Tinggal lebih kurang empat hari sahaja lagi Pencarian Hero Remaja 2021 bakal melabuhkan tirainya. Pada tahun ini, sedikit kelainan ditampilkan di pentas akhir kerana hanya empat orang finalis mara ke pusingan penentuan ini.
Siapakah di antara Fazziq Muqris, Afiq Hamidon, Aqil Taqee dan Mierul Aiman yang bakal bergelar juara? Semuanya bakal terjawab pada malam Sabtu nanti.
Beraksi di pentas akhir sudah tentu memberikan tekanan yang lebih kepada finalis kerana masing-masing ingin merebut tahkta sebagai Juara. Namun, kami pasti keempat-empat finalis ini bukan hanya ingin merebut gelaran, tetapi mahu berikan yang terbaik pada malam itu kerana tidak mahu mengecewakan keluarga dan para penyokong.
Ads
Di kesempatan ini, apa kata kita menyingkap perasaan finalis Afiq Hamidon tentang debarannya menjelang pertandingan akhir Hero Remaja 2021.
“Alhamdulillah, I made did this far. Sejujurnya saya tidak menyangka akan menjadi peserta akhir Hero Remaja 2021. Tetapi, dah namanya rezeki, saya dan tiga lagi rakan finalis bakal beraksi di pentas akhir Sabtu ini.
“Untuk persaingan kali ini, saya merasakan Amierul mempunyai kelebihan kerana dia boleh melakukan cabaran berlakon dan mengacara dengan baik. Kalau boleh memang saya nak menang pun dan saya akan berjuang habis-habisan pada malam finale nanti,”
Ads
“Untuk persediaan melangkah ke pentas akhir, seperti biasa saya kini banyak melakukan research dan mengambil tahu tentang apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita. Dari segi hosting dan acting pula, memang kena banyak buat latihan. Gementar tu memang ada, lebih-lebih lagi pentas finale ini akan disiarkan secara langsung,”
“Saya cuba untuk hilangkan rasa gementar kerana bila terlalu nervous, ia mungkin boleh memakan diri. Apa-apa pun insyaAllah saya akan lakukan yang terbaik dan just enjoy the moment,”
Ads
“Menang atau kalah adat permainan. Siapa pun juara pada tahun ini, kami tahu semua finalis sudah melakukan yang terbaik. Harapan saya agar selepas ini, kesemua finalis Hero Remaja 2021 berjaya menempatkan diri dalam industri hiburan tanah air dan mencapai segala impian yang kami hajati,” tambah Afiq lagi.
Jangan lupa untuk terus mengundi Hero Favourite korang di www.remaja.my/hero dari sekarang hingga malam finale pada 6 November 2021. Satu undi bagi setiap hero pada setiap hari! Klik saja pada profil mereka dan tekan butang ‘VOTE’.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah penggambaran drama televisyen perlu ditangguhkan seketika kerana musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tak lama lagi korang dah boleh layan semula drama terbaru!
Antara drama terawal yang akan ditayangkan ialah Pink Smile yang semakin diperkatakan di media sosial.
Ini kerana drama adaptasi novel tulisan Luna Adresia ini menggandingkan beberapa nama besar seperti Fattah Amin, Sweet Qismina dan naib juara Hero Remaja 2017, Farhan Asri.
REMAJA sempat untuk bertanyakan kepada Farhan mengenai drama Pink Smile, idolanya Fattah Amin dan pendapat orang yang mengatakan dia ‘ketinggalan’ berbanding rakan Hero Remaja lain.
“Dalam drama arahan Ayie Mustafa ini, saya membawakan watak Epol, iaitu pekerja di kafe milik Kaz (Fattah Amin). Epol juga banyak dikaitkan dengan Melati (Afifah Nasir) yang merupakan pekerja baharu di situ.
“Ini merupakan drama pertama saya di slot Lestary di saluran TV3. Tentunya, saya teruja untuk ia menemui penonton tak lama lagi setelah terpaksa ditangguhkan kerana musim PKP.
“Kami baru menyambung penggambaran selama seminggu selepas PKP dan saya lepas rindu terhadap peluang untuk kembali ke set. Alhamdullilah, pengarah gembira dengan prestasi saya membawakan watak ini lalu membuatkan saya lebih bersemangat,” kongsi Farhan lagi sewaktu dipanggil oleh REMAJA.
Untuk pengetahuan, drama Pink Smile turut dibintangi oleh Sweet Qismina, Intan Najuwa dan Hero Remaja 1990/1991 Esma Daniel.
Pengalaman Berlakon Bersama ‘Hero’ Idola
Farhan yang pernah muncul menerusi drama Cik Reen Cik Ngok Ngek pernah bergandingan dengan beberapa pelakon berkaliber seperti Fickry Ibrahim. Namun ini adalah gandingan pertamanya dengan seorang juara pencarian Hero Remaja.
Farhan yang dilahirkan daripada pencarian yang sama pada musim 2017 berkata ini adalah peluang yang dinanti-nantikannya. Apatah lagi apabila Fattah Amin merupakan salah seorang idola yang dekat dengan dirinya dan antara sebab utama mengapa dia menyertai Hero Remaja.
“Awal-awal tu, saya segan juga kerana tidak sangka dapat bergandingan dengan ‘hero’ saya sendiri dalam dunia lakonan. Fattah Amin yang menegur saya terlebih dahulu kerana katanya, dia faham sifat pemalu yang saya ada sebagai pendatang baru. ‘Dulu aku pun macam ni – segan,’ katanya.
“Aura Fattah memang lain macam di set, berlainan dengan pelakon lain yang pernah saya temui. Cara dia profesional di set, selalu ikut timing. Saya memang hormatinya sebagai senior Hero Remaja saya dan sebagai seorang teman sekerja,” kata Farhan sambil menambah bahawa Fattah masih mengingati penglibatan sebagai tetamu istimewa pada malam finale Hero Remaja 2017.
Farhan Asri ‘Lambat Panas’?
Pada zaman media sosial kini, semakin ramai pelakon (dan penyanyi) yang disunting oleh kerana jumlah pengikut ramai yang mereka miliki. Untuk seorang pelakon seperti Farhan yang masih baharu, dia sedar dia perlu lebih pantas mengejar peluang membina karier jika tidak mahu ketinggalan.
“Tahun pertama selepas saya dinobatkan sebagai naib juara Hero Remaja 2017, saya memilih untuk fokus pada pendidikan dan menghabiskan Diploma. Bagi saya pendidikan tetap diutamakan especially bila sudah belajar separuh jalan.
“Mungkin kerana setahun ‘lesap’ dan tidak terus menyambar job, ramai melihat saya agak terkebelakang berbanding rakan finalis Hero Remaja yang lain seperti Alif Muhaimin, Harris Annuar, Adam Yusuf, Nabil Aqil, Ikmal Amry dan Safwan Nazri.
“Mereka aktif muncul menerusi drama televisyen dan projek lain. Hanya pada tahun 2018, saya menerima tawaran berlakon. Saya mengaku saya ‘lambat panas’ berbanding mereka. Namun itu bukanlah alasan untuk saya tak berusaha untuk membina nama.
“Biarlah orang nak gelar naib juara kurang popular, saya percaya kepada usaha. Saya tetap beratur seperti talent lain di uji bakat, saya tetap mencuba nasib. Bagi saya, mengapa perlu saya malu kerana saya tahu kemampuan saya. Tak perlu nak dibanding-bandingkan.
“Alhamdulillah, tahun 2020 memberikan saya lebih banyak rezeki untuk muncul dengan drama baharu. Sekarang saya sedang perbaiki lagi skil sebagai seorang pelakon. Pada masa yang sama, saya juga sedang aktifkan diri di media sosial kerana di situlah connection saya sebagai Farhan Asri dengan pengikut saya.
“Hero Remaja 2017 sebenarnya banyak mengajar saya untuk membina nama dan kekal relevan. Saya bersyukur dengan peluang tersebut. Semua yang saya pelajari akan saya apply sekarang,” simpul Farhan.
Drama Pink Smile bakal menemui penonton di slot Lestary TV3 pada bulan Julai ini dengan 20 buah episod.
Suatu waktu dahulu, aplikasi Face App pernah menjadi tular apabila ia menyediakan fungsi untk menukar wajah seseorang menjadi lebih muda, tua, menukar jantina dan sebagainya.
Setelah ‘sepi’ selama setahun, ia kembali tular apabila ramai netizen yang mulai mencubanya semula dan memuat naik ke akaun media sosial masing-masing.
Oleh itu, kami bertindak ‘nakal’ sedikit dan mencuba aplikasi ini terhadap 12 orang finalis Hero Remaja 2020. Hehe.. *ampun!*
Belum pun tamat pencarian Hero Remaja 2020, ada beberapa finalis sudah pun menerima tawaran berlakon, antaranya adalah Meerqeen dan Jabif Meftah.
Malam final yang dijadualkan berlangsung pada April lalu terpaksa ditangguhkan gara-gara wabak pandemik COVID-19. Namun, ada hikmah disebalik situasi yang berlaku itu kerana kedua-dua finalis ini telah menerima tawaran berlakon.
“Sebelum ini Jabir memang pernah menghadiri casting lakonan tetapi belum ada rezeki. Alhamdulillah, waktu PKP tempoh hari Jabir telah menerima tawaran berlakon dalam drama 26 episod yang berjudul Juliet, lakonan bersama Redza Rosli dan Rita Nadira,”
“Ini merupakan pengalaman pertama saya berlakon dan apa yang boleh Jabir katakan adalah ia sangat berbeza dengan shooting semasa Hero Remaja. Di set lakonan ini, ramai orang-orang hebat yang berkongsi ilmu tentang bagaimana untuk menghafal skrip, menjiwai watak dan paling utama, tidak nampak seperti sedang berlakon. Jabir masih lagi perlu banyak belajar dan diharap agar para peminat semua tetap terus memberi semangat buat saya,” jelas Jabir.
Bagi Syameer Shauqeen atau lebih dikenali sebagai Meerqeen, dia turut berbesar hati kerana dipilih membintangi telefilem ‘Kelaster’ yang bakal ditayangkan di Astro First. Menceritakan tentang dua orang pelajar yang terkandas di kampus gara-gara COVID-19 dan berlakulah insiden-insiden yang tidak diingini. Drama yang bergenre komedi seram ini turut dibintangi oleh Achey Bocey dan pelakon cantik, Nora Danish.
“Baru-baru ini saya memang menghadiri sesi casting bagi telemovie Kelaster ini dan Alhamdulillah dah tertulis rezeki saya disini, jadi ini merupakan pengalaman pertama saya memasuki set penggambaran drama,”
“Banyak yang saya belajar dengan artis-artis senior dan kebanyakannya chemistry kami berlaku ketika di dalam set penggambaran. Pada mulanya saya memang agak kekok untuk bergandingan bersama Achey, namun sikap profesionalnya membuatkan saya selesa dan banyak yang saya belajar daripada Achey,”
Menyentuh tentang persiapan kedua finalis Hero Remaja 2020 ini menjelang final, Meerqeen dan Jabir masing-masing sedang membuat persiapan dan mereka juga seakan sudah bersedia untuk berentap di pentas akhir nanti.
“Sekarang ni saya banyak mempersiapkan diri daripada segi fizikal dan mental. Saya sudah mula menjaga diet pemakanan dan paling utama dari segi ketahanan mental untuk mengelakkan diri daripada gemuruh di atas pentas,”
“Saya berharap agar kami berlima dapat melakukan yang terbaik pada malam itu dan kalau boleh mestilah saya nak menang gelaran juara, namun sekiranya bukan saya yang memegang title Hero Remaja tersebut, ia tak bermakna saya tidak akan berjaya di luar sana,” jelas Meerqeen.
Bagi Jabir pula, dia juga sedang mempersiapkan diri dengan memastikan sentiasa peka terhadap isu semasa yang berlaku disekeliling.
“Saya banyak membaca dan banyak memberi fokus kepada vocabulary kerana saya percaya ia bukan hanya akan digunakan pada malam final sahaja, malah boleh diterapkan pada bila-bila masa nanti,” sambung Jabir lagi.
Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada Meerqeen dan Jabir kerana sudah mula melangkah ke dalam dunia lakonan. Walaupun sibuk membuat persiapan untuk final Hero Remaja 2020, mereka tetap terus komited melakukan tuntutan kerja yang lain serta harus membahagikan masa dengan baik.
Remaja juga ingin mengucapkan all the best kepada finalis yang lain, Umar, Haziq dan Nadhir. Jumpa malam final nanti pada 16 Julai 2020 di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal, telah selamat melahirkan bayi lelaki.
Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Syasya melalui akaun Instagram miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal...