Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), mereka tidak mengambil remeh soal kebajikan haiwan liar yang ditangkap hasil maklumat daripada orang awam. Semua haiwan itu dijaga, diberi makan dan ditempatkan di tempat bersesuaian sepanjang berada dalam kurungan.
Namun begitu, DBKL bukan sahaja menangkap haiwan terbiar itu, tetapi turut mengadakan program adopsi bagi membolehkan orang ramai mengambil haiwan tersebut untuk dijadikan haiwan peliharaan.
Bayaran yang dikenakan untuk adopsi ini adalah seperti berikut:
• Kucing – RM15.00
• Anak anjing – RM17.50
• Anjing – RM35.00
Jika ingin melakukan adopsi haiwan ini, korang boleh mengunjungi Unit Kawalan Vektor dan Pest seperti yang tertera dalam alamat dibawah:
Unit Kawalan Pest,
Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar,
Off Jalan Loke Yew,
55200 Kuala Lumpur
Masa operasi bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan sesi petang pada pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang. Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi mereka di talian 03-92210419 atau email kepada unitkawalanpest@gmail.com
Siapa yang nak cari haiwan peliharaan itu boleh terus ke sana okay?
Sumber: (1)
Buffet Buka Puasa IKEA Bikin Ramai Terliur, Menu Nampak Menarik!
Bebola daging ataupun meatballs merupakan antara hidangan kegemaran bagi pengunjung gudang IKEA di Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN : Ikea UK Kongsi Resipi Swedish Meatball Untuk Korang Buat Sendiri Di Rumah
Apa yang menarik bersempena bulan Ramadan ini, IKEA telah menawarkan hidangan berbuka puasa secara buffet bermula 11 April (semalam) hingga 29 April 2022. Ia tersedia di IKEA cawangan Mutiara Damansara, Cheras, Batu Kawan dan Tebrau.
Pada hemat REMAJA, harga yang dicaj adalah berpatutan, begitupun ada sedikit perbezaan harga mengikut lokasi.
Buffet di IKEA Mutiara Damansara, Cheras dan Batu Kawan adalah RM29.90 untuk dewasa, RM14.90 untuk kanak-kanak dan percuma untuk kanak-kanak bawah 4 tahun.
Malah, setiap pembelian tiket buffet dewasa akan mendapat baucar IKEA bernilai RM10 secara percuma.
Manakala untuk IKEA Tebrau, harga buffet adalah RM19.90 untuk dewasa, RM10.90 untuk kanak-kanak dan percuma untuk kanak-kanak bawah 4 tahun. Setiap pembelian tiket buffet dewasa akan menerima baucar bernilai RM5 secara percuma.
Bukan hanya hidangan Meatballs sahaja yang ada tau tetapi juga sajian berkonsepkan makanan Melayu. Jom kita lihat antara menu menarik yang disediakan :
Antara hidangan yang disajikan (mengikut hari) termasuklah Nasi Kerabu, Nasi Tomato, Ayam Kuzi, Ayam Masak Padprik, Nasi Ulam, Kailan Goreng Belacan dan banyak lagi lah!
*Terliur dibuatnya*
Bagi korang yang mahu mencuba buffet berbuka puasa IKEA ini, korang bolehlah mendapat tiket di cawangan restoran IKEA seperti dinyatakan dan mencubanya.
Berbaloi atau tidak, kenalah pergi rasa dahulu kan..
BACA LAGI : Ikea Thailand Bikin Ramai ‘Terliur’, Ini Antara Menu Menarik Yang Ada
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Suplemen Kurus Berkesan? Ahli Farmasi Kongsi 6 Produk Yang Korang Boleh Cuba
Ramai melihat kurus sebagai cantik. Insiden indvidu berbadan besar yang sering dipermainkan membuatkan minda masyarakat terus tertanam bahawa kurus itu cantik dan menarik.
Tidak hairanlah ramai yang mencuba pelbagai jenis diet termasuk cuba mengamalkan pelbagai suplemen untuk tubuh kelihatan ramping. Malah ramai mencari pelbagai “altenatif” untuk kelihatan kurus, tapi jalan tersalah memilih suplemen kurus pula.
Apa kata korang ikut tip diberikan oleh ahli farmasi ini, lagi selamat dari entah apa-apa amalan diet dari “doktor segera” khususnya dari penjual produk kurus yang berlambak di pasaran.
Melaui video di TikTok, Ainun mengatakan suplemen untuk kuruskan badan ini selamat untuk diambil. Malah ia dijual di farmasi selepas didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).
@pharmacist_ainulSupplement untuk kuruskan badan yang ada di farmasi. ##fyp ##fypシ ##foryoupage ##foryou ##shouldbeme ##pharmacist ##pg100♬ Jangan insecure – Jejep
Antara suplemen kurus yang selamat untuk diambil adalah;
Kordel’s Lecithin 1200mg
6-Tropin Ultimate Fat Burner
Himalaya AyurSlim Capsules
Natural Clex Tea
21st Century Burnex
Aslene Orlistat
Manakala untuk Orlistat pula, kamu perlukan rujukan preskripsi daripada doktor. Ini kerana Orlistat hanya digunakan untuk pesakit yang mengalami obesiti.
Moga bermanfaat bagi korang yang nak kurangkan berat badan tu.
8 Senaman Ini Pantas Kempiskan Perut. Mudah Buat Di Rumah Je!
Masalah perut buncit ataupun boroi ini bukan hanya terjadi kepada orang berusia, remaja pun tak terkecuali tau.
Bagaimana pun bagi korang yang ingin kekal cantik dan langsing, kena rajin dan konsisten melakukan senaman perut ini. Nak tahu caranya. Ikuti panduan ini!
ARTIKEL BERKAITAN : Kurus Tapi Perut Buncit? Ini 7 Punca Walaupun Korang Selalu Workout
8 Senaman Ini Pantas Kempiskan Perut. Mudah Buat Di Rumah Je!
1. Planks
Ini adalah senaman untuk meratakan perut yang sangat baik kerana dapat menguatkan otot dalaman, otot perut di bahagian atas dan bawah serta membakar lebih banyak kalori berbanding dengan latihan perut yang lain. Ini adalah kerana untuk melakukan planks, anda juga mesti menggunakan otot di kaki, lengan dan punggung. Untuk menyelesaikan latihan ini, baring pada perut anda dan letakkan lengan di atas lantai. Kemudian, tekan ke bawah menggunakan lengan dan tolak ke atas. Gunakan jari kaki sebagai sokongan sehinggalah kepala, leher, punggung dan kaki anda berada dalam garisan lurus.
2. Crunches
Crunches dianggap sebagai cara terpantas untuk membakar lemak perut dan sangat mudah dilakukan di rumah tanpa penggunaan peralatan. Ia cenderung membina daya tahan dan kekuatan pada otot perut anda. Berbaring rata di atas lantai, letakkan tangan di belakang kepala anda, bengkokkan lutut dan letakkan kaki anda dengan rata di atas tanah. Angkat bahagian atas badan dari lantai, hembuskan nafas semasa anda naik dan tarik nafas semasa anda turun. Ulangi langkah sama selama beberapa minit dan berehat.
3. Tekan tubi
Menguatkan otot perut adalah kelebihan bagi latihan ini. Mulakan dengan berbaring di atas lantai, dengan menghadap ke atas. Anda boleh letakkan tangan anda di belakang kepala atau menyilangkannya di hadapan tubuh anda. Pastikan anda jaga bahagian bawah badan dan gerakkan bahagian atas badan ke lutut. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan nafas semasa anda naik. Kemudian, pastikan lengan anda juga tidak terlalu menekan kepala dan leher anda. Anda seharusnya menggunakan otot perut untuk bergerak ke atas dan ke bawah, jadi pastikan leher anda tidak tegang semasa melakukan latihan ini.
4. Kedudukan Bot (Boat pose)
Sekiranya anda ingin mencuba senaman meratakan perut yang mencabar, anda harus cuba lakukan kaedah kedudukan bot untuk bersenam. Melakukan kaedah yoga ini secara teratur dengan cepat akan membantu anda mencapai matlamat untuk mengempiskan perut. Untuk memulakannya, duduk di lantai dengan lutut dibengkokkan. Bersandar sedikit ke belakang dan angkat kaki dan luruskannya sehingga badan anda membentuk bentuk V. Lengan anda harus direntangkan dan selari antara satu sama lain. Pastikan tapak tangan menghadap ke dalam. Ketahui juga bahawa senaman ini perlu melibatkan otot perut dan jaga perut anda agar tetap santai dan rata.
5. Pusingan Rusia (Russian twist)
Duduk di atas tikar lantai dan bengkokkan lutut anda sedikit. Tumit anda juga hendaklah rata di atas tikar. Sekarang, mula bersandar sehingga anda merasakan otot-otot di perut seperti terikat. Anda juga boleh sampai ke posisi ini dengan berbaring di lantai terlebih dahulu. Sekarang, bengkokkan lutut dan naikkan bahagian atas badan anda ke arah lutut. Anda akan menghasilkan seperti bentuk V dengan tubuh dan paha membentuk lengan V. Pegang lengan anda dengan lurus di depan wajah anda. Lakukan putaran secara perlahan dari satu sisi ke sisi yang lain. Pastikan anda bergerak dengan kekuatan otot perut dan bukannya menggunakan lengan anda sahaja.
6. Burpees
Ini adalah langkah bagi membakar lemak yang utama. Untuk mendapatkan perut yang kempis, anda bukan sahaja perlu melakukan pergerakan bagi menguatkan perut, malah anda juga perlu menambahkan latihan kardio ke dalam rutin senaman anda. Mulakan dalam keadaan berdiri. Lompat dengan tangan dan tendang kaki ke belakang sehingga anda berada dalam posisi tekan tubi. Anda mempunyai pilihan untuk melakukan tekan tubi untuk menambahkan sedikit cabaran dalam latihan anda sebelum melompat ke atas menggunakan kaki dan mengulanginya sebanyak 15 hingga 20 kali.
7. Daki Gunung (Mountain climbers)
Fikirkan latihan mendaki gunung sebagai plank bergerak. Anda boleh lakukan latihan mini crunch dalam latihan ini. Letakkan kedua-dua tangan di lantai di hadapan anda, dengan jarak bahu yang terpisah (seolah-olah anda hendak melengkapkan tekan tubi). Kemudian, gunakan jari kaki untuk menolak, tarik kaki kanan ke hadapan dan panjangkan kaki kiri anda ke belakang. Kekalkan jari kaki anda sepanjang latihan, dan lakukan secara bergantian di antara setiap kaki untuk jumlah pengulangan yang diinginkan. Pastikan badan bahagian atas anda tidak bergerak semasa melakukan senaman.
8. Lompat tali
Melakukan lompat tali boleh memberi kesan pada abdomen melintang, abdomen rektus dan obliques dalaman dan luaran anda. Ianya adalah mustahak untuk memasukkan latihan kardiovaskular dalam latihan perut kempis, kerana ia akan membantu anda membakar kalori dan menurunkan berat badan di samping membantu mengetatkan perut anda. Latihan ini memerlukan teknik yang betul: anda hanya perlu mengangkat kaki beberapa sentimeter dari tanah setiap kali tali berlalu dan pastikan tumit anda tidak menyentuh lantai. Juga, pastikan anda memutar tali dengan pergelangan tangan, berbanding menggunakan seluruh lengan anda.
Sumber: www.ceriasihat.com
BACA LAGI : Pembedahan Pintasan Perut Untuk Cepat Kurus, Ini Hukum Yang Korang Perlu Tahu
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.