DBKL Tawar Sewa Bilik Bujang Serendah RM100, Ini Reaksi Netizen

Share

Berita baik untuk orang bujang yang menetap di sekitar Kuala Lumpur. Korang yang berpendapatan rendah bakal menikmati kadar sewa bilik serendah RM100 sebulan menerusi skim ‘micro-housing’ mulai tahun ini.

Wah, besti gila kan? Betul-betul jimat.

Berita ini telah disahkan oleh Malaysiakini dan ia merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantu mengurangkan beban golongan bujang dalam kumpulan B40 yang mengalami kesukaran untuk mencari bilik sewa.

Bangunan lama DBKL di Jalan Tuanku Abdul Rahman akan diubahsuai menjadi dua blok iaitu lelaki dan perempuan bujang yang berkonsepkan ala-ala hotel kapsul. Sebanyak 120 buah bilik dijangka dapat memenuhi keperluan golongan tersebut.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, dua blok bangunan tersebut boleh menampung sehingga 200 penghuni dan mereka akan dikenakan kadar sewa bulanan serendah RM100.

Walau bagaimanapun, penghuni bangunan itu tidak dibenarkan memasak dan jika mereka ingin berkahwin atau sudah membeli rumah juga akan diarahkan supaya berpindah.

Kalau memang sewa yang dikenakan hanya RM100 sebulan, rasanya ia sudah memadai untuk meringankan sedikit beban kita. Betul tak?

Projek ‘micro-housing’ ini dijangka siap dalam pertengahan tahun dan akan membuka permohonan secara online menerusi iklan DBKL.

Reaksi netizen

Ramai masyarakat Malaysia yang menyambut baik tentang berita ini dan rata-rata daripada mereka meluahkan rasa senang dan ada juga sedikit kebimbangan dengan masalah-masalah yang mungkin dihadapi kelak.

Jom kita lihat apa kata netizen berkaitan tentang isu ini.

Ramai yang bimbang jika rumah tersebut bakal disewakan kepada pendatang asing.

Tak kurang juga pujian yang diberikan kepada pihak DBKL atas program dan usaha yang dijalan ini.

Apa lagi gaiss, yang bekerja di sekitar KL tu boleh la try!

Published by
Noor Ain Norman