Hiburan

Datuk Ramli M.S. Anggap Sesetengah Peserta Gegar Vaganza “Nafsu Besar, Kudrat Tiada”, Salah Pilih Lagu Hit

Share

Pemilihan lagu hit yang menjadi siulan orang ramai demi menarik sokongan penonton mungkin adalah strategi yang cuba dimainkan oleh beberapa peserta program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11).

Namun lain pula cerita jika peserta yang cuba untuk membawakan lagu-lagu hit tersebut tidak mempunyai kudrat untuk membawakannya sebaik penyanyi asal; apatah lagi apabila ia mencabar stamina serta kekuatan vokal peserta GV11 itu sendiri.

Begitulah kegusaran yang dirasai oleh juri tetap GV11, Datuk Ramli M.S. setelah menyaksikan beberapa orang peserta semalam memilih lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh penyanyi berstatus diva baik dari Malaysia sendiri mahupun di peringkat antarabangsa.

Juri tetap GV11, Datuk Ramli M.S.

Menjawab persoalan sekiranya percaturan tersebut menjadi buat sesetengah peserta berkenaan, Ramli yang mesra dengan panggilan Tok Ram merasakan itu adalah satu strategi yang memakan peserta itu sendiri. Kata orang, ukurlah baju pada badan sendiri. Sekiranya tepat pemilihan lagu dengan keupayaan peserta, tidak timbul lah isu sama ada delivery mereka semalam ‘sampai’ ataupun tidak.

“Sesetengah daripada mereka, nafsu besar kudrat tidak ada. Saya hanya bercakap jujur. Kadangkala ada yang merasakan apabila memilih lagu hit, markah pasti tinggi.

“Umpamanya, piramid itu dia terbalikkan. Jadi beban akan berada di atas.

“Kadang-kadang saya terperanjat juga, ‘Huh, kau nyanyi lagu ini? Cari mati ke?’. Mereka ingat bila memilih lagu-lagu hit, majoriti akan menyanyi bersamanya tetapi mereka tersalah. Mereka yang akan rasa terbeban,” ulasnya.

Liza Aziz Belum Ada Pencabar?

Apabila diajukan soal expectation yang diletakkan ke atas bahu peserta, Liza Aziz yang berjaya menjuarai konsert mingguan GV11 sebanyak tiga kali berturut-turut, Tok Ram merasakan Liza masih banyak perlu membuktikan dirinya pada minggu-minggu berikutnya.

Ini kerana GV11 hadir dengan pelbagai cabaran serta tema yang pastinya akan menjadi garis penentu kepada versatiliti para pesertanya.

“Dia datang tahun ini dan menyerlah kerana (peserta lain) belum tunjukkan sepenuhnya. Contohnya seperti Dyrga Dadali. Itulah lawan Liza Aziz.”

“Dyrga intelektual, kamu boleh dengarkannya sendiri. Dyrga itu lawan yang kuat kerana dia ialah seorang penerbit lagu. Jika di Malaysia, dia seperti Ajai dan M.Nasir (di mana) dia buat lagu sendiri dan nyanyikannya sendiri. ‘Kuku’ dia sahaja yang belum keluar,” ramal Tok Ram.

Konsert minggu ketiga GV11 semalam menyaksikan penyingkiran pertama musim ini setelah Nai Dinamik sekadar memperolehi 40.60 markah.

BACA: Gegar Vaganza 11: Kedudukan Pertama Liza Aziz Belum Tercabar, Kesilapan Nai Dinamik Buatkannya Tersingkir – Remaja

BACA: Nai Dinamik Tidak Menyesal Sertai Gegar Vaganza, “Rehearsal Berjalan Lancar, Malam Ini Sound Delay Pula…” – Remaja

FOTO: Astro / Azrul Rafie

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ