Nama Daud Kim satu ketika dahulu pernah diangkat sebagai personaliti ikutan ramai remaja beragama Islam yang tertarik dengan perjalanan beliau sebagai seorang mualaf berketurunan Korea.
Perkongsiannya sebagai seorang ‘saudara baharu’ di negara kelahirannya telah menarik perhatian ramai subscribers baharu; lagipula personaliti Daud sememangnya menyenangkan ramai penonton.
Namun, itu tidak bermakna bekas penyanyi kumpulan trio EDM, TraxX ini terlepas daripada dibayangi kontroversi. Pada tahun 2020, REMAJA pernah melaporkan pertuduhan yang dihadapi Daud.
ARTIKEL BERKAITAN : YouTuber Mualaf Korea, Daud Kim Dituduh Pernah ‘Apa Apakan’ Perempuan – REMAJA
Daud kononnya pernah berperilakuan tidak senonoh dan cuba mengapa-apakan seorang wanita asing. Biarpun kejadian itu diakui Daud berlaku sebelum dia memeluk agama Islam, namun namanya sudah tercalar dek kes tersebut memandangkan selama ini, persepsi orang ramai terhadapnya hanya baik-baik sahaja.
Harapan orang ramai adalah agar YouTuber kegemaran mereka ini tidak lagi akan terpalit dengan kontroversi lain selepas itu.
Siapa sangka harapan hanya tinggal harapan setelah Daud kembali menghuni topik trending di Twitter pada hari ini berikutan tularnya beberapa video yang didakwa merupakan Daud dalam persekitaran seperti di kelab malam.
Sambil menari dan bergembira dengan rakan-rakannya, Daud juga dikatakan berada dalam keadaan mabuk.
Daud kim in night club in last December 2021 It does not represent the Islamic religion #daud_is_fake_muslim #canceldaudkim pic.twitter.com/kO6bXEaUZG
— Jiyeon (@jungjiyeon26) February 7, 2022
Video tersebut telah ditarik daripada paparan Instagram Story milik rakan Daud dan kembali dimuat naik ke TikTok demi menunjukkan sikap sebenar YouTuber yang diidolakan ramai remaja itu.
Maka, timbullah pertuduhan kononnya Daud selama ini hanya sekadar menunggang agama Islam demi mencapai populariti dalam kalangan peminat baharu dan demi mendapatkan peluang untuk menjana pendapatan.
@ji.yeon0 يلا اكلها يا داوود الفيديو خام وجديد من انستغران وحدة تركية وفي بار شرب بتركيا #لا_ادعم_داوود_كيم #داوود_كيم_كذاب #fybシviral #foryoupage #fypシ ♬ original sound – Ji yeon
Rata-rata warganet yang telah menyaksikan video-video yang dimaksudkan itu tidak senang duduk dengan aksinya. Ada yang hilang rasa hormat terhadap Daud Kim dan serta-merta ingin menekan butang ‘unfollow’.
Ada juga yang berpendapat Daud tidak sensitif terhadap nasib isteri dan anak-anaknya yang perlu menghadap cercaan warganet disebabkan perangainya itu. Bilang mereka, “Buang masa saja isterinya memberi Daud peluang kedua untuk kembali bersamanya.”
Kali terakhir Daud Kim memperkemaskan akaun Instagram-nya dengan foto atau video terbaru adalah pada 25 Januari lalu sewaktu dia berada di Istanbul, Turki. Buat masa ini, masih belum ada kenyataan daripadanya untuk menjelaskan kontroversi baharu ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.