persalinan yang direka Peony dan memuji betapa humble dan beradab Jimmy Choo ketika ditemu bual.
Rata-rata komen netizen dari Malaysia turut meluahkan rasa bangga mereka melihat komen-komen peminat fesyen luar negara yang memuji fabrik songket yang bagi mereka tersangat unik dan cantik.
Bagus Prof Jimmy Choo, selalu mengangkat Malaysia di mata dunia!
BACA : Misteri Kasut Tumit Tinggi Kim Go-Eun Dalam ‘Little Women’, Rupanya Buatan Pereka Malaysia!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.