Disaat ramai rakan-rakan penyanyi seangkatannya yang kian kurang aktif menghasilkan lagu serta album, lain pula ceritanya dengan penyanyi Dayang Nurfaizah yang meluncurkan album baharu pada minggu ini.
Album berjudul Belagu II itu merupakan kesinambungan daripada projek terdahulu, Belagu yang dilancarkan pada 2021 dan menuai pengiktirafan di acara Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun lalu.
Menariknya, keputusan Dayang untuk meneruskan penerbitan album yang memuatkan lagu-lagu Melayu klasik ini adalah atas semangat memperjuangkan genre berkenaan kepada generasi muda sekarang dan yang bakal tiba pada masa akan datang.
“Saya mahu semua pendengar khususnya generasi muda mengenali lantas menghargai khazanah lagu-lagu klasik Melayu kita.
“Jika kita sendiri tidak mengangkat warisan ini, lambat-laun akan berkubur begitu sahaja.
“Harap album (Belagu II) ini akan terus mengingatkan kita untuk meraikan lagu-lagu klasik Melayu demi generasi pada hari ini dan akan datang,” tinta Dayang yang kelihatan cukup anggun pada balutan album baharunya itu.
Ads
Untuk pengetahuan korang, album Belagu II mengandungi lapan buah lagu klasik Melayu yang disusun semula termasuklah sebuah karya baharu. Semuanya dari segi pemilihan dan keistimewaan lagu-lagu tersebut telahpun dijelaskan sendiri oleh Dayang menerusi hantaran video bersiri di akaun Instagram beliau.
Ini termasuklah lagu Nak Dara Rindu, Menanti Di Ambang Syurga, Ketipang Payung, Jauh Di Mata, Mengapa Dirindu, Sejak Ku Bertemu Padamu, Dari Hati Ke Hati dan Umpan Jinak Di Air Tenang. Rindu Menyapa pula merupakan karya baharu yang disertakan sekali.
Tamabah menarik, album studio ke-10 Dayang ini telah memakan belanja yang agak tinggi memandangkan ia menggunakan khidmat Budapest Scoring Orchestra.
Sekitar bulan September tahun lalu, Dayang dan pasukannya telahpun terbang ke Budapest, Hungary untuk merakamkan Belagu II bersama orkestra terkemuka yang pernah terlibat dalam penghasilan skor muzikal bagi filem terbaik Anugerah Oscar 2020, Parasite dan drama hit Korea, Squid Game!
Selain mereka, pembikinan album ini juga mendapat sentuhan pemuzik handalan Malaysia dan penerbit serta komposer terkenal tanah air, Aubrey Suwito.
Tak sabar rasanya untuk menantikan peluncuran Belagu II di semua platform digital bermula 27 Januari 2023 ini. Bagi belian album fizikal Belagu II pula, korang sudah boleh melakukan pra-tempahan dari sekarang.
Sementara menunggu tarikh peluncuran album Belagu II pada minggu hadapan, jom layan persembahan Dayang Nurfaizah yang membawakan lagu Greatest Love of All di acara Nona Superwoman Awards 2022, baru-baru ini yang sempat dirakamkan oleh REMAJA.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mencari pekerjaan terutamanya bagi graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian merupakan satu cabaran. Bergantung kepada individu, ada yang mampu melakukannya dengan baik dan tidak kurang pula berdepan dengan segala macam debaran.
Bagi kamu yang baru tamat belajar, inilah masanya untuk mula melangkah ke alam dewasa dan berdikari. Pada sesi temu duga, kesemua calon mempunyai peluang sama rata. Mungkin yang membezakan kamu dan orang lain ialah pencapaian akademik.
Tapi ketahuluilah bahawa apa yang terkandung di atas kertas sahaja tidak memadai. Kebanyakan syarikat yang ingin mengambil pekerja baru mereka akan menilai setiap calon berdasarkan banyak faktor. Dan antara faktor yang paling utama ialah bagaimana kamu mengendalikan diri ketika berada di dalam keadaan tertekan.
Jadi apakah tip terbaik untuk kamu mengawal rasa gugup ketika berdepan dengan situasi begini? Jom ikuti tip terbaik yang boleh kamu gunakan ketika melalui proses temu duga kerja!
Rasanya ramai yang boleh memandu kereta, baik lelaki mahu pun perempuan, namun tidak semua sedar tentang cara pemanduan mereka sebenarnya boleh mengundang masalah.
Salah satunya adalah tabiat salah pemandu yang biasa dilakukan boleh menjadi sebab kereta korang cepat rosak.
Ha, mesti korang nak tahu kan?
Berikut merupakan antara beberapa cara pemanduan yang korang harus elakkan kalau tak nak kereta bermasalah dikemudian hari.
1. Selalu tekan brek masa turun bukit
Ramai yang bila turun bukit akan selalu tekan brek untuk perlahankan kereta. Tapi ini boleh membuatkan haba terkumpul dekat brek dan rotor sampai cepat haus. Malah, berisiko tinggi untuk berlaku masalah panas melampau (overheat) atau meleding (warp).
2. Minyak dah nak habis
Kalau korang selalu drive masa tangki kosong atau dah nak kosong, ia boleh menyebabkan pam minyak cepat rosak. Biasakan diri isi semasa minyak tinggal dua bar atau lagi suku nak habis.
3. Selalu pijak clutch
Tabiat ini selalu dilakukan oleh individu yang pandu kereta manual. Mereka akan pijak clutch ketika memandu dan ini boleh menyebabkan clutch cepat haus serta boleh merosakkan bearing rilis, lengan rilis dan plat tekanan.
4. Tak guna brek tangan
Mesti guna brek tangan walaupun korang parking atas jalan raya. Kalau tak, berat kenderaan akan ditampung oleh besi kecil yang dipanggil sebagai tuas parking (parking pawl) dan boleh hauskan besi tersebut.
5. Tergesa tukar gear R ke gear D
Untuk pemandu kereta auto, masa keluar parking atau apa-apa saja, korang jangan terus pecut lepas tukar gear R ke gear D. bagi masa dalam 2-4 saat. Ini untuk mengelakkan enjin, transmisi dan gear rosak.
6. Rev masa panaskan enjin
Kebiasaannya, pemandu suka rev enjin sebab nak cepat panaskan kereta. Korang tahu tak sebenarnya perkara ini boleh tinggikan tekanan dalam komponen kereta lepas tu senang rosak. Sabar. Korang hanya perlu ambil masa 60 saat je untuk panaskan enjin tu.
7. Tekan minyak sampai habis
Kalau dah selalu pecut, mesti korang akan tekan brek mengejut. Tolong jangan buat. Pecut drastik ni lagi banyak guna minyak. Brek mengejut pula cepat hauskan pad pada rotor brek.
8. Pegang tombol gear ketika driving
Selalu orang yang bawa kereta manual akan buat macam ni. Satu tangan di gear, satu lagi tangan pegang stereng. Tabiat ini banyak beri tekanan pada bushing transmisi dan synchronizer. Ini boleh membuatkan gear box cepat rosak.
9. Bawa barang terlalu berat
Makin berat kereta, makin banyak tekanan atas drivetrain, suspensi dan brek. Minyak pun guna lagi banyak. Bawa barang-barang yang penting saja. Amaran untuk kaum wanita. Hiks!
10. Abaikan tanda amaran
Kalau ada dengar bunyi pelik, bergetar tiba-tiba atau symptom pelik, itu maksudnya korang dah kena pergi periksa kereta tersebut. Lagi lama tunggu, takut makin banyak pula yang rosak.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengacara dan penyanyi popular, Elly Mazlein berjaya memecahkan rekod ‘Longest Non-Stop Music Video Launching on A Pop-Up TV Channel’ atau Pelancaran video muzik tanpa henti terpanjang di saluran TV Pop-Up menerusi single terbaharunya berjudul Sayap.
Elly Mazlein yang lebih disapa Kak Lina yang merupakan artis pertama naungan Rocketfuel Entertainment, turut menyatakan keterujaannya mendapat penganugerahan istimewa ini.
“Saya sangat gembira dan berterima kasih atas pengiktirafan yang diberikan dan turut bersyukur dan berbangga kerana dengan anugerah ini memberikan saya semangat yang lebih tinggi dalam menjayakan kelahiran Sayap sebagai buah tangan terbaru di permulaan tahun 2024 ini,” katanya ringkas.
Selama tempoh bersiaran selama 48 jam baru-baru ini, peminat Elly Mazlein dapat meneroka dunia seni nyanyian Elly Mazlein dengan pelbagai pengisian menarik termasuk video muzik Sayap temu bual eksklusif dan momen-momen di sebalik pembikiran muzik video.
Format unik ini ditampilkan untuk memberi pendekatan baharu yang lebih interaktif dan menggembirakan kepada peminat agar lebih mendekati dan meraikan kemunculan semula Elly Mazlein di pentas muzik tempatan.
“Kami mengucapkan tahniah kepada Rocketfuel Entertainment selaku pihak syarikat rakaman bagi Elly Mazlein atas pencapaian ini dan kami berharap untuk terus mengiktiraf lebih banyak pencipta rekod tempatan untuk sebarang pencapaian seperti ini,” ujar pihak Malaysia Book of Records.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun sedang berdepan dakwaan melibatkan kegagalan membayar hutang berjumlah RM4.65 juta kepada sebuah syarikat, pelakon dan usahawan terkenal Nur Fazura dilihat kekal tenang meneruskan...