Bruno Mars mengenepikan Kuala Lumpur sebagai destinasi konsertnya pada awal tahun ini? Never mind, REMAJA ada perkhabaran yang lebih mengujakan untuk korang!
adidas Malaysia menerusi kelompok eksklusif peminat jenama tersebut, adiClub pada minggu lalu telahpun mengumumkan bahawa ia sedang bersiap-sedia menyambut kehadiran bekas pemain bola sensasi England, David Beckham di Kuala Lumpur!
Menurut notifikasi yang diterima oleh ahli adiClub (termasuklah kami, hehe
) itu, Beckham dijangka turun padang sempena pameran World of Predator pada 1 Februari 2024 (Selasa) dari jam 1 tengah hari hingga 3 petang di The Exchange TRX.Biarpun adidas masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi setakat ini, peminat jenama itu sudahpun sakan berkongsi berita gembira itu menerusi media sosial.
Pembelian itu perlulah terdiri daripada sekurang-kurangnya satu persalinan bola sepak atau sepasang kasut adidas.
Iyalah, bila lagi kita boleh hadir ke sesi meet & greet istimewa bersama ikon sukan itu, bukan?
ARTIKEL BERKAITAN: Lebih Ringan, Lebih ‘Impactful’! adidas Ultraboost Light Kasut Larian Terbaik Untuk 2023? – REMAJA
Malangnya, peraduan itu telahpun berakhir pada 21 Januari lalu. Namun, REMAJA pasti David Beckham akan membuat kemunculan ringkas di lokasi awam di dalam bangunan The Exchange TRX itu sendiri. Jadi bersiap-sedia menantikan tanggal 1 Februari ini, okay!
ARTIKEL BERKAITAN
: Jenama Carhartt Ada Gerabak MRT Sendiri, Semakin ‘Mendunia’ Di KL! – REMAJABACA LAGI: 24 Tahun Berkahwin, David Beckham Bongkar Rahsia Kacak Guna Produk Isteri – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.