Datuk Seri Vida Kononnya Nak Kahwin Disember Depan, Ini Respon ‘Win’ Cik B

Share

Beberapa hari ini, kecoh di media sosial apabila jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang khabarnya ingin berkahwin pada akhir tahun ini.

Menurut Kosmo Online, jika Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang disebabkan oleh COVID-19 sudah ditamatkan pada Disember nanti, Datuk Seri Vida mengimpikan sebuah perkahwinan gilang-gemilang.

Namun, dia mengakui belum mempunyai keberanian untuk berbincang soal tersebut dengan anak-anaknya, terutama CIk B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin.

Berita ini menjadi bualan warganet dan seorang pengguna Twitter telah pun melakukan ciapan dengan mengatakkan ‘Harap Cik B takda social media’.

Ciapan Twitter individu tersebut menerima respon daripada Cik B yang turut mengulang kicau entri tersebut dengan kenyataan win berbunyi *pura pura terkejut dan tak tahu”


Sebelum ini, kita sudah sedia maklum bahawa anak perempuan Datuk Seri Vida memang betul-betul menjaga ibunya dan memilih dengan siapa ibunya bakal berkahwin. Ini kerana Cik B tidak mahu ibunya kecewa lagi dan digunakan oleh lelaki lain (Astro Awani).

Tak salah kalau Cik B nak melindungi ibunya bukan?

Apa-apa pun sekiranya Datuk Seri Vida benar-benar ingin melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ini, sama-samalah kita doakan agar perkahwinannya berbahagia hingga ke akhir hayat dan mendapat restu anak-anak.

 

Published by
Noor Ain Norman