Usahawan popular, Datuk Seri Vida mengungkapkan rasa muda dan segar selepas menyambung pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan dan Perniagaan di London Examination Board.
Menurut Vida, sejak memulakan pengajian setahun lalu, dia banyak belajar perkara baharu, terutama dalam dunia pemasaran, yang turut membantu dalam pengembangan perniagaannya.
“Saya rasa lebih segar dan muda! Saya ambil jurusan pengurusan dan perniagaan untuk master setahun dan selepas ini, saya akan sambung ke PhD,” ujarnya yang kini berusia 54 tahun.
“Saya sambung belajar untuk menambah ilmu kerana ilmu ini perlu sentiasa diperbaharui,” katanya.
Ads
Sambil menuntut ilmu di London, Vida turut meluangkan masa bertemu anak perempuan kesayangannya, Cik B, yang kini melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Barcelona, Sepanyol.
“Saya gembira kerana dapat bertemu Cik B selepas lama tidak berjumpa. Belajar di London juga dekat dengan Barcelona, jadi rindu terubat,” ujarnya lagi.
Ads
Selain itu, pelantun lagu tular I Am Me itu juga memberitahu bahawa anak lelakinya iaitu Kacak, akan menguruskan perniagaan keluarga apabila dia berada di luar negara.
Pada Oktober lalu, Cik B mengumumkan melanjutkan pengajian diploma di Barcelona dalam tiga jurusan berbeza.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Mstar.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah dihentikan operasi pendakian pada 13 Januari lalu, kini aktiviti mendaki puncak Gunung Kinabalu sudah dibenarkan semula bermula Jumaat ini (5 Mac) dengan had pendakian seramai 100 orang sehari sahaja.
Walau bagaimanapun, pendaki terlebih dahulu perlu menjalani ujian saringan COVID-19 tiga hari sebelum pendakian dan hanya pendaki dengan keputusan negatif dibenarkan mendaki.
Pendaki juga perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP), termasuklah mengemukakan keputusan ujian sebelum jam 10 pagi pada tarikh pendakian dan pendaki yang telah divaksin dikecualikan untuk ujian saringan COVID-19.
Mengikut SOP yang telah ditetapkan itu juga, pendaki dibenarkan mendaftar pada hari pendakian tetapi dengan syarat keputusan ujian COVID-19 adalah negatif dan kos saringan ujian ditanggung sendiri.
Bayaran pendakian akan dikembalikan sekiranya ujian saringan yang dibuat adalah positif dengan syarat memaklumkan secara bertulis kepada pihak taman sebelum jam 10 pagi pada hari pendakian.
Hm, tapi di negeri Sabah sendiri masih belum dibenarkan untuk merentas daerah, apa lagi nak rentas negeri kan? Jadi, mungkin penduduk sekitar gunung bolehlah daki Kinabalu ni. Hiks!
Pertemuan lucu antara Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan bekas gurunya, Raja Norshiah Raja Mohd Nor baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai, bukan sekadar kerana momen menyentuh hati itu, tetapi juga kerana kisah disebaliknya yang membuka mata banyak pihak tentang nilai disiplin dan hormat dalam pendidikan.
Menerusi video yang dimuat naik di Remaja, pertemuan tersebut menunjukkan bagaimana Tunku Azizah Aminah berkongsi memori zaman persekolahannya dan tidak segan menceritakan bagaimana baginda pernah didenda menggosok lantai oleh gurunya yang terkenal dengan sifat garang dan tegas.
Momen manis ketika Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyantuni bekas gurunya, Raja Norshiah Raja Mohd Nor
Walaupun mempunyai latar belakang sebagai kerabat diraja, baginda mengakui tiada layanan istimewa diberikan ketika di bangku sekolah.
Malah disebabkan disiplin ketat yang diterapkan menjadi antara asas penting dalam membentuk jati dirinya pada hari ini.
Dalam pada itu, warga internet yang turut terpanggil untuk memberi reaksi terhadap momen tersebut, ramai memuji sikap rendah diri Tunku Azizah Aminah dan menzahirkan rasa rindu terhadap sistem pendidikan dan ketegasan guru zaman dahulu.
“Budak sekarang kalau kena gosok lantai, lusa siaplah sampai surat lawyer” – @€d¥§n€Z
“I should show this kat anak-anak, anak raja pun kena berus lantai. Tak ada shortcut dan alasan nak berjaya dalam hidup. To be successful kena ada high disiplin, tak boleh malas” – @Wisdom_Zirachi
“Tuanku pun kena denda dengan cikgu. Budak-budak zaman sekarang lagi hebat dari raja konon, sentuh pun tak boleh” – @Irs.tnc
Ada juga yang terkejut apabila mengetahui bahawa anak raja pada ketika itu bersekolah di sekolah kebangsaan biasa, membuktikan bagaimana kerendahan hati dan nilai kesamarataan sudah diterapkan sejak awal dalam keluarga diraja.
“Dulu anak raja pergi sekolah kebangsaan ke?” – @Zacxzicxzoucx
Pada masa yang sama, beberapa komen turut menyentuh tentang perubahan sikap ibu bapa dan pelajar terhadap institusi pendidikan yang sering terjadi zaman kini.
“Sebab itu guru ini pekerjaan mulia tapi beberapa ibu bapa tak respect mereka macam dulu-dulu” – @andy
“Mak bapa zaman dulu, walaupun anak sultan, kena marah. Kita sekarang? Hehe” – @MohdAzrulHadiAlim
Sementara itu, pertemuan manis tersebut menjadi peringatan bermakna buat kita semua bahawa kejayaan dan disiplin tidak mengenal darjat, dan guru yang tegas sebenarnya memegang peranan penting dalam membentuk masa depan anak bangsa.
“Selalu cikgu garang ini akan buat murid jadi disiplin berbanding cikgu yang buat tak kisah anak murid degil dan tak dengar kata selalunya sendiri makan pengat sendiri mau ingat. Fikirlah sendiri labu” – @lynn.comel
Intihanya, peristiwa ini menjadi inspirasi kepada masyarakat bahawa adab dan hormat kepada guru serta usaha tanpa mengenal penat adalah asas untuk membina kejayaan, seperti yang telah ditunjukkan oleh Tuanku Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersabarlah duhai bakal pengantin bila akad nikah ditunda….
Jika sebelum ini perlaksanaan akad nikah secara online atau melalui sidang video ketika Perintah Kawalan Pergerakan telah pun dibenarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memudahkan urusan kedua-dua pihak pasangan pengantin untuk melangsungkan perkahwinan ketika musim PKP.
Berita terbaru, melalui hantaran di Facebook sebentar tadi, Jais memutuskan untuk menangguhkan upacara akad nikah dalam apa juga bentuk dan cara di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkuatkuasa hari ini sehingga 30 Jun depan.
Keputusan tersebut diambil setelah diperhalusi dan demi membantu keberkesanan dasar semasa dan kepentingan banyak pihak sepanjang tempoh pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh yang dilaksanakan di seluruh negara.
Semalam, Jais mengumumkan bahawa majlis akad nikah serta semua perkhidmatan di negeri itu ditangguhkan bermula 1 Jun sehingga 14 Jun tetapi ditukar hari selepas Sultan Selangor perkenan titah penutupan selama 1 bulan dari 1 Jun sampai 30 Jun 2021. Pengumuman semalam adalah terbatal.
Rata-rata warganet di media sosial meluahkan rasa sedih kerana terpaksa menangguh majlis akad nikah.
Sumber Gambar: Facebook JAIS
Kami pasti ramai pasangan pengantin yang terpaksa menangguhkan pernikahan mereka ekoran arahan PKP dan penutupan beberapa sektor ekonomi yang dilaksanakan disebabkan kes positif COVID-19 yang tinggi. Tak apa lah jika ini terbaik untuk kita semua. Bak kata pepatah tak lari gunung dikejar.
Baru-baru ini, perasaan sebak tidak dapat disorokkan oleh pelakon, Amyra Rosli apabila terpaksa melepaskan suami tercinta, Amar Baharin (40), yang menyertai misi berbasikal sejauh...